Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi ‘Yamaha Blue Core’?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi ‘Yamaha Blue Core’?

AryonBy Aryon19/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BLUE Core adalah antara teknologi ‘masterpiece’ ciptaan Yamaha yang dihasilkan untuk enjin motosikal generasi baharu buatan pengeluar dari Jepun itu dengan mengoptimumkan tiga teras pembangunan: penggunaan bahan api, hantaran kuasa dan kawalan emisi.

Blue Core bukan terma tunggal untuk pembangunan teknikal atau teknologi, sebaliknya lebih kepada konsep pembinaan yang menggabungkan pelbagai perincian dan pembangunan teknologi. Dalam erti kata lain, Blue Core merujuk kepada teknologi kecekapan enjin.

BACA >>> Yamaha Lancar Niken – Si Tiga Roda yang Mampu ‘Corner Baring’

Enjin Blue Core buatan Yamaha ialah kombinasi pengoptimuman pengunaan bahan api, hantaran kuasa dan sistem emisi yang mesra alam. Justeru Yamaha menerusi teknologi berusaha memastikan tahap kecekapan enjin, penggunaan bahan api berada pada tahap optimum, termasuk mengekstrakkan semaksimum mungkin kuasa dan prestasi jentera. Akhir sekali turut menghasilkan kenderaan mesra alam yang kurang mencemarkan.

TERMA PENTING BLUE CORE

Ketiga-tiga teras Blue Core di atas dicapai berasaskan tiga faktor utama, iaitu:

  • Menambah baik kecekapan pembakaran.
  • Mengurangkan susutan kuasa dan susutan mekanikal.
  • Meningkatkan kecekapan sistem penyejukan.

Setiap faktor di atas dibangunkan mengikut perincian dan ketepatan berbeza serta dicapai dalam pelbagai metod berbeza mengikut jenis enjin atau model motosikal. Sekarang kita perincikan lagi tentang tiga terma utama tersebut.

1. MENAMBAH BAIK KECEKAPAN PEMBAKARAN

Ini adalah antara terma utama dalam teknologi Blue Core. Bagi memastikan kecekapan pembakaran, rekabentuk enjin dimajukan dan diperhalusi teknologi tersebut dari segi komponen, alat ganti dan kebuk pembakaran.

Ketepatan diperoleh dengan mengemas kini rekabentuk port ambilan, menjajarkan semula atau membentuk semula injap, meningkatkan nisbah mampatan dan lain-lain. Pemasaan injap  dan pencucuhan turut dioptimumkan, termasuk kawalan bekalan bahan api.

Campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran turut ditambah baik, termasuk menghasilkan rekabentuk enjin lebih kompak supaya pembakaran jadi lebih cekap.

2. MENGURANGKAN SUSUTAN KUASA, MEKANIKAL


Susutan mekanikal atau kuasa adalah satu lagi teras utama dititik beratkan Yamaha dalam teknologi Blue Core yang dikenal pasti dapat meningkatkan kecekapan dan kelancaran enjin.

Bagi mengurangkan susutan kuasa dan mekanikal , Yamaha memperhalusi pembuatan enjin Blue Core dengan mengoptimumkan bentuk dan berat komponen enjin seperti piston, aci sesondol, rod penyambung, injap dan lain-lain. Apabila sebahagian besar berat enjin dikurangkan, enjin secara tidak langsung mampu beroperasi lancar dengan geseran minimum, sekali gus mengurangkan susutan mekanikal dan meningkatkan kebolehgunaan kuasa.

BACA >>> #RetroAuto: Yamaha ZR120 & RR120 – Kapcai 90-an yang ‘Sado’ dengan Frem Deltabox!

Selain itu, Yamaha turut menghasilkan silinder ofset untuk mengurangkan geseran piston pada dinding silinder. Lengan jumpelang roller (roller rocker arm) bekerja lancar dengan bering roller yang dipertingkat, manakala alternator enjin Blue Core juga dikompakkan supaya beroperasi lebih cekap dalam mengurangkan susutan kuasa kuda dalam menghasilkan tenaga elektrik.

Yamaha turut menambah baik kecekapan daya pacuan dengan menggabungkan gelendong (sheave) utama dan kedua, yakni puli dengan roda alur, dengan rekabentuk daya tujah rendah, nisbah susutan final tinggi, dan lahu atau idle rpm rendah. Ini membuatkan pengoperasian gear dan tugasan pecutan dan nyahpecutan jadi lebih lancar.

3. MENINGKATkAN KECEKAPAN PENYEJUKAN


Enjin yang dapat bekerja di bawah situasi suhu terkawal dan seimbang mampu bekerja lebih cekap dan tahan lama. Yamaha turut mengaplikasikan terma ini dalam teknologi Blue Core, iaitu meningkatkan sistem penyejukan enjin.

Justeru bagi mengadaptasikan kecekapan sistem penyejukan, Yamaha menggunakan pelbagai langkah seperti mengoptimumkan sirip penyejukan, dan ventilator aliran udara. Yamaha turut meningkatkan kualiti saduran dan tuangan penutup enjin untuk meningkatkan karakteristik penyejukan yang lebih baik.

Ini termasuk menggunakan ciri teknologi moden motosikal, seperti silinder DiASil, penyejuk piston jet minyak, dan kipas penyejukan yang kompak dan efisien.


KELEBIHAN BLUE CORE

  • Memaksimumkan pengunaan setiap titis bahan api menjadi lebih cekap dan efisien.
  • Pengunaan bahan api maksimum turut memaksimumkan jumlah kuasa.
  • Pelepasan jumlah gas ekzos rendah, kerana enjin dioptimumkan secukupnya pada peringkat pembakaran, kuasa dan emisi.

SUMBER: BikeBD

autotainment Blue Core motosikal roda2 teknologi Yamaha Yamaha Blue Core
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Karim on 17/12/2017 20:25

      Motor yamaha yang mana ada teknologi blue core ini?

      Reply
      • Karim on 27/04/2019 10:37

        Rs150

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.