Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

ZYBy ZY07/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, apakah fungsi VALVE atau INJAP sebagai antara komponen utama enjin?

Mungkin kita rasa tidak penting untuk belajar tentang aspek mekanikal kenderaan, cukup serahkan saja kepada pomen. Namun, memahami bagaimana sesuatu komponen membantu sesebuah kenderaan bergerak, itu sedikit sebanyak membantu kita lebih prihatin tentang hal penjagaan dan penyenggaraan kenderaan, termasuk permasalahan yang bakal berlaku akibat mengabaikannya.

Melainkan kita cuma menunggang basikal atau memandu kereta elektrik, salah satu komponen penting dalam enjin pembakaran dalaman yang perlu difaham ialah injap atau valve. Kenapa penting? Teruskan membaca.

* Selepas ini istilah ‘valve’ digunakan untuk memudahkan pemahaman.

BACA >>> #TahukahAnda : Kenapa Enjin 4-Valve Lebih Berkuasa daripada Enjin 2-Valve?

APAKAH TUGAS VALVE?

Rekabentuk valve yang biasa digunakan.

Anda pasti sudah sedia maklum, enjin memerlukan bahan bakar berupa petrol atau diesel untuk menghasilkan tenaga, tetapi tenaga itutidak diperlukan setiap masa seperti arus air di empangan hidro-elektrik.

Seperti dijelaskan dalam artikel sebelum ini, enjin kenderaan moden mempunyai empat kitaran lejang: masukan (1), mampatan (2), kuasa (3) dan ekzos/keluar (4) seperti ditunjukkan animasi di bawah. Valve pada enjin berfungsi memastikan ruang enjin dapat dibuka untuk membenarkan aliran masuk campuran bahan api+udara, dan aliran keluar gas sisa pembakaran, serta ditutup kemas untuk memampatkan campuran dan menghasilkan kuasa.

* Enjin 2-lejang menggunakan gerakan piston sebagai mekanisme pengawal, jadi tidak perlukan injap pada liang masukan dan ekzos

Bagi tujuan itu, setiap enjin ada sekurang-kurangnya dua valve. Intake Valve pada liang masukan yang bersambung dengan badan terotel (throttle body), dan Exhaust Valve pada liang keluar, bersambung dengan manifold ekzos dari arah bertentangan. Pastinya anda sedia maklum, enjin boleh mempunyai hingga 4 valve seperti terdapat pada konfigurasi valvetrain DOHC, tetapi ini akan dihurai pada siri akan datang.

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

MASALAH MELIBATKAN VALVE

Valve terlalu kecil antara punca utama mudah patah bagi kebanyakan motosikal 4-silinder 250cc era 90-an

Tanpa menyentuh soal tren injap atau valvetrain, tidak banyak masalah berpunca akibat valve itu sendiri. Kemajuan teknologi hari ini membenarkan valve dibina lebih tahan lasak, menjadikan masalah seperti valve ‘putus’ sebagai satu nostalgia silam. Namun, valve tidaklah bebas daripada sebarang risiko kerosakan yang mungkin berpunca akibat faktor luaran.

Salah satu kerosakan valve yang kerap terjadi akibat faktor luaran ialah valve terbakar atau sompek/sobek, yang sangat sukar dikesan melainkan selepas berlaku simptom kerosakan seperti penggunaan bahan api yang agak ‘melahap’, susah menghidupkan enjin dan kehilangan kuasa.

Masalah ini berpunca daripada valve sealing (situasi di mana valve menyentuh head enjin) yang tidak benar-benar kedap, sekali gus menyebabkan gas panas dari enjin dipaksa melalui valve, dan berlaku konsentrasi haba dan tekanan yang membakar bibir valve hingga rapuh dan pecah (sompek). Ini menyebabkan enjin kehilangan mampatan dan kuasa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tekan Starter, Tetapi Kenapa Motor Tak Hidup-Hidup?

Contoh valve sompek (bulatan)

Antara masalah punca valve sealing yang kerap dikenal pasti:

  • Valve seating tidak tepat, sama ada daripada proses pemasangan kilang atau modifikasi. Valve akan sentiasa berputar ketika beroperasi, jadi valve sealing yang tidak tepat menyebabkan berlaku kebocoran kedapan atau sealing pada sudut tertentu.
  • Enjin yang terlalu panas berpunca daripada penyejukan tidak optimum (kerosakan sistem penyejukan) atau akibat hantaran bahan api lean daripada modifikasi dan talaan yang tidak menyeluruh
  • Binaan komposit karbon pada valve, akibat penggunaan petrol berkualiti rendah dalam jangka masa panjang
  • Kerosakan pada valvetrain seperti timing chain/belt putus.
  • Kerosakan pada material valve seat.

Kecuali kesilapan pemasangan kilang atau faktor lain tidak dijangka, masalah di atas dapat diatasi dengan melakukan penyenggaraan atau pemeriksaan berkala pada jentera seperti pemeriksaan kelegaan injap (valve clearance checking), valve lapping untuk kenderaan berusia dan mencuci karbon menggunakan produk cucian tertentu yang mudah didapati di pasaran.

Spray SeaFoam antara produk dipercayai bagi mencuci komposit karbon.

Kepada yang mahu mengubah suai, anda harus mengambil kira akibat yang bakal berlaku disebabkan penukaran komponen, bukan cuma tukar satu komponen tanpa mengambil kira kesan terhadapkomponen lain. Penukaran ekzos full system versi aftermarket misalnya, boleh menyebabkan enjin bekerja dalam keadaan lean sekiranya talaan semula karburetor atau ECU tidak dilakukan.

autotainment injap r25 tren injap valve valve sompek valvetrain
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Autotainment

Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

07/07/2026
Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
Tahukah Anda

Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

02/07/2026

1 Comment

  1. Ahmad nur afiq fitri bin idris on 12/01/2021 17:03

    Setiap berapa km paling best untuk buat valve clearing checking??

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

By Syafie07/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.