Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pembeli baharu kereta gemar melaburkan wang untuk menukar rim dan tayar bersaiz lebih lebar kerana mahu kenderaan mereka nampak lebih menarik dan sporty.

Ada juga berbuat demikian kerana percaya tayar lebar menawarkan prestasi pemanduan lebih baik disebabkan kadar traksi lebih tinggi untuk menambah baik kualiti pemanduan dan kestabilan.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

Persoalan yang mungkin tidak ditanya adalah apakah kelemahan menggunakan tayar lebih lebar berbanding tayar standard yang dipasang pengilang asal. Jom kita nilaikan isu ini untuk kereta kompak dan sedan segmen-B biasa di Malaysia.

APAKAH KEBAIKAN TAYAR LEBAR?

Saiz tayar lebih lebar lazimnya digunakan kereta sport untuk memastikan kenderaan dapat cengkaman lebih baik, atau traksi atas permukaan jalan.

Ada tiga kelebihan dapat dinikmati jika memasang tayar lebar, iaitu kenderaan lebih pantas membelok, pecutan lebih efisien di selekoh, dan jarak membrek lebih pendek. Dalam bahasa lebih mudah, ada kelebihan prestasi.

APA KELEMAHAN TAYAR LEBAR?

1. Beban Tambahan

Tayar lebih lebar sebenarnya lebih berat kerana ada lebihan getah dan logam di dalam. Ini membawa kepada tiga kesan:

  • Lebih banyak rintangan untuk memulakan pergerakan yang menjadikan pecutan lebih perlahan.
  • Lebih tinggi inersia untuk berhenti. Anda perlu menaik taraf sistem brek, dan bendalir brek atau berdepan risiko daya brek lemah.
  • Lebihan berat tayar boleh membawa kepada gangguan keselesaan pemanduan dan menjejaskan prestasi sistem suspensi.

Secara tidak langsung, penggunaan bahan api mungkin lebih tinggi kerana enjin perlu berusaha lebih kuat untuk memulakan pergerakan kenderaan.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…

2. Lebih Mahal

tayar Michelin Pilot Sport 4

Semakin besar dan berat sesuatu tayar, kos lebih tinggi diperlukan. Aspek kos itu sudah bertambah sebelum tayar dibeli. Contohnya, lebih banyak bahan mentah digunakan untuk menghasilkan tayar tersebut, manakala kos penghantaran dan simpanan lebih tinggi kerana bersaiz besar.

Selain itu, tayar lebar dihasilkan dalam jumlah lebih sedikit berbanding tayar standard yang digunakan kebanyakan pengeluar automotif.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

3. Risiko Pancit

Lebih banyak permukaan getah tayar menyentuh permukaan jalan, lebih tinggi risiko tayar terkena objek tajam dan pancit. Bagaimanapun, risiko ini boleh dikurangkan dengan mengimbangi berat dan inci persegi sentuhan permukaan tayar dan jalan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu

4. Cengkaman Waktu Hujan

Tayar lebar memang ada traksi lebih baik ketika cuaca kering, tetapi bukan terbaik apabila hujan lebat. Ini kerana tayar lebar mudah mengelongsor atas permukaan air bertakung (hydroplane)

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Mounting Enjin yang Perlu Anda Tahu

5. Pencemaran Bunyi

Lebih luas permukaan tayar bergolek atas jalan, lebih tinggi bunyi bising dihasilkan. Ada kajian mendakwa bunyi bising jalan raya menyumbang kepada faktor pemandu mudah lesu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?

6. Jejas Radius Pusingan

Ini kerap dialami pemilik kereta yang memasang tayar dan rim lebar melebihi had hingga mengalami masalah tayar bergesel pada fender kereta.

Akibatnya, tayar lebih cepat rosak melainkan anda sanggup melabur lebih banyak wang untuk menyesuaikan ruang tayar untuk profil lebih lebar.

KESIMPULAN

Tiada halangan jika anda mahu menukar saiz lebar tayar, tetapi jadilah pengguna bijak. Jangan guna tayar lebar melebihi had maksimum rim atau nisbah berat yang disyorkan pengilang.

Jika menukar rim untuk dipasangkan tayar lebar, seelok-eloknya rujuk wakil pengilang asal atau mendapatkan nasihat daripada pakar tayar dan mekanik terlebih dahulu.

Jangan tambah bilangan penyebab kesesakan trafik disebabkan tayar lebar atau memiliki sebuah kereta yang nampak cantik, tetapi menyusahkan ketika dipandu.

BACA >>> #TahukahAnda: Kelebihan dan Kekurangan Sedan AWD
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?
BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal

SUMBER: MockTheoryTest

autotainment kebaikan tayar standard Keburukan Tayar Lebar tahukah anda Tayar lebar tayar OEM pengilang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.