Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki dan Yoshimura Rai Ulang Tahun Kerjasama ke-40 dalam MotoAmerica
Auto Terkini

Suzuki dan Yoshimura Rai Ulang Tahun Kerjasama ke-40 dalam MotoAmerica

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MUSIM 2018 bukan hanya menyaksikan pasukan Yoshimura Suzuki Factory Racing kembali mempertahankan Kejuaraan Superbike MotoAmerica, tetapi juga meraikan ulang tahun ke-40 bagi salaha satu kerjasama paling berjaya dalam sejarah sukan perlumbaan tersebut.

Pada 1978, Suzuki dan Yoshimura membentuk kerjasama rasmi dalam menubuhkan pasukan rasmi Yoshimura Suzuki Factory Racing untuk menyertai perlumbaan AMA Pro Road Racing dan terbukti  mendatangkan hasil. Sepanjang 40 tahun penubuhan, Yoshimura Suzuki Factory Racing menjadi antara pasukan paling berjaya dalam sejarah MotoAmerica.

Pasukan itu berjaya menggondol 14 kejuaraan MotoAmerica dengan jumlah kemenangan podium 189 kali. Keputusan tersebut membantu Suzuki mencatatkan rekod sepanjang zaman buat kejuaraan MotoAmerica  dan siri perlumbaan lain yang disertai pengeluar itu.

Sebagai tambahan bagi kejuaraan kelas premier Superbike itu, Yoshimura Suzuki Factory Racing juga memenangi pelbagai perlumbaan kelas sokongan.

LIVERY BAHARU

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 Yoshimura dan Suzuki, pasukan itu bakal menampilkan seragam atau livery jentera serba baharu, termasuk beberapa siri upacara peringatan sepanjang kejuaraan MotoAmerica berlangsung.

Kejayaan Yoshimura Suzuki Factory Racing sebenarnya terlakar selepas persetujuan rasmi antara kedua-dua syarikat dimuktamadkan pada 1978. Pada tahun sebelumnya, Steve mcLaughlin mencatatkan kemenangan di Laguna Seca Raceway pada Kejuaraan Superbike AMA 1977 dengan menunggang jentera GS750. Kemenangan pertama itu menjadi pemangkin kepada usahasama tersebut yang secara rasmi dimeterai pada 1978.

Wes Cooley menjadi juara pertama Yoshimura Suzuki Factory Racing pada perlumbaan Kejuaraan Superbike AMA 1979 dan mengekalkan kemenangan itu setahun kemudian (1980). Cooley nyata menghargai peluang sepanjang beliau bersama pasukan, termasuk hubungan rapatnya dengan legenda tuner Jepun, Hideo ‘Pops’ Yoshimura, yang juga pengasas pasukan tersebut.

“Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik ketika berlumba untuk Pops, kerana beliau juga berikan yang terbaik untuk saya dan pasukan. Imej ikonik yang sentiasa ada dalam minda saya ialah Pops sentiasa perhatikan kamera untuk mencari setiap inci kuasa yang dihamburkan jentera buatannya.

“Pops meletakkan nada yang bagus untuk syarikat dan bagus untuk menyaksikan sesiapa saja mengikuti jejak langkah dibawanya dalam tradisi kerja keras dan seni kerja tangan,” katanya.

PERTAHAN KEJUARAAN

Jamie James, Mat Mladin, Ben Spies dan Toni Elias ialah antara pelumba yang mengikuti jejak langkah Cooley untuk muncul sebagai juara MotoAmerica ketika berlumba untuk pasukan Yoshimura Suzuki Factory Racing.

Yoshimura Suzuki Factory Racing bakal muncul dengan tetapan rekod baharu musim ini. Jentera Suzuki GSX-R1000 pasukan ini berjaya melakukan debut menakjubkan. Selain mendominasi saingan MotoAmerica 2017 dengan memenangi 13 daripada 20 pusingan perlumbaan, pasukan ini juga berada di kedudukan kedua keseluruhan perlumbaan bersama gandingan pelumba, Toni Elias dan Roger Hayden.

Pasukan Yoshimura Suzuki Factory Racing kini sedang bersiap sedia mempertahankan kejuaraan MotoAmerica dan meraikan ulang tahun yang ke-40. Musim baru akan bermula di Road Atlanta di Braselton, Georgia pada 13-15 April ini.

SUMBER: Motorcycle.com

Hideo 'Pops' Yoshimura lumba superbike MotoAmerica roda2 Roger Hayden sukan permotoran Toni Elias Yoshimura Suzuki Factory Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.