Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»8 Kereta JDM Oldskool Berusia 25 Tahun yang Sentiasa Jadi Buruan
Roda4

8 Kereta JDM Oldskool Berusia 25 Tahun yang Sentiasa Jadi Buruan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL pasaran domestik Jepun (JDM) berprestasi tinggi klasik adalah jentera paling diburu peminat kereta di muka Bumi ini. Apa yang unik tentang model Jepun era 90-an, ia bukan sekadar berstatus oldskool, tetapi dibikin untuk prestasi dan talaan.

Kereta JDM klasik memiliki banyak siri enjin terkuat yang boleh dinaik taraf. Seperti mana kita tahu, kemuncak automotif Jepun bermula era 80-90-an yang menyaksikan penghasilkan enjin terbaik berstatus legenda.

Semua model kereta itu muncul dalam era ‘Gentleman’s Agreement’ yang melarang perang kuasa kuda melampau sesama pengeluar, sekali gus menyumbang kepada pembikinan enjin kompak terbaik dan kukuh yang mampu meledakkan lebih kuasa menerusi sentuhan talaan semula.

Di bawah ini kami senaraikan 8 model JDM yang sudah menginjak usia 25 tahun, tetapi sentiasa kekal malar sedar dan menjadi buruan peminat kereta kaki bikin:

1. MITSUBISHI EVO II

Sebenarnya anda tidak boleh main-main dengan mana-mana model Lancer Evolution. Dan Lancer Evo II ini adalah antara Evo klasik terbaik yang boleh dimiliki. Gabungan enjin 2.0L turbo dan bentuk spoiler belakang ideal dengan pengendalian mantap adalah pilihan tepat kepada pencinta JDM berprestasi.

Di Malaysia, ramai pemilik Proton Wira memilih untuk mengubah suai kereta mereka kepada Evo siri ini. Lancer Evo II ini juga antara model yang selalu bikin pemilik Subaru WRX panas hati.

BACA >>> Jangan Tak Percaya, Mitsubishi Evo X ‘Last Edition’ Ada di Naza Automall!

2. SUBARU IMPREZA WRX

Subaru Impreza WRX adalah salah satu kereta JDM yang menjadi idaman kaki kereta. Apa yang membuatkan ia begitu digilai adalah sejarah model itu yang diiktiraf sebagai antara jentera rali terhebat dunia.

Model ini mula mencipta nama dalam trek Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dan terkenal dengan trenkuasa 4-silinder turbo serta konfigurasi suspensi keras. Semua itu melayakkan Subaru Impreza WRX dipuja sebagai kereta terbaik Jepun sepanjang zaman.

3. HONDA INTEGRA TYPE R DC2

Ya, kira-kira 25 tahun lalu (1995), Honda Integra Type R DC2 debut di Jepun. Penampilan seksi dan anggun serta paduan enjin 197hp melayakkan model ini menjadi salah satu keluaran JDM klasik yang sukar dilupakan.

BACA >>> Selepas 10 Tahun, Acura Integra Type-R Ditemui di Sebalik Dinding Garaj

4. TOYOTA AE86

Siri Toyota AE86 seperti Toyota Corolla Levin dan  Toyota Sprinter Trueno ialah model Toyota yang didatangkan dengan badan kecil, enjin depan dan sistem pacuan roda belakang (RWD). Ia sebahagian generasi kelima Corolla yang dipasarkan sekitar 1983-1987. Ini antara model JDM paling diminati dan popular dalam kalangan peminat kereta prestasi dari Jepun.

Populariti model ini turut disokong populariti siri manga drift ‘Initial D’ yang melanda dunia sehingga ramai peminat kereta menggunakan konsep kereta sama seperti dipandu si hero.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

5. MAZDA RX FD (FD3S)

Senjata utama Mazda RX-7 FD (FD3S) ialah enjin rotari yang menawarkan pemanduan padu dan menyeronokkan. Generasi FD ketiga dan terakhir dilancarkan pada 1992. Ini bermakna, model ini ada banyak siri yang didaftarkan dengan trim baharu. RX-7 siri ini dikuasakan trenkuasa 2.6L RB26DETT sebagai enjin rasmi, tetapi divisyen Nissan juga menghasilkan enjin Turbo untuk coupe ini bersesaran 2.8L.

6. NISSAN SKYLINE GT-R R34

Nissan Skyline GT-R ialah kereta sport daripada famili Nissan Skyline. Nama Skyline GT-R mula dikeluarkan pada 1969 dan 1972, manakala GT-R R34 ialah Skyline generasi kelima keluaran 1999-2002. Model ini dipadankan enjin 2.6L dan 2.8L berkuasa turbo.

7. NISSAN 180SX

Nissan 180SX antara kereta JDM yang menjadi perhatian ramai. Turut dikenali sebagai S13, kereta ini menawarkan prestasi enjin dan pengendalian mengujakan.  Atas jalan, pesaing utama model ini ialah Celica 4WD dan FF, dan Impreza 4WD.

BACA >>> #BikinKereta: Nissan Silvia S13 dengan Enjin NA RB25, Kemasan Denim Betty Smith

8. MITSUBISHI ECLIPSE

Walaupun Mitsubishi Eclipse bukan kereta JDM tulen, tetapi gaya JDM masih kental pada rekabentuk model ini. Ini ialah model pasaran domestik Amerika (USDM). Generasi pertama model ini dilancarkan antara 1990 dan 1994  dalam dua pilihan enjin 2.0L dan 1.8L dengan empat kemasan. Semua varian dipacukan sistem pacuan roda depan (FWD) kecuali GSX dalam pacuan semua roda (AWD).

Honda Honda Integra Type R JDM mazda Mazda RX-7 Mitsubishi Mitsubishi Eclipse Mitsubishi Lancer Evo II Nissan Nissan Skyline Nissan Skyline GT-R Nissan Skyline GT-R R34 Oldskool Roda4 Subaru Subaru WRX Toyota Toyota AE86
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

04/03/2026

2 Comments

  1. mosha on 15/04/2020 19:29

    bang…. rasanya itu evo 3, evo 2 spoiler lain sikit

    Reply
  2. Muhammad Amir Hamzah on 12/03/2021 12:56

    Abang boleh tolong cari kereta Toyota yang lama tak kalau boleh yang tahun 1994-1999

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.