Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 – 7DCT yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 – 7DCT yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman28/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON baru saja melancarkan X70 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan pembaharuan paling ketara yang dapat dilihat pada perubahan sistem transmisi daripada automatik 6-kelajuan konvensional kepada transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, dinamakan 7DCT.

7DCT ialah teknologi transmisi yang dibangunkan Geely bersama Volvo untuk model-model terkini dan akan datang jenama itu. Apakah yang perlu anda tahu tentang transmisi 7DCT? Jom baca 14 fakta pantas di bawah ini:

BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!

1. DCT ialah kotak gear automatik yang beroperasi hampir kepada transmisi manual. Bezanya, pemandu tidak perlu memijak pedal klac untuk menukar gear. Transmisi ini menggunakan dua klac berasingan dalam satu perumah yang mewakili set nombor gear ganjil dan genap, tetapi bekerja sebagai satu unit bersepadu.

2. Asas mudah pemahaman DCT ialah sistem dua klac tetapi tanpa pedal klac. Jadi, sistem elektronik dan hidraulik akan mengawal klac, sama seperti transmisi automatik biasa. Tetapi, komponen klac DCT beroperasi berasingan, iaitu ada klac yang mengawal gear genap (2, 4, 6) dan ada klac gear ganjil (1, 3, 5, 7, undur).

3. Transmisi DCT mampu menukar gear secara manual dalam mod semi-auto. 

4. Kenapa ramai sukakan  DCT? Ini kerana transmisi jenis ini menawarkan pecutan lebih dinamik dan lancar. Pada masa sama, pemandu ada pilihan untuk memandu secara kawalan manual sama ada menggunakan pedal syif atau tombol gear.

5. DCT juga menawarkan penjimatan bahan api lebih baik kerana hantaran kuasa dari enjin ke transmisi tidak terjejas. Ada berpendapat transmisi DCT 7-kelajuan mampu meningkatkan 10 peratus kecekapan bahan api berbanding automatik 6-kelajuan.

6. Transmisi 7DCT dibangunkan di Kilang Chunxiao, China yang memulakan operasi pada 2017 dengan kapasiti pengeluaran 20,000 unit sebulan. Malah kotak gear tersebut menerima anugerah 10 Transmisi Terbaik Dunia (2018, 2019).

7. Transmisi 7DCT ialah jenis klac basah (wet clutch) dan dipadankan dengan enjin 1.8L turbo yang mendapat talaan baharu. Angka kuasa dicapai adalah tambahan tork 15Nm menjadi 300Nm @ 1,750 to 4,000rpm, manakala kuasa kekal 181hp @ 5,500rpm.

8. Menawarkan kadar penjimatan minyak 7.5 liter per 100km dan mengurangkan pelepasan emisi untuk model pacuan roda depan (FWD). Juga boleh digunakan untuk model pacuan semua roda (AWD) dan hibrid. Bagaimanapun, X70 CKD hanya ditawarkan dalam FWD

9. Memiliki saiz 385mm (panjang), 595mm (lebar) dan 456mm (tinggi), manakala berat 76.6kg. Teknologi 7DCT dikawal sistem hidraulik secara berasingan bagi mengurangkan masalah nyah kuasa, manakala operasi tukaran gear secara elektronik adalah hampir kepada sifar nyah kuasa.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 CKD dari Subang Jaya ke Kuantan, Apa Rasa Dapat Lenjan 7-DCT?

10. Transmisi jenis klac basah adalah lebih reliabel dan lasak berbanding klac kering (dry clutch) yang mengalami masalah suhu kerana tiada kemampuan kawalan terma baik, selain isu ‘jerk’ dan anjakan gear lambat.

11. Klac kering boleh dipengaruhi cuaca menerusi perubahan kelembapan dan suhu, termasuk persekitaran kotor atau bersih. Ada masa, tukaran gear rasa sangat lancar, dan ada masa kurang menyenangkan.

12. Sebaliknya, klac basah seperti 7DCT tidak banyak masalah kerana minyak berfungsi mengekalkan suhu klac dan anjakan gear. Geseran, material dan jenis minyak yang digunakan membantu mengawal suhu dalam perumah klac ketika bergerak.

13. Klac basah mengepam kira-kira 12-15 liter minyak per minit untuk menghilangkan haba, dan tidak untuk DCT klac kering.

14. Memiliki jangka hayat penggunaan 350,000km, dan menjalani ujian lebih 9 juta kilometer dalam pelbagai kondisi cuaca seperti panas, sejuk, basah, trafik padat, mendaki dan lain-lain. Antara pembekal yang terlibat dalam pembangunan 7DCT ialah MA6, Gleason, Comau, Mazak, Emag dan Zeiss.

BACA >>> Pemilik X70 CBU Lancar Petisyen, Minta Proton Pasang But Elektrik Percuma

7DCT autotainment DCT kotak gear Proton proton x70 ckd roda2 tahukah anda transmisi Transmisi 7DCT Proton Transmisi Dual-Klac DCT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026

1 Comment

  1. Foad Hamid on 17/02/2020 00:39

    ….. iaitu ada klac yang mengawal gear genap (2, 4, 6) dan ada klac gear ganjil (1, 3, 5, undur).

    Cadangan pembetulan.
    Perkara 2.
    Gear genap: (2, 4, 6, undur)
    Gear ganjil: (1,3,5 dan 7)

    Artikel asal cuma ada segi ada sehingga gear 6 sahaja.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.