Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

Han OthmanBy Han Othman23/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAMA seperti manusia, kereta juga perlu bernafas supaya dapat beroperasi sebaiknya. Jadi, udara yang dihirup kereta perlulah bersih sebelum memasuki enjin supaya habuk dan bahan cemar tidak merosakkan komponen sensitif. Tugas-tugas pembersihan itu pula digalas penapis udara.

Anda mungkin tidak perasan, tetapi fakta sama yang dikongsi manusia dan kereta ialah masing-masing bernafas dengan udara sudah ditapis. Seperti mana kita memerlukan udara bersih, begitu juga kereta.

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM

Kereta menggunakan 2 jenis penapis udara untuk menghindarkan pencemaraan bawaan udara memasuki sistem penting kenderaan: penapis enjin (engine filter) dan penapis kabin (cabin filter). Sekarang kami akan jelaskan apakah perbezaan dan peranan utama dua penapis udara itu:

1. PENAPIS ENJIN (ENGINE FILTER)


Penapis enjin atau juga dipanggil penapis udara enjin (engine air filter) biasanya terletak dalam satu kotak kedap dengan bukaan lebar dalam ruang enjin. Jika anda tidak tahu di mana penapis udara kenderaan sendiri, bertanyalah mekanik servis ataupun boleh rujuk manual pengguna. Penapis ini boleh jadi berbentuk bulat, kon, segiempat sama atau tepat, dan bergantung kepada jenama dan model kenderaan.

Alasan kenapa penapis enjin diletakkan dalam kotak kedap ialah supaya ia dapat menyalurkan semua udara dari corong bukaan dan menghirup dalam jumlah besar udara itu dari satu arah. Ini membolehkan penapis berkenaan melakukan tugas dengan lebih efisien. Ini kerana jika didedahkan sepenuhnya, penapis cenderung mudah kotor dan tersumbat yang membuatkan ia tidak dapat bekerja dengan cekap, sekali gus memendekkan jangka hayat alat ganti itu.

Penapis enjin perlu diganti pada selang masa tertentu bagi memastikan dapat selalu berfungsi pada tahap terbaik. Jika penapis kotor tidak digantikan, ia dapat meningkatkan penggunaan bahan api yang membuatkan enjin terpaksa menanggung stres tidak diperlukan.

2. PENAPIS KABIN (CABIN FILTER)


Penapis udara kedua kereta ialah penapis kabin atau selalu disebut cabin filter, dan terletak dalam kabin, sama seperti nama yang diberikan. Penapis udara jenis ini biasanya diletakkan bawah papan pemuka berhampiran sistem penyaman udara. Tugasnya ialah menghalang kotoran, habuk dan alergen daripada menerjah masuk ke dalam kabin anda.

Penapis kabin juga menghalang asap ekzos daripada memasuki kabin yang dihuni anda dan penumpang. Walaupun tidak terlibat dalam prestasi enjin, tetapi memainkan peranan penting dalam memastikan anda kekal selesa sepanjang pemanduan.

Kegagalan menggantikan penapis kabin yang lama dan tersumbat boleh menyebabkan bau busuk, hapak dan kurang selesa kepada penumpang, termasuk menjejaskan kesihatan, terutama mereka yang ada alahan.


PASTIKAN SENTIASA BERSIH

Kedua-dua penapis mudah diakses. Manual pengguna yang diberikan sepatutnya mampu memberikan panduan langkah demi langkah kepada anda untuk bersihkan sendiri. Disebabkan akses mudah, jadi memang tiada alasan si tuan kereta untuk tidak memastikan komponen tersebut dalam keadaan bersih.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 3 Jenis ‘Filter’ Motosikal yang Wajib Anda Tahu?

Selain memanjangkan jangka hayat kereta, penyenggaraan penapis udara mampu memastikan kereta anda dapat beroperasi sempurna pada tahap optimum.

autotainment Cabin Filter Engine Filter Penapis Enjin Penapis Kabin Penapis Udara Perbezaan Penapis Enjin dan Penapis Kabin Roda4 tahukah anda tip tip senggara kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026

1 Comment

  1. Thompson on 04/07/2019 08:50

    Just asking where can I find cabin filter for toyota avanza year 2015? Is possible send me a video tutorial since I did find it on youtube for this year model. Tq.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.