• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Laku Sangat, Suzuki UK Terpaksa Hentikan Tempahan Jimny

Laku Sangat, Suzuki UK Terpaksa Hentikan Tempahan Jimny

December 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEHADIRAN Suzuki Jimny bukan hanya mencuri perhatian pengguna di Jepun, tetapi juga di Britain. Sama seperti negara asalnya, permintaan pembeli terhadap model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu juga cukup tinggi di Eropah hingga pengeluar dan wakil pengedar tidak mampu menampung permintaan diterima.

BACA >>> Foto Rasmi Suzuki Jimny (2019) Didedahkan Menjelang Pelancaran Rasmi Oktober Ini

Ini memaksa beberapa wakil jualan Suzuki UK menghentikan tempahan buat sementara waktu. Menurut AutoCar, permintaan hangat itu menyebabkan tempoh menunggu berlanjutan hingga setahun. Maksudnya, jika pengguna membuat tempahan pada Disember 2018, mereka hanya akan menerima Jimny pada Disember 2019. Haru!

Suzuki memperuntukan 1,200 unit Jimny di UK untuk 2019, dan ini jelas menunjukkan tempahan diterima melebihi peruntukan disediakan. Kenapa hanya 1,200 unit dihantar ke UK? Ia disebabkan masalah pengeluaran berikutan kapasiti pengeluaran yang terbatas di kilang, dan ditambah pula sambutan hangat di Jepun.

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition - SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

Selain itu, Suzuki juga perlu memenuhi permintaan pasaran lain seperti Pakistan dan Australia. Jadi setiap unit Jimy perlu dibahagikan mengikut kesesuaian permintaan. Suzuki kini merancang menambah kapasiti pengeluaran Jimny tetapi semua proses itu tidak boleh selesai dalam satu atau dua hari.

GALERI
Suzuki Jimny (2019)2
Suzuki Jimny (2019)7
Suzuki Jimny (2019)3
Suzuki Jimny (2019)4
suzuki-jimny-uk-2019-1
suzuki-jimny-uk-2019-2
suzuki-jimny-uk-2019-3
suzuki-jimny-uk-2019-4
suzuki-jimny-uk-2019-5
suzuki-jimny-uk-2019-6
suzuki-jimny-uk-2019-7

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Britain, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Suzuki, Suzuki Jimny, Suzuki Jimny (2019), Suzuki UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev