• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #ApaNakBuat: ‘Fork Seal’ Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!

#ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!

October 3, 2017 By ZY 1 Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH ini mungkin tidak pernah menimpa anda, tetapi isu kedap fork (fork seal) bocor adalah antara isu yang kerap menghantui pemilik motosikal berkuasa tinggi moden - terutama pemilik motosikal dengan fork terbalik (USD).

Walaupun fork USD memberikan prestasi cemerlang dalam menyerap hentakan untuk tunggangan lasak, tetapi pada masa sama, kedudukan tiub fork slider (bahagian batang fork dalaman yang terdedah) yang begitu hampir dengan permukaan jalan memudahkan debu dan kotoran terkumpul. Ini menyebabkan bukaan kecil berlaku pada fork seal dan jika dibiarkan akan menyebabkan masalah kebocoran bendalir dalam fork yang serius.

Penyelesaian yang selalu diterima, pemilik disarankan menukar fork seal dan minyak pelincir, tetapi kos baik pulih (sekitar RM200-300) bukanlah jumlah kecil, tambahan pula proses menukar fork seal memang agak rumit untuk dibuat sendiri.

Jadi, sebelum membuat keputusan menghantar motosikal anda ke mana-mana pusat servis atau bengkel, anda boleh cuba dahulu langkah-langkah mudah penyelesaian masalah kebocoran fork seal seperti berikut. Bergantung kepada tahap kebocoran, anda mungkin tidak perlu keluarkan wang belanja. Jadi, selamat duit minyak!

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?

1. Dapatkan Pita Filem 35mm


Masih menyimpan pita filem Kodak? Tidak kisah yang baru atau sudah digunakan, ataupun berjenama selain Kodak. Sekarang, anda cuma perlukan memotong sedikit pita filem itu. Jika tiada, terpulang kepada anda sama ada mahu beli baharu (segulung pita filem 35mm berharga sekitar RM30-RM40). Anda boleh juga gunakan sebarang objek lain asalkan daripada material plastik, nipis dan tidak terlalu keras.

2. Bersihkan Permukaan Tiub Slider


Sisa-sisa minyak yang bocor masih melekat pada tiub fork anda selain kotoran lain. Jadi, bersihkan dahulu bahagian tersebut menggunakan kain pengelap dan air sabun, atau sebarang penncuci yang tidak terlalu  mengakis.

3. Umpil Pelindung Habuk daripada Kaki Fork


Dapatkan pemutar skru mata rata dan umpil pelindung habuk turun untuk mendedahkan fork seal. Lakukan berhati-hati untuk mengelak tercalar. Selepas itu, bersihkan guna air sabun dan kain pengelap.

4. Cuci Celahan Fork Seal dan Pelindung Habuk Guna Pita Filem


Inilah masa gunakan pita filem tadi. Ruang antara fork seal dan tiub fork agak sempit, tetapi masih boleh dicuci menggunakan potongan pita filem nipis. Selitkan ke atas dan ke bawah dalam gerakan memusing mengikut lilitan tiub fork. Lakukan gerakan sama pada pelindung habuk yang diumpil tadi.

5. Pasang Semula Pelindung Habuk dan Periksa Tanda Bocor


Bersihkan fork sekali lagi dan pasang semula pelindung habuk yang dibuka tadi dengan kemas. Uji fork dengan menekan turun dan naik hendal motosikal (atau boleh tunggang motor keliling taman). Periksa jika masih ada tanda-tanda kebocoran sekitar seal dan tiub fork.


Mudahkan?

Jika masih belum faham langkah-langkah di atas,  boleh tonton versi video di bawah. Sekali lagi diingatkan, trik ini bergantung kepada tahap kebocoran fork seal anda. Jika terlalu serius, terpaksalah dihantar kepada mereka yang pakar. Sekurang-kurangnya anda sudah cuba.

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: DIY, fork, fork seal, fork seal bocor, fork seal leaking, kodak, KTM, KTM Duke, KTM RC, Tips DIY, upside down, upside down fork, usd fork

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my