Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?
Roda4

SUV Toyota, Daihatsu Baharu Debut November Ini, Bakal Perodua Kembara?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA dan Daihatsu dijangka mengumumkan dan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu pada 5 November ini.

Daihatsu dilaporkan bertanggungjawab dalam urusan pembangunan dan pengeluaran, termasuk pembekalan SUV kompak baharu itu kepada Toyota. Jadi model tersebut boleh dijual di bawah jenama Toyota dan Daihatsu.

Bagaimanapun nama model tersebut masih belum diketahui. Malah wakil jualan Toyota dan Daihatsu tidak dimaklumkan sekiranya SUV itu kekal menggunakan nama sedia ada, iaitu Toyota Rush dan Daihatsu Vigo, atau diberikan nama baharu.

BACA >>> GIIAS2019: Daihatsu HYFun – Model Konsep Hibrid dengan Ciri Pengecaman Wajah

Buat masa ini, Toyotan meletakkan kod nama A-SUV, manakala Daihatsu menggunakan DN Trek, dan diumumkan pada Pameran Motor Antarabangsa Tokyo (TIMS) 2019 lalu. Ya, sejak awal Ogos lalu Toyota Japan sudah melancarkan kempen debut model baharu itu kepada beberapa rangkaian sekutu mereka.

Beberapa maklumat turut diperoleh, seperti dimensi A-SUV yang memiliki panjang 3,995mm, lebar 1,695mm, dan tinggi 1,620mm, serta jarak roda 2,525mm. Sebagai perbandingan, SUV ini lebih panjang dan lebar daripada Suzuki Jimny serta lebih rendah.

BACA >>> SUV Subkompak Penuh Dramatik, Citroen C3 Aircross Lancar di Malaysia, Harga RM115k

Dengan dimensi kompak, A-SUV dan DN-Trec bakal dipacu trenkuasa kecil, 3-silinder 1L Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan kotak gear CVT dalam dua pilihan pacuan, roda depan (FWD) atau empat roda (4WD).

Khabarnya, SUV ini juga akan dilengkapkan ciri bantuan pemandu Next Generation Smart Assist. Ada lapan pilihan warna ditawarkan, dan tampil dengan gril paten sarang lebah bersama set lampu utama LED panjang, termasuk lampu belakang.

BACA >>> Ford Puma (2020) – SUV Kecil 1.0L dengan Ciri Keselamatan Tinggi

Tentang harga, dua model itu khabarnya akan dijual antara 1.8 juta yen – 2.15 juta yen (RM70,590-84,320). Bagi versi Toyota, mereka mensasarkan jualan 5,000 unit per bulan, manakala Daihatsu dalam 1,000 unit per bulan.

Mungkinkah model itu menandakan ‘Perodua Kembara’ akan muncul semula?

GALERI
SUMBER: BestCarWeb
Daihatsu Daihatsu DN Trek Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV kompak tokyo motor show Toyota Toyota A-SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.