Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Dapat Trademark Logo ‘隼’, Model Baharu Hayabusa Bakal Menjelma?
Auto Terkini

Suzuki Dapat Trademark Logo ‘隼’, Model Baharu Hayabusa Bakal Menjelma?

AryonBy Aryon29/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak khabar angin berlegar tentang kehadiran superbike ikonik, Suzuki Hayabusa serba baharu, tetapi rahsia masih terkunci kemas pengeluar automotif dari Jepun itu. Terbaharu, Suzuki dikatakan mendapat hak tanda dagang atau trademark perkataan ‘Hayabusa’, atau lebih tepat, pemilikan penuh ke atas ‘隼‘ dalam huruf Jepun.

Berita ini mungkin nampak biasa saja, tetapi memberikan perkhabaran yang signifikan dan menarik untuk dikaji.

BACA >>> Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

HAYABUSA DI PENGHUJUNG HAYAT

Model Hayabusa sedia ada sudah berada di pasaran terlalu lama dan menghampiri penghujung usia. Jadi untuk meneruskan jualan model tersebut, Suzuki menggunakan peraturan ‘derogasi’ (kelonggaran) yang ada bagi membolehkan jentera berusia itu dijual walaupun tidak memenuhi piawaian emisi dan kelulusan jenis kenderaan (VTA) baharu.

Peraturan berkenaan memberi peluang dua tahun kepada Suzuki, iaitu bermula 1 Januari 2017 untuk menjual baki stok Hayabusa sedia ada sementera menunggu model baharu. Tarikh 31 Disember ini ialah hari akhir untuk semua jenis motosikal di pasaran Eropah yang tidak mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Tempoh itu berkuatkuasa serta merta selepas tarikh berkenaan walaupun Suzuki dibenarkan menjual Hayabusa di bawah peraturan derogasi. Antara model Suzuki lain yang terlibat ialah GSX-R600, dan GSX-R750.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa – Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

Jadi apa kena mengena pula dengan trademark?

Maknanya, Suzuki sudah pun memiliki hak ke atas logo Hayabusa seperti anda lihat di bawah ini. Namun, memandangkan masih tiada Hayabusa sebenar versi Euro 4, logo itu boleh saja digunakan untuk motosikal Suzuki lain, termasuk juga kereta, alat ganti, aksesori, dan barangan rasmi model itu.


Jadi, Suzuki boleh menggunakan logo itu untuk apa saja produk mereka seperti jam, baju, kit motosikal, alat tulis, barang kemas dan lain-lain. Ya, apa saja. Dalam hal lain, trademark itu juga secara tidak langsung mendedahkan kita kepada rancangan Suzuki meluaskan pemasaran Hayabusa di luar bentuk fizikal motosikal itu sendiri.

Lagi? Tentulah Hayabusa baharu sedang bersiap sedia turun atas jalan tidak lama lagi.

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Hayabusa Hyperbike Roda4 Suzuki Suzuki Hayabusa tanda dagang trademark
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.