Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenali Lesen Vokasional (GDL/PSV), Bagaimanakah Cara Mohon?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenali Lesen Vokasional (GDL/PSV), Bagaimanakah Cara Mohon?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lesen Memandu Vokasional (VDL) adalah salah satu jenis lesen memandu yang boleh dimohon di Malaysia. Artikel kali ini, kami akan menjelaskan mengenai VDL dan cara memohon lesen tersebut.

Tambahan lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 baru saja memaklumkan kesediaan Kerajaan menanggung lesen memandu untuk perkhidmatan teksi, bas dan e-hailing.

BACA>>> #Belanjawan2023: Kerajaan Tanggung Bayaran Ujian Memandu
BACA >>> Buat GrabCar Tanpa Lesen PSV Boleh Kena Denda RM2k atau Penjara 6 Bulan!

LESEN MEMANDU VOKASIONAL (VDL)

Lesen Memandu Vokasional (VDL) ialah lesen yang membenarkan seseorang individu memandu kenderaan perkhidmatan awam atau perdagangan.

Lesen VDL hanya dikeluarkan kepada pemohon yang sudah memiliki lesen memandu kompeten dan lulus ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, Lesen Vokasional terdiri daripada tiga jenis kad, iaitu Lesen Memandu Barangan (GDL), Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Konduktor. Namun bermula 15 Mac 2013 , lesen vokasional hanya dikeluarkan satu kad saja dengan bayaran RM20 setahun.

Lesen Memandu Barangan (GDL) ialah lesen memandu mana-mana kenderaan komersial berdaftar yang digunakan untuk mengangkut barangan seperti lori, van dan kenderaan lain.

Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) ialah lesen vokasional yang membolehkan pemegang memandu kenderaan komersial yang digunakan untuk membawa penumpang seperti teksi, van tingkap, bas dan pemandu penghantar penumpang atas talian.

Cara Memohon Lesen Memandu Vokasional

Permohonan Lesen GDL hanya boleh dibuat di pejabat JPJ Negeri dan Cawangan.

Kelayakan Permohonan Lesen Vokasional

  • Lulus pemeriksaan perubatan seperti disyaratkan.
  • Menghadiri kelas teori dan latihan amali seperti disyaratkan.
  • Lulus ujian teori dan amali seperti disyaratkan.
  • Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuat kuasa lebih satu (1) tahun.
  • Pemohon warga  Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru.

Dokumen Diperlukan untuk Mohon Lesen Vokasional

  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon jika urusniaga dilakukan wakil.
  • Pengenalan diri asal wakil.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mesti berkuat kuasa lebih satu (1) tahun.
  • Borang JPJL8A.
  • Borang JPJL12.
  • Sijil JPJL2C.
  • Sekeping gambar warna (latar putih) berukuran 25mm x 32mm.
  • Bayaran RM20.
  • Pemegang pasport yang masih berkuat kuasa (warga Singapura).

Hanya pemohon warga Malaysia atau pemastautin tetap berumur tidak kurang 21 tahun dan mempunyai tahap kesihatan memuaskan dibenarkan memohon lesen vokasional.

Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah setahun sahaja dan pemohon perlu mengemukakan laporan perubatan setiap kali ingin memperbaharui lesen. Jika lesen vokasional tamat tempoh lebih 3 tahun, pemohon perlu buat semula ujian kelayakan.

BACA >>> Menteri: Lesen Vokasional Khas untuk P-Hailing Bukan Macam GDL, Tak Perlu Puspakom
BACA >>> #Bajet2023: Lesen B2 Percuma, Kerajaan Tanggung Lesen PSV untuk Khidmat Pengangkutan, e-Hailing

Auto Terkini Cara Mohon Lesen Vokasional e-Hailing Lesen GDL Lesen Memandu Malaysia Lesen Memandu Vokasional Lesen PSV Lesen Vokasional tahukah anda
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    08/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.