Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenali Kia Sportage yang Lebih 7 Juta Unit Terjual, Kini Sudah 30 Tahun!
Autotainment

#TahukahAnda: Kenali Kia Sportage yang Lebih 7 Juta Unit Terjual, Kini Sudah 30 Tahun!

Abang HirataBy Abang Hirata25/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA model penting yang mencetus populariti Kia di pasaran tempatan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage generasi pertama.

Ketika itu, Kia Sportage memecah dominasi SUV buatan Jepun dan tampil bergaya dengan harga mesra pelanggan sasaran. Di bawah Naza, konglomerat itu menawarkan semua generasi SUV tersebut dan kini tinggal generasi kelima yang belum dibawa masuk.

Tahukah anda? Kia Sportage kini memasuki usia ke-30 tahun sejak diperkenalkan pada 1993 dengan jualan lebih tujuh juta unit!

Satu lagi fakta, Sportage ialah model Kia terlaris peringkat global sejak 2015. Melalui sejarah yang panjang, mari imbas semula generasi Sportage.

Kia Sportage Generasi Pertama

Generasi pertama hadir dalam rekabentuk menarik dengan pemanduan ala sedan yang menyerlahkan model itu daripada SUV tradisional.

Kia Sportage menggunakan rekabentuk badan-atas-kerangka (body-on-frame), absorber spring di belakang, penukaran pacuan empat roda (4WD) ketika memandu (on-the-fly) dan beg udara lutut yang pertama dunia (pasaran terpilih).

Jika di pasaran tempatan popular, Kia Sportage generasi pertama mempunyai impak signifikan di Amerika Syarikat (AS) yang melonjakkan jenama Kia di Amerika Utara.

Kia Sportage Generasi Ke-2

Bermula generasi kedua, Kia Sportage menggunakan kerangka monokok moden yang meningkatkan keselesaan pemanduan selain memanfaatkan permintaan SUV yang kian meningkat naik.

Jualan SUV itu meningkat dua kali ganda berbanding generasi pertama. Kia juga mengutamakan kualiti dan keselamatan yang mana Kia Sportage memperolehi kedudukan pertama dalam penilaian J D Power Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) pada 2005.

Kia Sportage Generasi Ke-3

Generasi ketiga turut dikenali sebagai Kia Sportage R (Revolution) dan kali ini tampil bergaya dengan gril hidung harimau (Tiger Nose) yang merupakan identiti Kia sehingga kini.

Malah, Kia Sportage memenangi banyak anugerah seperti iF Design, Good Design dan Red Dot.

Prestasi keselamatan juga bagus dengan memperoleh skor lima bintang dalam EuroNCAP 2010 dan Top Safety Pick (TSP) diberikan agensi keselamatan Institut Insuran untuk Keselamatan Lebihraya (IIHS) di AS pada 2011.

Kia Sportage juga konsisten menduduki tempat pertama dalam tinjauan kualiti J D Power (2013 Initial Quality Study 2013, dan Vehicle Dependability Study 2015). Jualan keseluruhan model tersebut ketika itu melepasi dua juta unit!

Kia Sportage Generasi Ke-4

Kia meneruskan fokus pada peningkatan ciri keselamatan dan praktikal menerusi ujian pelanggaran sisi depan (small overlap front crash tests) yang dibuat IIHS.

Kia Sportage juga dilengkapi teknologi bantuan pemanduan termaju (ADAS). Seperkara menarik, Naza menawarkan enjin 2.0L diesel turbo dengan pacuan semua roda (AWD) melalui varian Kia Sportage 2.0 AWD GT CRDi.

Sejak diperkenalkan pada 2015, Sportage terus kekal sebagai model Kia terlaris dalam tempoh lapan tahun berturut-turut.

Kia Sportage Generasi Ke-5

Ini ialah model terbaru di pasaran masa kini yang diperkenal pada 2021 dengan rekabentuk yang segar dan unik. Kia Sportage menggunakan falsafah rekabentuk baharu ‘Kia Opposites United’ dengan bahagian depan begitu menonjol dan berbeza secara keseluruhan berbanding Sportage generasi pertama.

Ada dua jenis Kia Sportage ditawarkan, iaitu versi Eropah dengan ukuran panjang lebih pendek, dan pasaran AS yang menyusul kemudian. Pilihan trenkuasa juga meriah dengan LPG, hibrid, hibrid plug-in (PHEV), diesel dan petrol turbo.

Sempena ulang tahun ke-30, Kia memperkenalkan Kia Sportage 30th Anniversary Edition (foto atas) yang tampil dengan ciri khas seperti cermin akustik berlamina, lapan beg udara dan sebagainya. Model itu dipasarkan di Korea dahulu sebelum menyusul pasaran lain.

BACA >>> Kia Concept EV5 (2023), SUV Elektrik Selepas EV9 yang Kekal dengan Gaya Kotak!
BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

Kia Sportage Gen 1-5
Kia Sportage Anniversary 30th Edition
autotainment Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Opposites United Kia Sportage Roda4 SUV tahukah anda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.