Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j
Roda4

SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTON Martin Kuala Lumpur meluaskan tawaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) berstatus premium mewah dengan melancarkan DBX707 (2022) untuk pasaran Malaysia.

DBX ialaj SUV pertama Aston Martin yang diperkenalkan pada 2020 pada harga asas RM818,000, manakala model DBX707 (2022) ialah SUV terpantas dunia yang mampu mencapai kelajuan maksimum 310kmj. Berikut perincian SUV tersebut:

BACA >>> SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!

HARGA

  • Harga asas jualan RM1.098 juta, tidak termasuk duti, cukai dan opsyen kustom.

TRENKUASA

  • Enjin 32-injap 3,982cc (4.0L) V8 Turbo Kembar berkuasa 697hp @ 4,500rpm dan tork 900Nm @ 6,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik 9-kelajuan dengan klac multiplat basah dan dalam sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 3.3 saat dan kelajuan maksimum 310kmj.
  • Jika dibandingkan model terdahulu, DBX707 menawarkan dos kuasa tambahan 154hp dan tork 200Nm.

PERINCIAN

  • Rekabentuk badan SUV 5-pintu (termasuk pintu but belakang) dengan binaan panel badan berasaskan aluminium dan material komposit.
  • Dilengkapi gril depan signatur DB, spliter baharu bawah bampar depan dan spoiler aero di belakang.
  • Set lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu kabus, lampu siang (DRL), lampu belakang dan lampu brek ketiga.
  • Ada kemasan krom gelap pada frem tingkap, rel bumbung dengan empat paip ekzos tona gelap. Bampar belakang disepadulan dengan difuser.
  • Sistem brek dipertingkat jenis cakera karbon seramik 420mm dengan kaliper aluminium 6-piston (depan), cakera belakang 390mm dengan kaliper aluminium 4-piston slaid.
  • Rim 22 inci dengan tayar Pirelli P Zero saiz 285/40 (depan), dan 325/35 (belakang) dengan ciri Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS).
  • Dimensi panjang 5,039mm, lebar 2,220mm (denga cermin sisi buka), dan tinggi 1,680mm, manakala jarak roda 3,060mm.
  • Radius pusingan 12.4 meter. Mampu meredah kedalaman air 500mm.
  • Kapasiti tangki minyak 87 liter dan ruang but 638 liter.
  • Tempoh waranti boleh dilanjutkan hingga 20 tahun.

KESELAMATAN

DBX707 (2022) turut hadir dengan teknologi keselamatan pemandu seperti Brek Parkir Elektronik (EPB), Brek Pegun Automatik, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Cengkaman (TC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Bantuan Mula Daki( HSA).

Selain itu, ciri keselamatan lain diberikan ialah:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pengehad Kelajuan
  • Amaran Rempuhan Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Pengesanan Tanda Trafik
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Buka Pintu
  • Panggilan Kecemasan
  • Beg udara
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX

BACA >>> Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK
BACA >>> Aston Martin Virage, Virage Volante – Model Langka 5.3L, 6.3L dengan DNA Lumba!

Aston Martin DBX707 Aston Martin Kuala Lumpur Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV premium
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.