Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Swace – Wagon Moden Praktikal Hasil Kerjasama dengan Toyota
Roda4

Suzuki Swace – Wagon Moden Praktikal Hasil Kerjasama dengan Toyota

Abang HirataBy Abang Hirata29/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPAKARAN Suzuki adalah menghasilkan kereta kecil dan kompak seperti Ignis, Swift dan Jimny. Terbaharu, penawaran model Suzuki lebih versatil selepas pengeluar itu menjalinkan kerjasama dengan Toyota.

Jika sebelum ini Toyota membekalkan RAV4 yang diubah dan dijenamakan sebagai Suzuki Across, sekarang giliran Swace pula. Apa yang menarik adalah pemilihan wagon sebagai model kolaborasi kedua yang asalnya daripada Toyota Corolla Touring Sports.

BACA >>> Suzuki Malaysia Sah Kembali ke Malaysia!

Seperti RAV4, pemilihan Corolla Touring dilihat sebagai keputusan baik memandangkan model itu mempunyai rekabentuk menyerlah dan dilengkapkan teknologi hibrid yang dapat membantu Suzuki memenuhi piawaian emisi Kesatuan Eropah (EU).

Menggunakan formula kenderaan utiliti sukan (SUV) Across, Suzuki tidak banyak mengubah kecuali bampar dan gril depan untuk menampilkan identiti tersendiri. Bahagian belakang lebih ringkas dengan menukar lencana Toyota kepada Suzuki. Dalaman pun sama, Suzuki cuma menukar lencana  stereng, manakala komponen lain kekal seperti Corolla Touring.

Bagi memudahkan pengguna, Swace dilengkapi sistem audio 8 inci yang boleh dihubungkan dengan Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink. Ada juga pad pengecas wayarles Qi di konsol depan dan dua port USB dan auksiliari (AUX). Stereng dan kerusi depan disediakan fungsi pemanas, manakala sistem penyaman udara jenis S-FLOW yang mampu mengesan penumpang.

Ruang kargo berkapasiti 596 liter dan menawarkan ciri praktikal apabila papan lantai boleh direbahkan ke bawah untuk memuatkan objek tinggi. Papan itu juga boleh diterbalikkan untuk mendapatkan permukaan resin yang berguna membawa barangan basah atau kotor.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK

Berikut maklumat mengenai trenkuasa Swace:

  • Enjin 1.8L 2ZR-FXE berkuasa 120hp dan tork 142Nm dengan transmisi CVT
  • Motor elektrik 71hp dan tork 163Nm, serta bateri 3.6kWh
  • Kelajuan maksimum 180kmj, dan pecutan 0-100kmj sepantas 11.1 saat.
  • Mod pemanduan elektrik (EV) digerakkan sepenuhnya motor elektrik dengan kuasa bateri, tanpa bantuan petrol.
  • Ada tiga mod pemanduan NORMAL, ECO dan SPORT.

Berikut ciri bantuan pemanduan yang ada pada Swace:

  • Bantuan Parkir Pintar-Ringkas (S-IPA)
  • Sistem Pra Pelanggaran (PCS)
  • Bantuan Susur Lorong(LTA)
  • Bantuan Tanda Raya (RSA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • eCall

Jualan Swace di Eropah dijadualkan bermuka musim sejuk akan datang (Disember-Mac). Maklumat tambahan, kerjasama Suzuki-Toyota turut melibatkan pembekalan Suzuki Baleno dan Maruti Suzuki Vitara Brezza yang dijenamakan sebagai Toyota Glanza dan Urban Cruiser untuk pasaran India.

BACA >>> Suzuki Across (2021) – Model Jenama Semula daripada RAV4 Prime PHEV untuk Eropah

GALERI
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Suzuki Suzuki Swace Toyota Corolla Touring Sports Wagon
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.