Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOTO: Suzuki Lancar Tiga Motosikal Baharu – Harga Lebih Murah
Auto Terkini

MOTO: Suzuki Lancar Tiga Motosikal Baharu – Harga Lebih Murah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/02/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1270551SUZUKI Assemblers Malaysia Sdn Bhd menambah tiga lagi ahli keluarga baharu dalam rangkaian motosikal berkuasa tinggi apabila melancarkan Gladius 650 ABS, V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS.

Biarpun dijana dengan enjin yang sama iaitu bersesaran 650cc, setiap model adalah memenuhi keperluan segmen berbeza dengan tarikan tersendiri.

Lebih mengujakan, harga ketiga-tiga model ini adalah jauh lebih murah berbanding pesaingnya yang lain.

P1270589HARGA:

  • Suzuki V-Strom 650XT ABS: RM43,900
  • Suzuki V-Strom 650 ABS: RM41,900
  • Suzuki Gladius 650 ABS: RM39,900.

Pengarah urusan Suzuki Assemblers Malaysia, Toru Kobayashi optimis ketiga-tiga model baharu ini bakal diterima ramai selain menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menurut Kobayashi, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 100 unit setahun bagi setiap model di mana sasaran jualan bagi 2015 adalah sebanyak 600 unit.

P1270587PRESTASI

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, ketiga-tiga model menggunakan enjin dan transmisi sama iaitu 6455cc 2-silinder V90 darjah bersama kotak gear 6-kelajuan. Walau bagaimana, prestasinya ditala mengikut kesesuaian karakter masing-masing.

P1270597P1270567    P1270609

P1270579  P1270578  P1270568  P1270569

REKAAN – V-STROM 650 ABS dan V-STROM 650XT ABS

Walaupun berkongsi konfigurasi dan enjin yang sama, namun terdapat beberapa perbezaan antara V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS. Kedua-duanya sesuai untuk penggunaan laluan ‘offroad’ termasuk rim dan tayar pelbagai guna serta ‘paruh’ hadapan.

V-Strom 650XT ABS baharu memiliki rekaan depan yang lebih tajam yang tampak lebih agresif dan berani.

DL650XAL5_acc_PGZ_Diagonal Ia juga boleh dilengkapi dengan pelbagai aksesori pilihan mengikut citarasa pemilik itu sendiri. Antaranya, kompartmen atas dan tepi serta aluminium.

Selain itu, ia turut berkongsi ciri yang sama seperti penggunaan suspensi hadapan dan belakang boleh laras, bingkai aluminium aloi, brek 310mm berkembar  hadapan, brek tunggal 260mm di belakang, sistem brek ABS, penghadang angin hadapan boleh laras dan palam pencucuh berkembar Iridium.

GLADIUS 650 ABS

Rekaan jentera ini adalah berbentuk ‘naked’ yang dibina dengan kerangka Trellis dan menawarkan pengendalian lebih mudah.

Dengan bingkai padat jenis ‘trellis, gaya agresif dan enjin 645cc V-twin, ia adalah sebuah jentera sport yang dinamik dari segi prestasi.

SFV650L5_AR4_DSFV650L5_AR4_R

P1270580  P1270575  P1270607  P1270612

Antara ciri lain yang ada adalah tempat duduk rendah (785mm), suspensi hadapan dan belakang boleh laras, penunjuk gear dan brek berkembar hadapan dengan sistem ABS.

Ia juga memiliki intrumentasi yang mudah dibaca dengan alat multi-fungsi memaparkan gear bersama takometer analog dan mempunyai paparan LCD komprehensif termasuk speedometer, odometer / meter perjalanan serta jam.

DL650XAL5_RB5_RightWARNA MENARIK

Gladius hadir dengan pilihan warna kelabu, biru dan mat hitam, manakala varian V-Strom pula warna putih, kelabu, merah dan biru.

JAMINAN

Kesemua model didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000km had perbatuan (mana tiba dahulu).

2-silinder V90 darjah 650cc ABS Suzuki Gladius 650 ABS Suzuki V-Strom 650 ABS Suzuki V-Strom 650XT ABS Toru Kobayashi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.