Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Jarak Selamat Memandu di Belakang Kenderaan Depan?

Han OthmanBy Han Othman20/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERAPA kerap anda mahu berada atau ‘mencucuk’ kereta depan sedekat mungkin? Sejengkal dari bampar belakang? Jika jawapannya selalu, dan kerap ataupun kadang-kadang, anda sebenarnya sedang meletakkan diri dalam bahaya. Kalau berlaku perlanggaran, janganlah pula disalahakn kereta depan kerana anda yang sepatutnya dipersalahkan.

Sebab itulah dalam banyak kes keputusan kemalangan, pemandu belakang lebih kerap dipersalahkan berbanding pemandu depan. Asasnya mudah, pemandu belakang patut memandu dengan jarak selamat!

PURATA MASA REAKSI

Bayangkan kereta depan membrek mengejut ketika mengekor rapat di belakang.

Ketahuilah, tidak kira berapa bagus brek yang kita miliki, ia tetap perlu ditekan supaya kereta berhenti. Ini bermakna, segalanya bergantung kepada masa reaksi. Purata masa reaksi manusia pula ialah kira-kira 1.5 saat, masih juga tidak cukup pantas untuk mengelakkan sesuatu kemalangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?

Jadi, peraturan ringkas yang patut kita faham ialah, semakin dekat kereta kita dengan kereta depan, maka semakin kurang masa reaksi diperlukan. Fikirkan lagi sekali, adakah masa reaksi kita cukup pantas untuk menekan brek dan menghentikan kenderaan sebelum terlanggar kereta depan? Jawapannya, tak mungkin.

Pada masa sama, ia juga sangat tidak praktikal jika kita memandu sejauh mungkin dari kereta depan. Adakah ada cara lain yang dapat mengekalkan pemanduan dalam jarak tertentu supaya tidak tertinggal di belakang? Malah, pada masa sama dapat berhenti sebaiknya seandaikan berlaku kecemasan?

PERATURAN 3 SAAT


Lakukan ‘Peraturan 3 Saat’, senang sajakan? Maksudnya, kereta kita sepatutnya melepasi satu titik tertentu sekurang-sekurangnya 3 saat selepas kereta depan melintasi titik sama.

Caranya? Kenal pasti apa saja titik kekal yang ada sepanjang jalan. Biarkan kereta  depan melepasi titik itu misalnya, tiang lampu (seperti gambar atas). Sekarang mulalah mengira 1-3 saat sebelum kereta kita melintasi tiang lampu yang sama. Inilah jarak selamat memandu yang kita patut kekalkan.

Jurang 3 saat antara kereta kita dan kereta depan akan memberikan cukup masa untuk kita bertindak sekiranya berlaku apa saja kecemasan. Pada masa sama, kita juga dapat mengelak tertinggal jauh di belakang, terutama jika sedang berkonvoi.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

Apapun ingat, jarak berhenti juga bergantung kepada faktor lain seperti kondisi permukaan jalan. Jika hujan atau permukaan jalan basah, atau ada tumpahan minyak, masa yang diperlukan untuk berhenti juga meningkat dan Peraturan 3 Saat tidak lagi boleh digunakan dengan tepat.

* Jarak fikir – Jarak dilalui kenderaan, iaitu antara masa apabila kita tersedar yang kita perlu membrek dan masa menekan brek.

autotainment brek Jarak Membrek Jarak Membrek Selamat Peraturan 3 Saat Roda4 tip memandu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.