Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 10 Syarat Syarikat Perlu Patuh Jika Mahu Operasi Sepanjang PKP
Auto Terkini

#TahukahAnda: 10 Syarat Syarikat Perlu Patuh Jika Mahu Operasi Sepanjang PKP

Han OthmanBy Han Othman12/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARI sama ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini, Kementerian Perdaganan dan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut mengeluarkan senarai jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula PKP Fasa Ketiga nanti.

Antara yang menimbulkan kontroversi ialah perniagaan seperti kedai gunting rambut kerana berisiko menyebabkan kontak dengan pesakit Covid-19 yang tidak dikenal pasti.  Semalam juga MITI menyiarkan syarat yang wajib dipatuhi sesebuah syarikat yang mahu beroperasi pada PKP Fasa Ketiga ini.

BACA >>> MITI: Pusat Servis, Kedai Gunting Rambut dan Dobi Boleh Buka Sepanjang PKP

Sebagai makluman, mana-mana syarikat perlu mendapatkan kelulusan MITI untuk dibenarkan beroperasi dengan memenuhi 10 SYARAT seperti berikut:

  1. Syarikat diwajibkan mengurangkan pekerja 50 peratus daripada jumlah sedia ada.
  2. Syarikat diminta menyediakan alat saringan suhu badan di pintu masuk kilang atau premis.
  3. Sekiranya suhu badan dikesan melebihi paras normal, syarikat mesti menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat.
  4. Setiap pekerja mesti mematuhi prosedur pencegahan wabak seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  5. Syarikat mesti menyediakan sanitasi tangan (hand sanitizer) dan memastikan setiap pekerja memakai topeng muka.
  6. Syarikat mesti melakukan proses nyah kuman di kilang dan premis.
  7. Proses nyah kuman tersebut mesti dibuat tiga kali sehari.
  8. Syarikat mesti memastikan kenderaan pekerja menjalani proses sanitasi.
  9.  Garis panduan penjarakan sosial mesti dilaksanakan.
  10. Jika ada pekerja dijangkiti Covid-19, syarikat perlu menanggung sepenuhnya semua kos perubatan dan kos lain yang berkaitan.

* Kerajaan berhak meminda syarat di atas, tertakluk kepada situasi semasa

SYARAT MOHON OPERASI

MITI turut menggariskan syarat permohonan yang perlu dilakukan sesebuah syarikat jika mahu dibenarkan operasi. Semua proses berkenaan dibuat secara digital menerusi laman web

  • Maklumat pendaftaran syarikat seperti nombor Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), nombor lesen keutamaan, dan nombor lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Alamat korespondensi dan operasi syarikat. Bagi alamat operasi, syarikat dibenarkan buat senarai maksimum 10 lokasi.
  • Anggaran pendapatan syarikat 2017, 2018 dan 2019.
  • Bilangan pekerja tetap dan maklumat setiap pekerja seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon, atau maklumat pengenalan lain serta sifat/skop kerja dalam syarikat.

BACA >>> Analisis Ucapan PM: PKP Hampir Pasti Lanjut Sampai Selepas Raya, Hingga 9 Jun!

Auto Terkini Covid-19 Kementerian Perdaganan dan Antarabangsa dan Industri (MITI) tahukah anda Tan Sri Muhyiddin Yassin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.