Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Jenis Motosikal Terbaik untuk Saya?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Jenis Motosikal Terbaik untuk Saya?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN anda sekarang sedang memikirkan untuk membeli motosikal pertama. Mungkin juga anda seorang penunggang otai. Jadi artikel kali ini akan menghuraikan opsyen gaya motosikal yang sesuai dan padan untuk anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Saiz Motosikal Terbaik untuk Penunggang Pertama?

Bagi kalangan pembeli Malaysia, apabila disebut tentang hasrat mahu membeli motosikal, terus saja terlintas dua kategori dua roda dalam fikiran, iaitu kapcai dan sportbike. Faktanya, ada banyak lagi opsyen lain selain dua jenis motosikal itu dan mari kita lihat barisan kategori motosikal paling popular yang mungkin secocok dengan anda.

1. KAPCAI/SKUTER

YAMAHA Y15ZR
BENELLI RFS 150
HONDA RS150R

Motosikal kapcai/skuter (juga disebut moped atau underbone) ialah kenderaaan paling popular di negara ini. Motosikal ini digunakan dalam banyak cara, iaitu sebagai pengangkutan ke tempat kerja, pergi ke surau atau masjid, menghantar makanan dan surat, keluar menoreh getah, berjumpa pelanggan, mengusung anak dara orang, merempit di ibu kota, ataupun menyamun. Ya, jangan gelak kerana ini memang fakta dan jangan memandang remeh kategori motosikal ini. Malah kapcai di Malaysia ada siri perlumbaan tersendiri yang banyak melahirkan pelumba handalan.

Selain Malaysia, mesin bersesaran kecil dan ringan ini turut dipasarkan di negara Asia Tenggaran lain (boleh dikatakan semua negara Asean ada kapcai). Ada pelbagai jenis rekabentuk, warna dan jenama kapcai di pasaran. Antara jenama motosikal paling popular negara ini ialah Yamaha, Honda, dan Modenas, serta Suzuki (dulu).

Jika anda berhasrat memiliki motosikal ringkas, ringan dan murah untuk diselenggara, pastikan kapcai atau skuter berada dalam senarai pendek.

2. STANDARD

DUCATI SCRAMBLER
SUZUKI BANDIT 1250
SUZUKI VANVAN 200
TRIUMPH BONNEVILLE

Motosikal standard sudah tentu maksudnya standard yang datang dengan posisi tunggangan menegak dan dalam pelbagai pilihan saiz. Misalnya, model sekecil Suzuki VanVan 200 ataupun sebesar Bandit 1250 yang kedua-duanya menawarkan rekabentuk berbeza. Jentera gaya klasik seperti Triumph Bonneville dan Ducati Scrambler juga kadangkala dimasukkan dalam kategori motosikal standard.

Dengan lampu bulat dan tangki kacang, atau rupa agresif dan aerodinamik, motosikal standard kekal memberikan posisi menunggang selesa. Motosikal standard juga dipanggil ‘pisau Swiss Army’ dalam kategori motosikal kerana versatiliti ditawarkan dan menjadi pilihan terbaik buat majoriti penunggang.

3. SPORTBIKE

SUZUKI HAYABUSA
KAWASAKI NINJA 400

Sportbike mendapat nama di Malaysia sebagai ‘motor rendah diri kerana sentiasa ditunggang menunduk’. Tetapi jangan terpedaya dengan gelaran itu kerana model sportbike direka untuk kelajuan dan memang memiliki reputasi tersebut. Anda boleh memiliki sportbike sekecil model Kawasaki Ninja 400 hingga sebesar model Suzuki Hayabusa bersesaran 1300cc.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Perkara Tentang Karakter Sportbike yang Perlu Anda Tahu

Jika lebih mementingkan prestasi tinggi, kategori sesaran lebih tinggi pula digelar supersport, superbike atau hyperbike. Sportbike mempunyai banyak pilihan sama ada untuk penunggang baharu, atau lama yang sukakan cabaran menunggang di jalan raya atau litar lumba. Cuma pastikan motosikal yang mahu dibeli itu bersesuaian dengan tahap tunggangan dan pengalaman.

4. NAKED/STREETFIGHTER

TRIUMPH BONNEVILLE
DUCATI MONSTER
SUZUKI SV650

Motosikal naked, juga dikenali sebagai streetfighter ialah subkategori motosikal standard, tetapi bergaya lebih sporty. Sebab kenapa digelar naked kerana idea asal ialah sportbike, tetapi fairing plastik ditanggalkan untuk memberikan rupa lebih minimalis. Kategori motosikal ini menawarkan posisi tunggangan menegak berbanding sportbike. Contoh klasik naked bike ialah Suzuki SV650, Ducati Monster dan Triumph Street Triple.

