Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Swift – Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!
Roda4

Suzuki Swift – Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!

Abang HirataBy Abang Hirata07/01/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 2015, Proton dan Suzuki menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka kerjasama dan program pelesenan model. Susulan itu, Suzuki menghentikan operasi di negara kita dan Proton pula menjenamakan semula Ertiga untuk pasaran tempatan.

Jelas hasrat itu tamat memandangkan tiada model susulan selepas Ertiga dan sebahagian saham Proton pula dimiliki Zhejiang Geely Holding. Di peringkat global, Suzuki melancarkan hatchback Swift dan jip kompak Jimny yang mendapat sambutan hangat, manakala di Indonesia, Ertiga serba baharu sudah pun dijual.

BACA >>> #RetroAuto: Volkswagen Hampir Cipta Sejarah di India, Tetapi Syarikat Jepun yang Menang Kontrak

Jika hubungan dengan Geely dapat membuka peluang Proton ke China, kerjasama dengan Suzuki sekurang-kurangnya memberi Proton harapan mengintai bisnes di India yang mempunyai lebih daripada 1.3 bilion orang.

Suzuki memang disukai di India sejak puluhan tahun dulu. Saiz pasaran kereta di India berjumlah 3,229,109 unit pada 2017, dan Maruti Suzuki menguasai 49.6 peratus atau dengan jualan sebanyak 1,602,522 unit. Satu fakta menarik, India ialah antara beberapa negara di dunia yang tidak dikuasai Toyota. Pada 2017, Toyota berada di ranking keenam dengan jualan 139,566 unit, di belakang Honda dengan jualan sebanyak 178,755 unit.

MENANG COTY INDIA

Pasaran India menggemari kereta kecil molek dan kompak. Ini jelas apabila Suzuki Swift memenangi Anugerah Kereta Terbaik (COTY) India 2019 yang mendapat pengiktirafan automotif paling berprestij di sana. Swift kali pertama diperkenalkan di India pada 2005 dan menjadi satu-satunya model Suzuki yang memenangi COTY India untuk setiap generasi. Swift generasi pertama menang anugerah tersebut pada 2006 dan kali kedua pada 2012.

Swift generasi ketiga pula diperkenalkan tahun lalu dan digemari di India sebagai sebuah hatchback premium dengan gayaan sporty, prestasi pemanduan menyeronokkan dan mesra pengguna. Kereta itu dikilangkan subsidiari, Suzuki Motor Gujarat Private limited dan dipasarkan Maruti Suzuki India Limited.

Sejak mula diperkenalkan di India, lebih dua juta unit Swift terjual setakat Jun tahun lalu. Ia juga model paling pantas mencapai jualan 100,000 unit dalam masa 145 hari (kurang 5 bulan). Maruti Suzuki kini mendominasi pasaran kereta India dengan penguasaan sebanyak 50 peratus dan mencecah 54 peratus pada November 2018.

BACA >>> Laku Sangat, Suzuki UK Terpaksa Hentikan Tempahan Jimny

Sebanyak 119,00 unit jualan dicapai pada Disember, antara April hingga September 2018, dengan lebih 919,000 unit kenderaan Suzuki dikeluarkan dan dijual di sana. Memang tidak disangkal lagi, Suzuki ialah raja kereta di India! Tertanya juga, adakah Suzuki mahu kembali ke Malaysia?

Maruti Suzuki Suzuki Suzuki India Suzuki Swift
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026

    2 Comments

    1. Amran on 07/01/2019 12:29

      Malaysia swift mahal sbb ada Proton. Rakyat dipaksa beli Savvy.

      Reply
      • lolsomany on 12/01/2019 22:49

        buat kereta jenama islam ialah fardu kifayah, masalahnya tiada jenama islam selain proton ketika itu

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.