Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bilakah Patut Tukar Pad Brek?
Autotainment

#TahukahAnda: Bilakah Patut Tukar Pad Brek?

Han OthmanBy Han Othman04/11/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAD brek yang bagus memberikan kesan yang cukup besar terhadap keselamatan anda sama ada selamat atau hilang nyawa. Apabila berdepan situasi bahaya atas jalan, satu-satunya komponen yang anda boleh harapkan untuk menyelamatkan nyawa ialah pad brek selain sistem brek itu sendiri.

Pad brek (brake pad), atau pelapik brek (brake lining) tersimpan dalam kaliper brek/kasut brek, dan berfungsi menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Jadi, apabila pedal brek dipijak rapat, memang tidak sukar hendak membayangkan daya tekanan yang dikenakan hingga mendedahkan ia kepada kondisi haus dan lusuh (wear and tear).

Semakin kerap memandu, maka semakin cepat proses kehausan berlaku.

BACA >>> #ApaNakBuat: Pijak Brek Rasa ‘Kosong’ Cuba Periksa Servo Brek

Dalam brek cakera, pad brek (brake pad) ialah material hitam yang dipegang kaliper brek merah. Pelapik brek (brake lining) ialah bahagian pad brek yang bersentuhan dengan cakera brek logam (rotor) apabila brek dihubungkan. Kredit Foto: David Monniaux

Sistem dan komponen pad brek adalah rutin penyelenggaran normal dan wajib dilakukan. Ia sebenarnya bukan khusus untuk mekanik saja, tetapi anda sebagai pemilik kenderaan juga perlu bertanggungjawab. Bukan sekadar memerhati secara visual, tetapi juga mengesan sebarang perubahan dari segi bunyi komponen brek, dan tahap kecekapan membrek.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengetahui kondisi pad brek kereta anda dalam keadaan baik atau sebaliknya?

1. Lampu Indikator Menyala atau Berkelip

Ini paling mudah. Sesetengah kenderaan dilengkapkan dengan lampu amaran pada panel meter yang menunjukkan pad brek perlu diganti. Namun di Malaysia, tidak semua kereta ada simbol amaran ini kecuali kereta berstatus premium dan mewah.

2. Bunyi Besi Bergesel, Menderam

Salah satu tanda yang menunjukkan pad brek perlu ditukar adalah kedengaran bunyi seakan besi bergesel (grinding) atau menderam (rumbling). Ini menunjukkan pad brek sudah haus dan jika dibiarkan lama boleh merosakkan kaliper brek dan cakera, sekali gus menyebabkan seluruh sistem brek kenderaan rosak.

Sila peka dengan sebarang bunyi aneh dari bahagian brek.

3. Bunyi Berkiut, Nyaring

Ini tanda paling awal yang menunjukkan brek sudah haus. Lebih-lebih lagi apabila anda kerap mendengarnya. Lebih elok bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa jika bunyi semakin kuat dan berterusan.

4. Pad Nipis

Sesetengah pad brek mengalami kehausan tidak sama rata.

Adakah brek anda sudah nipis? Itu ialah tanda mudah yang anda perlu tukarkan pad brek baharu. Caranya, lihat celahan rim dan perhatikan pad brek yang mengepit rotor brek atau cakera. Jika pad brek nampak nipis, anda perlu menukar baharu.

Namun, tidak semua kenderaan mudah untuk kita mengesan tahap ketebalan pad brek.

autotainment Brake Pad brek pad brek tahukah anda tip tip kereta Tukar Pad Brek
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026

2 Comments

  1. Izz on 14/12/2023 06:52

    Hi, nak tanya pendapat. Boleh ke tukar brek pad saga yang masih dalam waranti? Atau kena pergi ke pusat servis proton tu sendiri dan minta ditukarkan?

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:17

      Boleh je tukar sendiri

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.