5. CRUISER

KAWASAKI VULCAN
HONDA REBEL 300

Sejenis cruiser menampilkan ciri-ciri seperti dicadangkan namanya. Motosikal ini dibina untuk keselesaan tunggangan jarak jauh dan turut datang dalam pelbagai saiz. Jika berhasrat memiliki motosikal yang selesa ditunggang di lebuh raya, cruiser mungkin pilihan terbaik buat anda.

Cruiser turut didatangkan bersama aksesori beg, digelar ‘bagger‘, untuk aktiviti kembara santai. Contoh terbaik bagi kategori motosikal ini ialah barisan model Harley-Davidson dan Indian, tetapi ada juga pilihan yang lebih mampu milik seperti Kawasaki Vulcan dan Honda Rebel.

6. TOURING

HARLEY-DAVIDSON STREET GLIDE
HONDA GOLDWING (2018)
INDIAN CHIEFTAIN

Motosikal kembara atau touring bike tidak memiliki ciri sama seperti cruiser. Ada juga model seperti Harley-Davidson Street Glide dan Road King yang termasuk dalam kategori hibrid touring–cruiser, tetapi tidak semua motosikal touring ialah cruiser.

Model touring biasanya lebih mewah dengan dilengkapi ciri pengadang angin dalam bentuk fairing dan windscreen (visor depan), but muatan dalam bentuk kotak keras dan kadangkala turut dibekalkan ciri keselesaan seperti pemanas tempat duduk dan juga navigasi satelit.

Lain daripada itu ialah sport touring yang lebih menekankan aspek prestasi  dan pada masa sama masih sesuai dan selesa ditunggang jarak jauh. Motosikal touring ialah pilihan terbaik buat anda jika berhasrat mengembara dengan jentera dua roda. Antara contoh motosikal jenis ini ialah Honda Gold Wing, Yamaha Star Venture dan Indian Chieftain.

7. OFF-ROAD

KTM 350 SX-F
HUSQVARNA 701 ENDUR0

Motosikal jenis ini membuatkan kita terbayangkan sebuah motor dengan konsep ringkas dan mudah. Namun, ada beberapa kategori di bawah off-road.

Dirt bike tampil lebih ringkas dan mudah, juga lebih kecil dan mampu milik dengan ketinggian pelana tinggi berserta bunga tayar dadu. Tujuan dirt bike cuma satu, iaitu keseronokan menunggang off-road. Dirt bike asasnya tidak mempunyai ciri diperlukan untuk tunggangan dalam bandar seperti lampu, cermin dan lampu signal belok.

Namun, jika anda mahukan motosikal yang mampu ditunggang di kawasan bandar dan off-road, jentera dual sport ialah pilihan tepat.

Motosikal dual sport secara asasnya ialah dirt bike versi sah ditunggang atas jalan raya. Sesetengah jentera dual-sport dibina lebih kepada tunggangan atas jalan raya biasa. Namun, semua motosikal itu mampu ditunggang secara off-road. Jika anda berhasrat memiliki motosikal yang dihasilkan khusus untuk perlumbaan off-road, belilah jentera motocross. Antara jenama motosikal terbaik dalam kategori off-road ialah Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, Husqvarna dan KTM.

8. ADVENTURE

BMW 1200 GS
HONDA AFRICAN TWIN

Kategori terakhir ialah model hibrid dual sport dan touring dengan diberikan nama motosikal kembara (adventure). Walaupun tampil dengan kombinasi pelik, tetapi segmen ini semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu.

Sama seperti model dual-sport di atas, sesetengah motosikal adventure lebih kerap digunakan atas jalan raya berbanding off-road. Contohnya, barisan model Triumph Tiger menawarkan varian XC yang menumpukan kepada ciri tunggangan off road, manakala varian XR yang lebih selesa ditunggang atas jalan raya.

Kedua-dua model itu didatangkan dengan dua saiz berbeza. Contoh lain motosikal segmen adventure ialah barisan BMW GS, Honda Africa Twin dan Ducati Multistrada.


Jika anda masih lagi tidak pasti dengan pilihan, segeralah melawat bilik  pameran motosikal terdekat. Mulakan dengan mendapatkan fiil duduk di atasnya sebelum beranikan diri memandu uji setiap motosikal yang disenarai pendek.

SUMBER: AutoTrader

autotainment Jenis Motosikal Motosikal Pilihan Motosikal Pilihan Terbaik roda2 tahukah anda tip pilih motosikal
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

19/02/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.