Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX150 Bandit dengan Warna, Grafik Baharu Lancar di Taiwan Hujung Julai Ini
Roda2

Suzuki GSX150 Bandit dengan Warna, Grafik Baharu Lancar di Taiwan Hujung Julai Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/07/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI MOTOR TAIWAN (SMT) membuat hebahan awal mengenai ketibaan model streetbike Suzuki GSX150 Bandit (2020)  dengan skema warna baharu di Facebook yang dijangka tiba 23 Julai ini.

Model itu, yang diimport dari Indonesia, menampilkan warna baharu yang berbeza berbanding model di Indonesia dan Vietnam. Streetbike tersebut nampaknya tidak lagi menggunakan dekal ‘GSX S150 Bandit’, tetapi digantikan kepada ‘150 Bandit’. Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada ia akan diubah kepada S150 atau kekal sebagai Bandit.

BACA >>> Suzuki Bandit 150: Satu Lagi Sportbike Mahu Bikin Kacau Pasaran Indonesia

Warna baharu itu ialah kelabu kusam (foto bawah) dengan strip merah dan kelabu terang serta grafik teks ‘Bandit’ hitam pada fairing sisi. Varian warna baharu tersebut juga dikatakan mungkin dijual di Taiwan terlebih dulu sebelum masuk pasaran negara pengeluar, Indonesia.

Rekabentuk dan ciri GSX150 Bandit ini masih sama seperti model sedia ada, dipercayai tidak menerima pembaharuan mekanikal dan trenkuasa. Ia juga berkongsi tangki minyak, enjin dan lampu utama jenis LED yang sama seperti model kapcai Satria 150.

BACA >>> Suzuki GSX-S300 (Haojue DR300) Didedahkan, Siap Sedia Lancar di China

Suzuki GSX-S150 Bandit Indonesia
Suzuki GSX-S150 Bandit Vietnam

Trenkuasa GSX150 Bandit dipacu enjin 4-injap silinder tunggal 147cc DOHC dengan suntikan bahan api (FI), manakala sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa 18.6bhp dan tork 14Nm. Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Panel instrumen jenis digital sepenuhnya, manakala sistem brek menggunakan unit cakera tunggal depan dan belakang.

Berdasarkan komen Facebook Suzuki Motor TW, GSX150 Bandit versi Taiwan itu tidak dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan peminat di sana. Setakat ini, SMT belum mendedahkan maklumat mengenai harga streetbike tersebut.

SUMBER: FacebookSuzukiTaiwan | WarungAsep

roda2 sportbike streetbike Suzuki Suzuki GSX150 Bandit Suzuki Taiwan Suzuki TW Taiwan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 09/07/2020 12:53

      Seronok jgk kalau masuk malaysia, boleh saing2 dgn FZ. dah lama nak pakai suzuki, last ada belang je.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.