• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja

Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja

December 21, 2020 By Azizi H Leave a Comment

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Corporation menyatakan komitmen untuk menghasikan teknologi terkini bateri yang bukan saja bakal mencetuskan revolusi baharu dalam pembuatan kereta elektrik (EV), tetapi juga dunia automotif.

Pengeluar itu mendakwa bateri baharu yang dihasilkan itu kelak mampu menawarkan jarak perbatuan hingga 500km dengan tempoh pengecasan penuh mengambil masa sepantas 10 minit sahaja.

Toyota kini sedang berusaha meningkatkan teknologi dan menangani segala kekurangan EV yang dijana bateri litium-ion, seperti had jarak perjalanan pendek dan pengecasan terlalu lama. Malah Toyota komited mahu menjadi pengeluar automotif pertama menghasilkan EV dengan bateri solid.

Menjelang tahun depan, Toyota khabarnya bakal melancarkan prototaip EV dengan bateri baharu yang mampu merekodkan jarak perjalanan lebih dua kali ganda berbanding EV biasa dengan bateri litium-ion konvensional. Malah, bateri baharu itu juga tidak akan menjejaskan ruang dalaman.

Bateri solid itu juga akan menjadi alternatif terbaik untuk menggantikan bateri litium-ion kerana mampu mengurangkan risiko kebakaran dan meningkatkan ketumpatan tenaga. Buat masa ini,Toyota memiliki lebih 1,000 paten bateri solid mampu mengurangkan masa pengecasan hampir 66 peratus.

BACA >>> Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: ETAuto.com

330
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Batari Kereta Elektrik, bateri EV, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Toyota, Toyota Motor Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my