Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?

Han OthmanBy Han Othman19/08/201916 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM penyejukan kereta berfungsi memastikan suhu operasi enjin berada dalam kondisi ideal, iaitu dengan mengitarkan cecair penyejuk (coolant) melalui liang jaket air (water jacket) ke radiator untuk disejukkan apabila suhu dikesan melebihi tahap maksimum operasi.

Jadi, tugas indikator suhu pada panel meter adalah memantau kondisi sistem penyejukan enjin supaya kekal bekerja dengan baik pada tahap optimum. Ya, ia masih memerlukan perhatian pemandu untuk dipantau sepanjang masa walaupun teknologi enjin kenderaan masa kini semakin berkembang maju dan moden.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Pastikan Enjin Diesel Anda Kekal Tip Top?

Gambarajah sistem penyejukan enjin.
Cecair penyejuk akan dikitarkan di liang jaket air.

JARUM VS VISUAL?

Indikator jenis jarum
Indikator jenis simbol berlampu

Namun, perbezaan paling ketara, indikator suhu enjin masa kini bukan lagi dalam bentuk jarum analog, tetapi visual berbentuk simbol berlampu (imej atas, kiri). Tiada lagi jarum penunjuk yang akan bergerak ke atas dan ke bawah, sebaliknya terus menyala sama ada biru atau merah.

Bagi indikator jenis jarum, apabila enjin baru hendak dihidupkan (biasanya awal pagi) atau ketika cuaca sejuk, jarum akan berada di posisi C (cool) atau ke bawah sebelum bergerak naik. Sebaliknya jika indikator jenis simbol, warna biru/hijau akan menyala sebelum terpadam. Kedua-dua tanda itu bermaksud enjin dalam kondisi sejuk.

Jika enjin terlampau panas pula, indikator jarum akan berada pada posisi H (hot), manakala indikator simbol akan bertukar merah. Jadi, jika terlihat dua perubahan tanda suhu ini, anda sepatutnya segera ke bengkel berdekatan, atau cepat-cepat menghentikan kenderaan untuk ditunda jika bengkel terlalu jauh.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Kawalan Suhu (Climate Control)?

APAKAH POSISI IDEAL INDIKATOR SUHU?

Posisi ideal untuk indikator jarum adalah sekitar blok tengah (sebenarnya bukanlah betul-betul tengah) antara C dan H, atau lebih kurang dalam julat 80ºC-95ºC untuk suhu ideal apabila kereta mula dipandu.

Bagaimanakah pula untuk indikator simbol lampu?

Jawapannya secara teknikal, indikator simbol lampu biru (juga ada warna hijau atau jingga) akan mula terpadam apabila suhu mencapai tahap didih 60-65ºC, sebelum mencapai julat suhu ideal 80-95ºC apabila kereta dipandu. Dalam suhu ini, termostat dan kondenser mula bekerja untuk menyejukkan enjin.

Suhu enjin mampu mencecah 90-95ºC dan dalam kondisi ini kipas radiator mula berfungsi untuk memberikan penyejukan tambahan (berbeza mengikut jenis sistem penyejuk sesebuah model). Namun apa yang perlu anda faham, apabila indikator simbol lampu suhu terpadam (lebih kurang seminit selepas menyala, dan tidak menyala merah), itu bermakna suhu enjin kereta anda dalam kondisi ideal.

BACA >>> 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

Simbol lampu merah akan menyala apabila suhu mencapai 100ºC ke atas.

KENAPA BUKAN LAGI ANALOG?

Ya, seiring perkembangan teknologi, sistem visual sensor cecair penyejuk pun berubah. Kereta moden hari ini tiada lagi jarum yang bergerak secara analog ke arah aras sejuk atau panas, sebaliknya digantikan indikator amaran berbentuk simbol berwarna.

Ini kerana cuma tiga situasi itu saja (sejuk/ideal/panas) yang sepatutnya diketahui pemandu dan tidak perlu dibimbangkan dengan terlalu banyak paras suhu. Penggunaan indikator simbol juga membuatkan penampilan panel meter lebih mudah difahami supaya pemandu tidak terlalu dibebankan dengan begitu banyak parameter untuk dipantau.

