Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki SV650A Kembali Mengganas Di Malaysia – Ketahui 6 Perkara Mengenai Jentera Ini
Roda2

Suzuki SV650A Kembali Mengganas Di Malaysia – Ketahui 6 Perkara Mengenai Jentera Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/10/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki SV650ASUZUKI Assembler Malaysia (SAM) menamatkan legasi pemasangan tempatannya (CKD) awal September lalu apabila kilang di Prai, Pulau Pinang tidak lagi beroperasi. Situasi perniagaan yang mencabar ini akhirnya menyebabkan kilang motor tertua berkenaan terpaksa mengalah.

Ini satu berita yang agak sedih dalam industri dua roda. Bahkan SAM tidaklah seagresif jenama motosikal Jepun yang lain yang menawarkan kepelbagaian produk baharu ke pasaran tempatan.

Kali terakhir SAM memperkenalkan model baharu ke pasaran tempatan ialah pada Mei lalu menerusi pelancaran Suzuki Address. Manakala model jentera besar diperkenalkan pada Februari lalu iaitu Suzuki V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS. Tempoh jeda yang  panjang di Malaysia sehingga hampir dilupakan kewujudannya.

Suzuki SV650ASetelah penutupan kilang berkenaan, pihak SAM ingin memfokuskan kepada model import (CBU). Dan…setelah menyepi terlalu lama akhirnya SAM mula memanaskan enjin menerusi pengenalan Suzuki SV650A.

Suzuki SV650A mula diperkenalkan pada Mac lalu di Eropah. Pihak Suzuki melakukan beberapa pembaharuan agar ia lebih agresif dan sedia bertarung dengan Yamaha MT-07.

Berikut ialah enam perkara yang perlu anda tahu mengenai Suzuki SV650A;

Suzuki SV650A1. KONSEP TERAS

Konsep utama Suzuki SV650A adalah keseronokan menunggang melalui enjin V-twin sport. Tambahan ciri lebih ringan, slim dan ringkas adalah pakej bonus buat penunggang.

Bahagian enjin 645cc V-twin DOHC diperhalusi dengan lebih 60 komponen baharu. Ini menyumbang kepada pertambahan kuasa 4hp (75bhp) dan tork masih sama 64Nm yang boleh diperolehi pada 8, 100rpm. Ia turut mencapai standard regulasi emisi Euro4.

Dengan rekaan semula lebih 140 bahagian dan komponen (gabungan bahagian enjin dan casis) menyumbang kepada berat lebih ringan menjadi 197kg. Berbanding sebelumnya 205kg.

Manakala enjin V-twin menyampaikan deruman mendalam pada julat rev rendah, tork linear pada julat-pertengahan dan tunggangan lancar sehingga julat rpm tinggi dengan cara terkawal.

Suzuki SV650A2. JIMAT MINYAK

Suzuki SV650A mencapai penggunaan bahan api lebih baik dengan catatan 3.84L per 100km.

Suzuki SV650A
Suzuki SV650A

3. KAWALAN PENGENDALIAN DIPERTINGKATKAN

Bahagian elektronik ditambah baik menerusi ciri baharu “Low RPM Assist” membantu penunggang ketika memulakan tunggangan dan menunggang pada rpm rendah.

Antara ciri baharu turut disematkan adalah “Suzuki Easy Start” yang memudahkan operasi menghidupkan enjin.

Suzuki SV650A4. PANEL INSTRUMEN LCD BAHARU

Suzuki SV650A memilih rekaan kluster instrumen LCD baharu yang lebih ringan dan padat. Kecerahan instrumen LCD boleh dilaras.

Antara informasi yang ditawarkan ialah speedometer, takometer, odometer, posisi gear, dua meter perbatuan, jarak tunggangan, suhu air, penggunaan bahan api dan jam.

Ia turut memiliki indikator LED termasuk lampu isyarat, lampu tinggi, neutral, indikator kerosakan, ABS, dan suhu coolant/lampu tekanan minyak.

Suzuki SV650A
Suzuki SV650A

5. AKSESORI

Aksesori tulen Suzuki SV650A turut ditawarkan. Ia menawarkan dua pilihan warna badan iaitu Metallic Triton Blue (biru) dan Pearl Mira Red (merah).

Suzuki SV650A6. HARGA

Suzuki SV650A standard ditawarkan pada harga jualan asas RM38,800 seunit (tidak termasuk GST).

GALERI

Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Suzuki SV650A
Motor SAM Suzuki Address Suzuki Assembler Malaysia Suzuki SV650A Suzuki V-Strom 650 ABS
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.