Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena ‘Overhaul’
Autotainment

#TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena ‘Overhaul’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/01/20209 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA disebut ‘overhaul’ atau ‘turun enjin’, pemilik kereta pasti akan rasa macam hendak pitam kerana wang yang akan dikeluarkan nanti bukan sedikit. Boleh mencecah empat angka, malah mengambil masa beberapa hari dan minggu untuk disiapkan.

Ada mekanik mencadangkan overhaul dilakukan sekiranya usia kereta sudah mencapai perbatuan 150,000km. Namun, itu cuma saranan dan bukan kewajipan, terpulang kepada pemilik sama ada mahu overhaul atau tidak. Lagipun, bagi kereta yang disenggaran baik dan tidak menunjukkan sebarang masalah, enjin memang mampu bertahan lama dan memang tiada sebab kenapa overhaul perlu dibuat.

Apakah simptom yang menunjukkan kereta anda perlu di-overhaul?

1. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH

Apabila melihat keluar asap putih dari ekzos, itu petanda minyak enjin sudah memasuki ruang pembakaran. Ini berlaku kerana gelang piston (piston ring) sudah haus atau piston sudah calar.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus

2. ENJIN MERAGAM SEBAB PALAM PENCUCUH BERKERAK

Simptom enjin meragam (atau sebu) berlaku apabila anda dapat merasakan prestasi enjin mula merosot, berbunyi pelik, tersengguk ketika memecut dan ligatan enjin turun ketika rev (rpm) tinggi.

Salah satu punca masalah enjin itu disebabkan palam pencucuh yang tidak mampu bekerja optimum hingga menjejaskan prestasi percikan api. Sebabnya, terdapat kerak melekat kerana dicemari minyak enjin yang bocor dan terpercik hingga ke palam pencucuh.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

3. MINYAK HITAM KURANG

Biasa dipanggil enjin ‘makan minyak’. Simptom dapat dikesan dengan memeriksa paras minyak enjin kereta anda. Gunakan batang celup untuk melihat paras sebenar minyak enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu

4. SUHU ENJIN SERING PANAS

Selain merosakkan sistem penyaman udara, suhu enjin kerap panas lampau (overheat) juga memberikan petunjuk masalah kebocoran enjin hingga menjejaskan nisbah mampatan.  Ini berpunca daripada gasket kepala silinder rosak yang menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.

Akhirnya suhu enjin jadi panas hingga menyebabkan berlaku situasi panas lampau.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Coolant Enjin Sangat Penting?

SUMBER: Suzuki.co.id

Asap Putih Auto Terkini Cuci Enjin Kereta enjin overhaul palam pencucuh TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    9 Comments

    1. karim on 04/01/2020 11:02

      Lain2 sebab, jika terdapat bunyi mekanikal yg lain drp bunyi injin, yg mungkin disebabkan oleh bearing crankshaft, piston pin,connecting rod bearing yg telah rosak atau haus.

      Reply
    2. Abu on 24/02/2020 18:15

      Btol la tanda ni lah telah terjadi pd kenderaan van sy,,skrg da masuk bgkel overhoul.

      Reply
    3. Mie82 on 07/06/2020 17:06

      Betul..saya dah alami,kereta myvi 1.3 model lama. Ada bunyi kadang² datang spt hon kapal laut!rpm tinggi,lambat turun..kalau bhnti kt trafik light,enjin mgerang rpm jd tinggi 2k-3k rpm.
      Solusi akhir..overhaul!kereta tahun 2006.

      Reply
    4. Eza on 30/06/2020 21:48

      Saya pakai kereta optra charolate.engin kereta saya masuk air.adakah kerata saya kena buat overhaul

      Reply
    5. Aidil on 01/11/2020 14:22

      Berapa kos overhaul myvi 2006 tu? Myvi sy pun sama umo dgn keta bro.. 🙂

      Reply
    6. jurnales on 20/11/2020 07:29

      nk tanya klu keret masuk air sb banjir. w/shop suggest tukar engin rather then overhaul

      Reply
    7. Bosssssssmu on 25/11/2020 11:17

      Overhaul je… Tapi makesure workshop jujur la jangan kena kencing lak hahaha

      Reply
    8. MasriMansor on 13/09/2021 16:21

      Salam bos sy nak tanya kereta wira sy dekat bahagian enjin ade bunyi tak,,,tak,,,tak dekat ruangan minyak hitam adakah bunyi rod atau adakah termasuk Kene overhaul

      Reply
    9. Jonwil on 03/02/2022 06:56

      Kereta saya Suzuki Escudo 4WD. Temperature kerap naik. Air cepat habis. Saya paksa juga lepas sejuk dan tambah air. Kali kedua enjin kong…kena tukar enjin baru. Elok kalau da temperature pandai naik hantar workshop untuk check. Kalau tak boleh rugi hinga belas ribu.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.