Selain itu, panel indikator suhu bentuk simbol juga membolehkan pengeluar merekabentuk panel meter yang lebih menarik kerana tiada lagi slot untuk meter indikator jarum.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Coolant Enjin Sangat Penting?

autotainment coolant Jaket Air Radiator Roda4 Sistem Penyejukan Enjin tahukah anda tip kereta Water Jacket
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026

16 Comments

  1. Mekanik ayam on 18/08/2019 14:16

    Amende tengah jarum 50 degree celcius, kau nak bancuh milo guna coway ke, ideal operating temp pun dalam 90-110 degree celcius

    Reply
    • AO on 19/08/2019 19:25

      Haha. Jangan la marah bang sampai nak bancuh Milo guna Coway. Ya ada ralat, 50-65ºC tu untuk ideal operating untuk indikator simbol padam. Dan 80-95ºC untuk suhu ideal bila kereta dah gerak. Dah betulkan dah

      Reply
  2. Karimselamat on 02/09/2019 22:19

    Suhu jarum ikut thermostat. Kalau proton standard 83c thermostat. Kalau sy pakai 90 naik la 90 betul tak?

    Reply
  3. David on 14/11/2020 09:33

    Kereta perodua bezza temperature radiator mencecah 100°c keatas Dan radiator fan akan berpusing apabila suhu 110°c Dan fan berhenti apabila suhu 100°c, adakah ini normal kereta perodua bezza?

    Reply
  4. Dean on 14/11/2020 19:23

    Salam bang. Kalau indikator tu menyala warna biru masa start kereta. Adakah kena tunggu terpadam baru boleh berjalan atau je jalan terus?

    Reply
    • AO on 16/11/2020 12:01

      Jalan terus, jangan laju

      Reply
  5. Shafie on 23/12/2020 08:13

    Saya tak pandu jazz sy 5 hari . Tapi bila saya start . Tak naik api simbol tu sama ada biru or merah . Dia naik sekjap sgt mcm simbol2 lain . Mmber cakap sptotnye kalau lama x start simbol tu akan jadi biru dalam seminit . Tapi kereta sy x naik? Boleh tahu kenape?

    Reply
  6. Wan on 24/02/2021 22:08

    Saya pengguna axia.. dan ada guna meter obd.. tdi.. masa saya tgh kat jem.. saya x on ekon .. saya prasan kat meter obd saya da trpapar suhu 100°c.. tp saya gagahkn juga sbb duk tgh2 kesibukan jem.. da start lengang skit.. kreta da gerak laju skit.. saya tgk suhu da mnurun dri 100°c td.. n then saya start on ekon.. suhu turun ke 80°c .. memang mcm tu ker bang?

    Reply
  7. Kassim on 27/07/2021 18:44

    Toyota vios ncp 93 temp over 100.air masuk spare tank.ape masala??

    Reply
  8. Amin on 07/09/2021 09:31

    Saya pengguna alza, bagi saya meter temp jarum paling terbaik, sebab blh nampak suhu enjin semakin panas atau biasa dan boleh bertindak cepat untuk berhentikan kereta atau terus ke bengkel berdekatan jika meter terus naik ke HOT.. pertanyaan saya, jika meter temp jenis simbol tu, mcm mane nak tahu adakah kereta sempat lagi untuk ke bengkel berdekatan atau kena terus berhenti.. sebab bila naik simbol panas adakah sudah terlalu panas kritikal atau suhu semakin menaik..

    Reply
  9. Mat on 06/12/2021 06:22

    Kondensor untuk aircond bang .. kita cerita suhu,
    Ralat pada ayat termostrat dan kondensor mula menyejukkan enjin ,

    Reply
  10. aa on 14/01/2022 00:49

    updte terkini normal ke tak?

    Reply
  11. jont on 30/04/2023 21:12

    berapa bacaan suhu temperature coolant alza bila panas..

    Reply
  12. amy on 16/08/2023 08:22

    saya pakai toyota wish.. lmpu biru berkelip… sdah pergi bangkel dia check guna alat box dan memberitahu suhu normal… boleh naik jer… tpi lampu dah menyala… sensor pom dah tukar… knp yer…

    Reply
  13. Azrie on 11/09/2023 13:25

    jdi,apa yg perlu dilakukan bila enjin sdh menyala,tapi jarum masih berada di posisi C?

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:32

      Pergi bengkel, mungkin ada ralat

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
Trak dan Lori

Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

By Shazwan Hisam18/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.