Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang PKP Fasa Kedua
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang PKP Fasa Kedua

Han OthmanBy Han Othman02/04/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua
baru saja bermula semalam untuk tempoh dua minggu lagi hingga 14 April nanti. Seiring arahan itu , Kerajaan turut menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah had keluar rumah ke atas seseorang individu yang tidak melebihi radius 10km dari kediaman masing-masing.

Berikut apa termaktub dalam peraturan itu di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan wajib dipatuhi orang ramai sepanjang PKP Fasa Kedua:

BACA >>> Covid-19: Kenderaan Persendirian Boleh Keluar 6 Pagi – 10 Malam Sahaja

1.  Seseorang individu tidak boleh disertai orang lain kecuali ada alasan munasabah.

2. Berikut had masa pergerakan mengikut jenis kenderaan, termasuk masa operasi premis dan perkhidmatan:

  • Kenderaan persendirian, termasuk e-hailing dan teksi – 6am-10pm
  • Stesen minyak – 8am-8pm
  • Pengangkutan awam – 6am-10am, dan 5pm-10pm
  • Perkhidmatan penghantaran makanan (delivery) – 8am-8pm

3. Seseorang tidak dibenarkan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan; ATAU dari satu kawasan tempatan jangkitan ke satu kawasan tempatan jangkitan lain.

4. Seseorang hanya boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan; ATAU dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan lain bagi tujuan tertentu.

5. Berikut senarai tujuan keluar yang dibenarkan, berserta syarat diperlukan:

  • Membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet – Tidak lebih 10km dari kediaman
  • Membekalkan atau menghantar makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet (dietary supplement) – Secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran
  • Mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan – Tidak lebih 10km dari kediaman
  • Melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau melaksanakan apa-apa tugas perkhidmatan perlu – Surat kebenaran majikan

6. Bagaimanapun, jika seseorang individu ada sebab tertentu yang memerlukan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan tempatan jangkitan; ATAU dari satu kawasan tempatan jangkitan ke satu kawasan tempatan jangkitan lain, dia perlu ada KEBENARAN BERTULIS daripada pegawai polis di balai berhampiran.

7. Berikut apa yang tidak boleh dilakukan sepanjang PKP Fasa Kedua:

  • Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam perhimpunan dalam mana-mana premis sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

8. Bagaimanapun, dibolehkan untuk menghadiri upacara pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke upacara itu hendaklah dalam bilangan minimum.

9. Ada 10 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:

  • Makanan
  • Air
  • Tenaga
  • Komunikasi dan Internet
  • Keselamatan dan Pertahanan
  • Pengurusan sisa pepejal
  • Pembersihan awam dan pembetungan
  • Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  • Perbankan dan kewangan
  • e-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

10. Jika seseorang individu itu melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.

BACA >>> Covid-19: Sektor Bekalan Makanan, Perubatan Boleh Operasi Sepanjang PKP 2.0

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Covid-19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua PKP 2.0 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026

1 Comment

  1. NORMAH ARIFFIN on 10/04/2020 05:49

    Saya datang menjemput anak saya pada 18.3.2020, yg sedang belajar di KDU dan tinggal di Wangsa Maju. Oleh sebab arahan PKP saya terpaksa berada d Kuala Lumpur sehingga hari ini (10.4.2020). Saya tinggal di Kepala Batas Seb.Perai Utara. Boleh ka saya di benarkan balik ke Seb Perai esok 11.4.2020 kerana ada banyak urusan yg perlu diselesaikan di sana. Terima kasih.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.