Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX-R1000R Legend Edition – Tribut Pelumba Legenda Suzuki GP, MotoGP
Roda2

Suzuki GSX-R1000R Legend Edition – Tribut Pelumba Legenda Suzuki GP, MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS merangkul gelaran juara dunia kali ketujuh  menerusi Joan Mir, dalam perlumbaan kelas premier MotoGP 2020, Suzuki memperkenalkan GSX-R1000R  Legend Edition sebagai tribut kepada pelumba legenda pasukan pengilang itu yang pernah menjadi juara dunia Grand Prix (GP) dan MotoGP.

Ada tujuh skema warna berbeza diperkenalkan, diilhamkan daripada seragam jentera setiap pelumba Suzuki MotoGP yang pernah menjadi juara mewakili pasukan tersebut.

Berikut senarai pelumba Suzuki yang pernah memenangi perlumbaan GP 500cc dan MotoGP:

  • Barry Sheene – 1976-1977
  • Marco Lucchinelli – 1981
  • Franco Ucini – 1982
  • Kevin Schwantz – 1993
  • Kenny Roberts Jr – 2000
  • Joan Mir – 2020

Selain seragam istimewa, GSX-R1000R Legend Edition turut didatangkan dengan unit ekzos Akrapovic dan kowl pelana dengan warna badan. Bagaimanapun, model edisi khas ini cuma dijual untuk pembeli Eropah.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

BARRY SHEENE (1976) – Sheene memerlukan beberapa tahun sebelum menunjukkan skil. Pada 1976, beliau meraih lima kemenangan, dan posisi kedua, sekali gus muncul juara dunia GP.
BARRY SHEENE (1977) – Masih lagi menunggang Suzuki RG500, pelumba Britain itu muncul juara enam kali dan tempat kedua yang membolehkan beliau merangkul juara dunia dua tahun berturut-turut.
MARCO LUCCHINELLI (1981) – Dengan lima kali juara dan tempat kedua podium, Lucchinelli muncul juara dunia pada 1981, sekali gus melonjakkan kembali nama Suzuki selepas empat tahun.
FRANCO UNCINI (1982) – Pelumba Itali ini muncul juara dunia bersama pasukan Suzuki pada 1982 dan nama beliau disenaraikan dalam Hall of Fame FIM MotoGP 2016.
KEVIN SCHWANTZ (1993) – Antara pelumba paling ikonik dan disayangi dalam arena permotoran dunia, Schwantz menjadi juara dunia pada 1993 dengan membawa kembali Suzuki ke persada dunia selepas hampir sedekad tidak muncul juara dunia.
KENNY ROBERTS JR (2000) – Skil pelumba California ini digabungkan dengan jentera kompetitif yang membolehkan beliau membawa pulang beberapa kemenangan dan posisi terbaik, sekali gus menjadi juara dunia MotoGP.
JOAN MIR (2020) – Pelumba muda ini hanya perlu mencari fiil tepat dengan GSX-RR. Gabungan gaya tunggangan bersih dan agresif, Mir muncul juara dunia MotoGP 2020.

BACA >>> Barisan Pelumba MotoGP 2021: Siapa Kekal, Siapa Kena Pindah?
BACA >>> Gagalkan Hasrat Rossi Raih Podium ke-200, Mir Minta Maaf

MotoGP roda2 superbike Suzuki Suzuki GSX-R1000R Suzuki GSX-R1000R Legend Edition
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.