Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Cas Bateri Telefon Guna Soket Motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Cas Bateri Telefon Guna Soket Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BANYAK motosikal moden hari ini didatangkan dengan ciri soket kuasa atau port pengecas untuk mengecas peranti elektronik seperti telefon pintar.

Ciri baharu itu adalah solusi kepada penunggang yang perlu bergerak ke sana sini, terutama kalangan pekerja kurier seperti Foodpanda dan Grabfood.

BACA >>> Bukan Mudah Kalau Nak Cas Bateri Skuter Elektrik di Rumah
BACA >>> Jalan Raya Magnetik – Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik

Soket kuasa memerlukan kabel untuk disambungkan kepada telefon pintar supaya bateri dapat dicas. Bagaimanapun, model motosikal dengan soket kuasa semakin berkurangan kerana digantikan port USB jenis A dengan kuasa maksimum hingga 5V 2.1A.

Aktiviti padat membuatkan penggunaan telefon pintar semakin kerap digunakan. Faktor itu menyebabkan banyak motosikal biasa dan premium masa kini dilengkapi ciri port pengecas.

Ada beberapa perkara perlu diketahui apabila menggunakan soket kuasa atau port pengecas motosikal anda supaya tahap keselematan terjamin seperti berikut:

1. GUNA KABEL PENGECAS TULEN
  • Kabel tulen dihasilkan daripada material yang melepasi ujian standard keselamatan. Objektifnya adalah mencegah risiko seperti kabel cair atau litar pintas.
2. PADAMKAN TELEFON PINTAR
  • Mengecas bateri dalam kondisi telefon pintar belum dipadamkan akan menyebabkan peranti jadi lebih panas. Jadi anda disarankan memadamkan telefon sebelum mengecas.
3. PASTIKAN ENJIN HIDUP
  • Ketika menggunakan port pengecas, cuba pastikan enjin dihidupkan supaya bateri motosikal anda tidak lemah.
4. JANGAN GUNA SOKET TAMBAHAN
  • Penggunaan soket tambahan jenis selari, untuk mengecas lebih daripada satu peranti, boleh menyebabkan bateri motosikal perlu bekerja lebih keras (jika digunakan serentak).
  • Suhu bawah pelana berisiko lebih panas dan berpotensi menyebabkan masalah gangguan keselamatan.
5. PERIKSA SOKET SEBELUM BEREDAR
  • Sebelum meninggalkan motosikal, pastikan tiada peranti elektronik disambung pada soket kuasa atau port pengecas. Cabut semua kabel selepas tidak digunakan.
  • Ini dilakukan untuk mengelak lebihan haba panas dalam ruang simpanan merosakkan telefon pintar anda, terutama ketika cuaca panas.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?
BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja

SUMBER: DapurPacu

apa nak buat autotainmen cas bateri telefon port pengecas Port USB roda2 Soket Kuasa Soket Kuasa Motosikal tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.