Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?

Han OthmanBy Han Othman20/12/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI kita sedia maklum, memakai tali pinggang keledar adalah diwajibkan bagi pemandu dan penumpang depan kereta. Malah turut menjadi syarat dalam ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi semua jenis kereta di Malaysia. Maksudnya, kereta yang tiada tali pinggang hampir pasti tidak dapat dijual di mana-mana negara.

Tetapi mengapa tidak bagi bas? Mengapa penumpang bas tidak dimestikan memakai tali pinggang keledar dan syarat VTA juga tidak mewajibkan bas dilengkapi ciri keselamatan tersebut? Kami akan menjawab persoalan ini.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

1. TALI PINGGANG KELEDAR TIDAK JADIKAN BAS LEBIH SELAMAT

Bunyinya agak kelakar, tetapi itulah jawapan paling utama, sekurang-kurangnya bagi bas sekolah (berasaskan kajian yang menumpukan kepada bas sekolah). Faktanya, tali pinggang keledar tidak menjadikan sesebuah bas itu selamat.

Secara keseluruhan, bas itu sendiri adalah antara kenderaan atas darat paling selamat – 40 kali lebih selamat berbanding kereta. Malah, jumlah kematian membabitkan penumpang bas juga adalah paling rendah setiap tahun.

2. SUDAH SEDIA ADA KONSEP KESELAMATAN

Penyandar kerusi bas biasanya tinggi.
Belakang kerusi sudah siap dilapik pad.

Bagi menjawab tentang isu keselamatan (kita fokuskan bas sekolah), kebanyakan bas sekolah dibina dengan mengaplikasi konsep dipanggil pemetakan atau compartmentalization, di mana barisan kerusi dalam bas sengaja diatur rapat satu sama lain, dan penyandar kerusi itu sendiri direka tinggi dengan bahagian belakang berlapik pad.

Apabila berlaku kemalangan secara berdepan, jarak kerusi yang sangat rapat dapat meminimumkan impak perlanggaran, manakala pad di belakang penyandar akan menyerap impak tersebut seperti fungsi awal penciptaan beg udara dahulu.

3. KETINGGIAN BAS JADI KELEBIHAN

Saiz bas yang besar dan tinggi juga memberikan kelebihan keselamatan apabila berlaku kemalangan dengan kenderaan lebih kecil. Misalnya, jika berlanggar dengan kereta, impak kerosakan yang berlaku biasanya di bawah lantai kerusi penumpang. Jadi, risiko kecederaan dan maut untuk bas adalah lebih rendah berbanding kenderaan lain yang lebih kecil.

4. TETAPAN KESELAMATAN TIDAK SAMA IKUT JENIS BAS

Jika anda perasan, bas sekolah (jenis baru) dan bas ekspres biasanya memiliki kerusi dengan penyandar tinggi. Lantai kerusi turut direka lebih tinggi, di mana penumpang perlu mendaki tiga hingga empat anak tangga ke atas.

Sebaliknya, tetapan kerusi bagi bas dalam bandar tidak sama dan didatangkan dengan penyandar lebih rendah. Sesetengah penyandar cuma separas bahu. Lantai kerusi pula agak ke bawah bagi memudahkan warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) menaiki bas.

Susunan kerusi lebih terbuka dan ada barisan penumpang yang akan duduk saling mengadap. Ini berbeza dengan bas sekolah dan bas ekspres yang direka secara selari (perhatikan bas RapidKL) dan semua penumpang mengadap sehala, iaitu ke depan sahaja. Tetapan keselamatan bas berbeza mengikut jenis bas itu sendiri. Bas ekspres lebih laju, dan bas sekolah pula membawa kanak-kanak, manakala bas dalam bandar ada had laju tertentu yang dibenarkan.

5. TALI PINGGANG KELEDAR NAIKKAN KOS

Ini antara alasan lain yang memang rasional difikirkan. Bayangkan sebuah bas dengan lebih 30 kerusi, berapa pula kos yang diperlukan untuk memasang tali pinggang keledar. Bas yang lengkap dengan ciri keselamatan itu memerlukan anggaran kos tambahan kira-kira RM34,000 hingga RM65,000. Siapa cakap tali keledar murah?

6. TIDAK DAPAT OPTIMUM RUANG

Jika tali pinggang keledar dipasang, sesebuah bas perlu mengurangkan jumlah kerusi, sekali gus memerlukan tambahan bas sebanyak 15 peratus untuk menampung jumlah penumpang sedia ada. Peningkatan tersebut tentulah sukar dihadapi di bandar-bandar sibuk yang berdepan masalah pengangkutan dan kesesakan.

7. TIDAK PRAKTIKAL UNTUK BAS DALAM BANDAR

Penggunaan tali pinggang keledar sangat tidak praktikal bagi bas dalam bandar. Ini kerana penumpang yang menaiki bas dalam bandar ada pelbagai destinasi tujuan, dekat dan jauh. Ada penumpang yang menaiki bas untuk sampai ke lokasi yang cuma terletak beberapa ratus meter di hadapan.

Walaupun bas dalam bandar kurang selamat berdasarkan susun atur kerusi yang terbuka, faktanya, kelajuan bas dalam bandar adalah sangat perlahan. Sangat sedikit bas dalam bandar yang bergerak pada kelajuan lebih 60kmj. Ini bermakna kesan perlanggaran adalah sangat kecil bagi bas jenis itu.

Lagipun, tidak semua penumpang bas dalam bandar dapat atau mahu duduk di kerusi. Ada penumpang yang berdiri sepanjang perjalanan kerana jarak destinasi tidak jauh, ataupun memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan. Jadi, tiada banyak perbezaan sama ada sesebuah bas dalam bandar itu ada tali pinggang keledar atau sebaliknya.


KESIMPULAN

Walaupuan semua alasan di atas boleh diterima berasaskan peratusan risiko kemalangan, tetapi tidak dapat dinafikan penggunaan tali pinggang keledar mampu meningkatkan tahap keselamatan penumpang bas. Di Amerika Syarikat (AS) misalnya, enam negeri pada 2010 bersetuju menguatkuasakan syarat tali pinggang keledar bagi semua bas sekolah.

Di Malaysia sendiri pernah ada ura-ura supaya bas dipasang tali pinggang keledar, tetapi masih tiada rang undang-undang khas yang mewajibkan perkara tersebut. Bagaimanapun, banyak pengeluar bas ekspres masa kini sudah siap melengkapkan ciri tali pinggang keledar pada kenderaan masing-masing. Namun, penumpang pula yang enggan memakainya.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Tali Keledar yang Perlu Anda Tahu

Apapun, jangan pula tidak tahu bahawa kerusi pemandu bas memang sudah siap dipasang tali pinggang keledar. Malah, banyak syarikat bas sudah mewajibkan pemandu mereka memakainya ketika memandu.

autotainment Bas bas ekspres bas sekolah kenapa bas tidak diwajibkan pasang tali pinggang keledar keselamatan bas tali pinggang keledar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.