Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada kalangan penunggang pernah mengalami masalah fork bocor sambil tertanya-tanya, apakah punca kerosakan itu? Apakah yang kita sudah buat hingga menyebabkan komponen suspensi depan itu rosak?

Berikut penjelasan yang perlu anda fikir dan pertimbangkan.

BACA >>> #ApaNakBuat: ‘Fork Seal’ Kerap Bocor? Jangan Hantar ke Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!

KENAPA FORK BOLEH BOCOR?

Fork boleh bocor disebabkan ada kotoran yang melekat pada komponen tersebut. Ditambah pula apabila menunggang pada musim hujan, sudah tentu ada beberapa kawasan jalan yang memerlukan kita meredah lopak air, banjir dan air bertakung.

Percikan air pada fork boleh menyebabkan kebocoran atau kerosakan pada komponen itu kerana air tersebut bukan hanya air kosong, tetapi mengandungi bendasing lain seperti minyak, pasir, debu, habus atau batu halus. Jadi, semua elemen bendasing itu  boleh diibaratkan sebagai pisau yang akan mencalarkan dan mengoyakkan kedap (seal) fork.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

APAKAH SIMPTOM FORK ROSAK?

Antara simptom dapat dilihat adalah kesan lelehan minyak pada bahagian kedap fork. Jika tidak segera diatasi, ia boleh jadi semakin buruk kerana minyak yang bocor itu memudahkan lebih banyak kotoran melekat.

Ini akan menyebabkan kedap koyak dan bocor, dan kalau dibiarkan berlarutan lama membuatkan fork rosak sepenuhnya walaupun kedap diganti baharu. Padahnya, terpaksalah ganti fork baharu.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?

BAGAIMANAKAH MENCEGAH FORK BOCOR?

Mudah saja sebenarnya. Caranya, selepas meredah hujan, sila jangan simpan terus motosikal anda. Tetapi siram, jirus atau cucilah motosikal anda, termasuk bahagian fork, dan pastikan tiada kotoran melekat. Inilah cara meminimumkan risiko fork bocor.

Selain itu, pastikan motosikal anda disenggara mengikut jadual supaya apa saja kerosakan dapat dikesan awal. Ini kerana fork juga boleh bocor kerana kedap sudah haus atas faktor usia motosikal yang lama digunakan atau selalu terdedah kepada persekitaran. Baiki segera sebelum parah!

SUMBER: Suzuki.co.id

Auto Terkini Autotainment. Tahukah Anda Fork Bocor roda2 shock absorber shock absorber rosak shock breaker tahukah anda TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.