Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Kereta yang Ramai Tidak Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Kereta yang Ramai Tidak Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUTOMOTIF adalah antara industri yang mengalami perkembangan paling pesat mengikut keperluan zaman, daripada enjin stim hingga bahan bakar fosil dan kini kita sedang dalam fasa membangunkan kenderaan elektrik.

Kemajuan industri automotif sepanjang seabad lalu menyaksikan kemunculan pelbagai teknologi moden dan terkini, termasuk beberapa perkara pelik yang mungkin tidak diketahui generasi muda.

Di sini, kami senaraikan sembilan fakta pelik tapi benar dalam industri automotif yang anda mungkin tidak tahu:

BACA >>> 9 Fakta Menarik Tentang Rolls-Royce Dawn, Kereta Mewah RM4 Juta Kini di Malaysia

1. ELON MUSK BUKAN PENGASAS TESLA MOTORS

Tidak dinafikan Elon Musk mewakili imej Tesla Motors dan juga individu yang memastikan pengeluar kereta elektrik itu terus berdaya saing di pasaran. Faktanya, beliau bukan pengasas Tesla Motors.

Menurut Investopedia, beliau menyertai syarikat itu pada 2004, iaitu setahun selepas Tesla Motors diasaskan Martin Eberhard dan Marc Tarpenning.

2. KERETA SMART MAMPU MUAT 19 GADIS

Orang biasa melihat kereta Smart sebagai model paling kompak dan sempit untuk famili normal. Menariknya, 19 gadis di Pakistan mencatatkan Rekod Dunia Guinness dengan memenuhi ruang kabin sebuah Smart di bandar raya Karachi pada 2012.

Menurut portal TheExpressTribune, pintu kereta buatan Jerman itu juga masih boleh ditutup walaupun ruang dalaman sudah cukup padat. Cumanya, kereta Smart itu tidaklah boleh dipandu ketika rekod tersebut dicipta.

3. TIKET SAMAN HALAJU PERTAMA KELUAR PADA 1896

Walter Arnold ialah individu pertama dunia yang disaman kerana memandu melebihi halaju dibenarkan di London, Britain pada 1896.

Berdasarkan laporan Mirror, Arnold memandu pada kelajuan 8bsj (batu sejam) atau 12kmj melebihi had dibenarkan, iaitu 2bsj (3.2kmj). Polis era itu pula cuma menaiki basikal dan terpaksa berhempas-pulas mengejar kereta Benz Motor Carriage yang dipandu Arnold.

4. KABIN BENTLEY MULSANNE GUNA  KULIT 18 LEMBU

Bentley terkenal dengan rekod penciptaan kereta antara tercantik dan berprestasi dunia. Antaranya, Bentley Mulsanne. Ruang kabin model itu dikatakan menggunakan material kulit daripada 18 atau 19 lembu.

Portal MotorAuthority mendedahkan kulit lembut yang digunakan itu adalah lembut, manakala Jalopnik pula menyatakan daging lembu itu boleh menghasilkan 36,000 ketul burger.

5. KUDA LEBIH CEMARKAN ALAM, KERETA LEBIH BERSIH

Kerajaan dan aktivis alam sekitar hari ini sedang berusaha semampu boleh untuk mengutamakan penggunaan kereta elektrik seolah-olah mencerminkan kenderaan berasakan bahan api akan berakhir.

Namun, kereta yang membebaskan asap kotor itu pernah diterima baik dan dilihat sebagai alternatif kepada kenderaan mesra alam.

Menurut TheNewYorkTimes, ada 100,000 hingga 200,000 kuda hidup di bandar raya New York pada abad ke-19. Setiap haiwan itu sama ada digunakan untuk menarik pedati atau sebagai kereta kuda, didapati menghasilkan 6.8 hingga 13.6kg  najis dan 0.94 liter air kencing sehari.

Jadi, jumlah berat najis dihasilkan ialah 680,000kg (680 tan) hingga 2.720 juta kg (2,720 tan) sehari, menjadikan bandar raya itu berbau busuk. Itu belum mengambil kira babi yang bergerak dalam kumpulan besar.

Selain itu, dianggarkan 20,000 penduduk mati akibat penyakit tiupan angin yang dikatakan berpunca daripada najis kuda setiap tahun. Pada 1880, sebanyak 15,000 kuda ditemui mati di jalan raya New York, dan sebahagian besar dibiarkan hingga menjadi bangkai reput.

BACA >>> 9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19

6. 25 PERATUS KERETA UK ADALAH BUATAN CHINA

Industri automotif China berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu dengan menyaksikan banyak syarikat gergasi meneroka pasaran global termasuk SAIC Motor Corporation Limited, Dongfeng, FAW dan Geely.

Produk kenderaan buatan China menerima sambutan menggalakkan hingga menyaksikan satu daripada empat kereta di Britain adalah buatan China, menurut HoltsAuto.

Malah, beberapa pihak lain mendakwa China menguasai satu pertiga kereta dikeluarkan di seluruh dunia. Tahun 2015, China menghasilkan lebih 24 juta daripada 75 juta kenderaan global.

7. FORD MODEL T – KERETA GLOBAL PERTAMA

FORD MODEL T

Ford Model T ialah model kereta yang memiliki banyak keistimewaan dan paling penting, menjadi model kereta global pertama. Portal Jalopnik menyatakan Model T dihasilkan di enam benua pada 1929.

Lebih menarik, Model T juga model kereta dengan tetapan standard stereng pemanduan kiri (LHD). Kenderaan sebelum ini mempunyai setereng tengah atau tetapan stereng sebelah kanan.

8. HAMPIR 80 PERATUS KOMPONEN KERETA BOLEH KITAR SEMULA

Mungkin ada yang tertanya ke mana pergi semua kereta jika pengeluaran dunia menjangkaui 75 juta unit setiap tahun.
Selain berada dalam garaj atau tepi jalan, banyak juga kereta berada di tapak pelupusan untuk dikitar semula.

Laporan TheBalance menyatakan hampir 80 peratus kereta boleh dikitar semula mengikut kiraan berat. Lebih 25 juta tan material daripada kereta lama dikitar semula setiap tahun. Amerika Syarikat merangkumi hampir 12 juta daripada 25 juta tan bahan yang diproses menerusi kitar semula itu.

9. ORANG BUTA CIPTA CIRI KAWALAN JELAJAH (CRUISE CONTROL)

Pemandu kereta moden hari ini dapat menikmati kemudahan kereta pandu sendiri menerusi teknologi kawalan jelajah (cruise control). Ciri tersebut sebenarnya dicipta jurutera buta, Ralph Teetor (foto kiri atas) pada 1950-an yang mendapat idea selepas menaiki kereta dipandu peguam patennya.

TheInventors melaporkan peguam itu dikatakan menyentak pedal minyak atau melepaskannya secara mengejut semasa berbual dengannya. Teetor menerima paten pertama peranti kawalan jelajah kelajuan pada 1945. Antara nama awal ciptaanya ialah Controlmatic, Touchomatic, Pressomatic dan Speedostat sebelum dikenali dengan nama umum Cruise Control.

BACA >>> 8 Kereta JDM Oldskool Berusia 25 Tahun yang Sentiasa Jadi Buruan

SUMBER: HotCars

autotainment Cruise Control Elon Musk Ford Model T harga smart tag Kawalan Jelajah Kereta Kuda Marc Tarpenning Martin Eberhard Ralph Teetor tahukah anda Tesla Motors Tiket Saman Halaju Pertama Walter Arnold
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.