Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TahukahAnda: Ini Manfaat Honda CONNECT yang Setiap Pemilik Honda Perlu Tahu
Roda4

#TahukahAnda: Ini Manfaat Honda CONNECT yang Setiap Pemilik Honda Perlu Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA CONNECT boleh diibaratkan sebagai pembantu peribadi maya yang menjaga kenderaan dan diri anda. Aplikasi mobil ini harus dimiliki setiap pemilik kenderaan moden Honda.

Sebelum bercerita lanjut kenapa anda perlu memiliki aplikasi ini, lebih baik kita bermula dengan beberapa maklumat asas mengenai Honda CONNECT.

APAKAH HONDA CONNECT?

  • Honda CONNECT ialah sistem telematik kenderaan diperkenalkan Honda Malaysia pada 2021 ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
  • Aplikasi mobil ini boleh dimuat turun menerusi telefon pintar Android atau iPhone.
  • Aplikasi mobil ini membolehkan pemilik Honda kekal ‘terhubung’ dan dapat mengakses kenderaan masing-masing sepanjang masa walaupun berada jauh dari kenderaan masing-masing.

MODEL DENGAN HONDA CONNECT?

  • Honda CONNECT diperkenalkan untuk model Honda City e:HEV RS sebelum diperluas kepada pemilik Honda Civic e:HEV, Honda City Hatchback e:HEV RS  dan Honda WR-V RS.
  • Honda City (2023) versi dipertingkat (facelift) juga didatangkan dengan ciri tersebut untuk dua varian RS, iaitu RS petrol dan hibrid e:HEV RS.

TIGA KOMPONEN UTAMA HONDA CONNECT

Ada tiga elemen utama Honda CONNECT, iaitu Safety (Keselamatan), Security (Sekuriti) dan Covenience (Keselesaan). Setiap satu elemen mengandungi tiga ciri penting, iaitu:

i. SAFETY

  • Automatic Collision Detection (Pengesan Perlanggaran Automatik )
  • Security Alarm Detection (Pengesan Penggera Sekuriti)
  • Speed Alert (Amaran Halaju)

ii. SECURITY

  • Find My Car (Penjejak Kereta)
  • Geo-Fencing Alert (Amaran Batas-Geo)
  • Emergency Call (Panggilan Kecemasan)

iii. CONVENIENCE

  • Car Status (Status Kereta)
  • Remote Vehicle Control (Kawalan Kenderaan Jarak Jauh)
  • Service Reminder (Pengingat Servis)

1. SAFETY

(a) Automatic Collision Detection (Pengesan Perlanggaran Automatik )

  • Apabila beg udara mengembang, pihak sokongan pelanggan Pusat Panggilan Honda akan dimaklumkan mengenai insiden tersebut. Misalnya kenderaan anda terlibat kemalangan.
  • Ini kerana apabila beg udara mengembang, itu menunjukkan anda terlibat dalam kemalangan serius.
  • Honda CONNECT akan menghantar signal notifikasi dengan lokasi tepat GPS kepada pasukan khidmat pelanggan Honda (Road Side 24 Assistance Call Center) dan pemilik.
  • Wakil khidmat pelanggan kemudian akan menghubungi anda selepas insiden itu berlaku. Jika panggilan gagal dijawab, mungkin kerana tidak sedarkan diri, pusat panggilan akan menghubungi orang terdekat menerusi nombor telefon yang didaftar dalam aplikasi berkenaan.
  • Jika orang terdekat gagal dihubungi, polis akan dihubungi, termasuk ambulans dan penyedia perkhidmatan trak tunda.
(b) Security Alarm Detection (Pengesan Penggera Sekuriti)

  • Menghantar notifikasi kepada pemilik Honda apabila sistem penggera mengesan ada individu cuba memecah masuk pintu, bonet dan but.
  • Jika notifikasi dihantar dan pemilik tidak memberi respons dalam tempoh 10 minit pertama, wakil pusat khidmat pelanggan akan menghubungi anda untuk memaklumkan situasi berlaku bagi membantu mengelak kereta dipecah masuk atau dicuri.
(c) Speed Alert (Amaran Halaju)

  • Jika kenderaan dipandu melebihi had laju tetapkan dalam aplikasi Honda CONNECT, pemilik akan menerima notifikasi menerusi telefon pintar.

