Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?
Autotainment

#TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROSES mengubah suai motosikal ada yang dibuat sekadar kosmetik tanpa melibatkan aspek mekanikal. Antara modikasi luaran yang kerap dipilih ialah menggunakan tayar besar daripada saiz  asal.

Tahukah anda menukar tayar baharu, sama ada menaikkan atau menurunkan saiz tayar daripada normal memiliki impak tertentu ke atas motosikal? Ya, memang risiko yang anda kena tahu. Jadi, jangan main tukar saja kerana aspek keselamatan sentiasa perlu dititikberatkan.

Keputusan menukar tayar profil kecil berisiko menghilangkan cengkaman kerana tayar akan jadi lebih licin dan kurang menggigit permukaan jalan.

Trend ini sering kita nampak dilakukan mat motor negara jiran yang menggunakan tayar sotong pada sportbike 150 dan 250cc. Faktanya, tayar bersaiz kecil membataskan kualiti tunggangan dan sangat bahaya jika ditunggang laju kerana kurang stabil.

Harga memang mesra poket dan menjimatkan, tetapi dari segi keselamatan sangat tidak berbaloi! Mujurlah trend itu sudah tidak ‘meriah’ lagi di Malaysia. Sebaliknya, mat motor Malaysia ketagih pula memasang tayar saiz besar yang bukan hanya melibatkan komponen tayar saja.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

TUKAR TAYAR SAIZ BESAR LEBIH MAHAL?

Jika menukar tayar saiz besar, pemilik mungkin perlu menggantikan swingarm, rim dan rantai. Jadi proses ini memerlukan perbelanjaan tambahan. Bagaimanapun, saiz tayar yang ditingkatkan 1-2 inci lebih besar daripada ukuran asal tidak perlu menggantikan komponen sampingan seperti disebutkan.

Risiko paling utama sekiranya menukar tayar lebih besar adalah berat motosikal bertambah, sekali gus menjejaskan pecutan. Malah komponen lain yang ada kaitan dengan tayar, seperti rantai dan gear, akan lebih cepat haus dan lusuh kerana perlu bekerja lebih. Kalau hendak tukar, perlukan tambahan bajet lagi.

Anda mungkin beranggapan tayar saiz besar dapat berikan keseimbangan ketika mengambil selekoh, tetapi itu jika menaikkan saiz mengikut ukuran dibenarkan. Jika bersaiz besar melampau, ia menjejaskan pula dinamik dan sudut miring motosikal. Anda mungkin stabil di jalan lurus, tetapi untuk membelok, dimensi dan kuasa pecutan keluar sudah berubah.

Ini bermakna, menukar tayar biasa kepada tayar besar akan mengubah aspek dinamik tunggangan dan prestasi enjin. Ingat, menunggang motosikal bukan tentang menunggang atas jalan lurus saja.

Jadi sebelum mahu buat sebarang pengubahsuaian, sangat penting untuk anda berfikir secara rasional dan tidak terburu-buru. Lebih-lebih lagi jika anda bermasalah dengan duit. Namun, jika itu bukan isu, teruskan saja hobi mahal itu.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

SUMBER: Suzuki.co.id

autotainment roda2 tahukah anda Tayar tayar motor tukar tayar baharu tukar tayar motosikal Tukar Tayar Motosikal Saiz Besar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.