Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah 5 Kereta Paling Berhantu di Dunia
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 5 Kereta Paling Berhantu di Dunia

Azizi HBy Azizi H24/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KISAH mengenai kewujudan kereta berhantu memang berlaku di banyak negara dunia. Ada pelbagai insiden menyeramkan dilaporkan terjadi yang dikaitkan dengan tragedi pembunuhan atau kematian seseorang individu.

Kereta berhantu kerap dijadikan cerita seram yang berlegar-legar dalam kalangan orang ramai tanpa diketahui kesahihannya. Namun terdapat sejarah yang mendakwa ia benar-benar terjadi suatu masa dulu.

Berikut 5 kereta berhantu dari luar negara yang dibualkan ramai orang  suatu ketika dahulu.

1. LINCOLN CONTINENTAL PRESIDEN JOHN F KENNEDY

John F Kennedy ialah Presiden AS ke-35 yang menjadi mangsa pembunuhan akibat ditembak hingga menembusi tekaknya, dan sekali di kepala. Kennedy dibawa ke Hospital Parkland untuk rawatan perubatan kecemasan dan disahkan meninggal 30 minit kemudian.

Sejak itu, limosin dinaiki Presiden AS itu dikatakan berhantu. Presiden Lyndon Johnson berkata, ruang kabin limosin itu sangat tidak menyenangkan dan akhirnya dipindahkan ke Muzium Henry Ford. Kereta dengan kod nama SS-100-X itu dikatakan kerap dilihat mempunyai bayangan lembaga. Ada juga mendakwa itu hantu Kennedy.

2. KENDERAAN DINAIKI ARCHDUKE FERDINAND

Kennedy bukan satu-satunya pemimpin dibunuh dengan kereta yang disumpah. Archduke Franz Ferdinand ialah pemimpin seterusnya dalam senarai itu.  Beliau dan isterinya dibunuh kumpulan pengganas digelar ‘Sandwich-Loving Assassin’ ketika dalam kereta Gräf and Stift Double Phaeton (1910). Kematiannya dikatakan menjadi punca berlaku Perang Dunia Pertama.

Kereta itu kemudian digunakan Gabenor Yugoslavia buat sementara waktu. Namun, beliau pula terlibat dalam empat siri kemalangan hingga menyebabkan kehilangan lengan kanan. Malah setiap pemilik baru kereta itu dijumpai menemui ajal dalam keadaan mengerikan.

3. PORSCHE SPYDER MILIK  JAMES DEAN

Kereta berhantu seterusnya, Porsche 550 Spyder milik pelakon AS, James Dean. Beliau, yang digelar Bad Boy memperoleh kereta itu ketika penggambaran Rebel Without A Cause.

Digelar Little Bastard, Dean maut dalam kemalangan ketika memandu tersebut. Apa yang menyeramkan, kemalangan itu sudah dijangka pelakon Star Wars, Alec Guinness yang sebelum itu berkata;

Kalau kau masuk dalam kereta itu, kau akan dijumpai mati minggu depan.”

Kematian seterusnya pula menimpa mekanik yang mahu membaik pulih kereta itu, termasuk sesiapa saja cuba mencuri kereta tersebut. Akhirnya. Spyder berkenaan dilaporkan hilang secara misteri.

4. KERETA PEMBUNUH DODGE 330 GOLDEN EAGLE

Jika anda peminat Stephen Hawking, sudah pasti anda tahu buku yang berjudul Christine. Kereta Dodge 330 (1964) dinamakan The Golden Eagle itu ialah versi alam nyata buku tersebut.

Digelar ‘most evil car in America’, kereta itu asalnya ialah kereta peronda polis. Menurut legenda, semua pegawai polis yang pernah memandu kenderaan itu akan berakhir dengan membunuh ahli keluarga masing-masing sebelum mereka membunuh diri.

Malah, penduduk tempatan yang merosakkan kereta itu juga akan mati dalam kemalangan ngeri. Penyelesaiannya, pihak gereja yang bimbang dengan sumpahan itu bertindak meleraikan kereta berkenaan dan dibuang berasingan. Bagaimanapun, pemilik terbaharu The Golden Eagle tersebut dikatakan mengumpulkaan semula komponen kereta berkenaan kerana sukakan kereta ‘iblis’ itu.

5. LIMOSIN THE BLACK VOLGA

Jika ‘Golden Eagle’ kereta paling berhantu di AS, mungkin Black Volga layak mendapat gelaran kereta paling berhantu di dunia.

Limosin hitam itu dikatakan ada kaitan dengan pelbagain insiden daripada konspirasi Komunis hingga kultus ajaran sesat. Terkenal dengan rim putih dan tirai, limosin misteri mula muncul di jajahan Kesatuan Soviet sekitar 1960-1970-an. Kereta penuh kutukan itu dikatakan sering berhenti dan menculik penduduk tempatan, terutama kanak-kanak.

Ada khabar angin mendakwa penculik akan mengambil organ mangsa culik yang akan digunakan dalam ritual darah. Malah ada juga legenda urban mengatakan hantu dalam mitos Jerman, Mephistopheles yang memandu Black Volga!

Tidak kira siapa pun yang memandu, pemandu Black Volga ialah seorang kaya raya kerana memiliki kenderaan termahal di Kesatuan Soviet pada masa itu. Inilah sebab kereta itu disebutkan sebagai paling misteri atau menyeramkan.

SUMBER: TheNewsWheel

autotainment Kereta Berhantu Kereta Paling Berhantu di Dunia Roda4 tahukah anda
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.