2. SECURITY

(a) Find My Car (Penjejak Kereta)
  • Membantu mencari lokasi kereta nada dengan Google Map, termasuk petunjuk arah kepada pemilik ke lokasi semasa di mana kereta berada.
(b) Geo-Fencing Alert (Amaran Batas-Geo)
  • Selain ciri Find My Car, pemilik boleh menetapkan radius Geo-Fencing Alert untuk menerima notifikasi jika kereta keluar dari atau masuk semula ke zon parameter ditetapkan.
  • Ciri ini membantu pemilik mengetahui jika kereta dibawa keluar tanpa pengetahuan atau dilarikan pihak tidak bertanggungjawab.
(c) Emergency Call (Panggilan Kecemasan)
  • Pemilik boleh menyimpan nombor telefon pengedar atau pihak kecemasan untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
  • Nombor telefon Bantuan Jalanan 24 Jam turut ditetapkan dalam fungsi Emergency Call, termasuk pihak insurans.
  • Anda perlu memasukkan nombor telefon pengedar, insurans dan orang terdekat secara manual terlebih dahulu.

3. CONVENIENCE

(a) Car Status (Status Kereta)

  • Melalui Car Status, pengguna Honda CONNECT boleh memeriksa beberapa perkara penting mengenai status kereta seperti pintu, but, bonet, bateri, beg udara dan baki petrol.
  • Ciri Diagnostic Support (Sokongan Diagnosis) membolehkan pemilik Honda menerima notifikasi jika lampu amaran enjin (engine check) menyala dan pemilik akan disarankan membawa kereta ke pusat servis rasmi terdekat.

  • Notifikasi akan dipaparkan pada telefon pintar jika mana-mana lampu amaran di atas ini menyala.
(b) Remote Vehicle Control (Kawalan Kenderaan Jarak Jauh)

  • Pemilik boleh menghidupkan enjin menggunakan telefon pintar untuk fungsi penyaman udara dari sebarang lokasi tanpa had jarak. Pemilik juga boleh melaras tiga tetapan penyaman udara dari jarak jauh.
  • Pemilik boleh mengunci dan membuka pintu kereta dari jarak jauh walaupun berada di luar negara.
  • Panggilan boleh dibuat ke pusat khidmat pelanggan untuk meminta bantuan membuka atau mengunci pintu kereta.
  • Pengguna boleh memeriksa status bateri walaupun berada di luar negara. Pemilik juga boleh menghidupkan enjin menggunakan telefon pintar untuk mengecas semula bateri walaupun berada di lokasi lain.
(c) Service Reminder (Pengingat Servis)

Pengguna Honda CONNECT boleh memeriksa jadual penyenggaraan kereta melalui aplikasi tersebut selain membuat janji temu sebelum menghantar kereta diservis.

Pada majlis pelancaran Honda City (2023) facelift, Honda Malaysia mengumumkan tawaran sistem Honda CONNECT kepada pembeli City selain siri RS (S, E dan V) pada harga istimewa cuma RM1,500 berbanding harga asal RM2,450.

Tempoh langganan tiga tahun, dan tawaran harga luar biasa itu bermula 10 Ogos 2023 dan tamat 31 Januari 2024, tertakluk stok, terma dan syarat ditetapkan Honda Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan mengunjungi 101 premis pengedar rasmi Honda seluruh negara atau layari laman web www.honda.com.my.

aplikasi mobil Honda Connect Honda Malaysia mobile app Roda4 tahukah anda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.