Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!
Roda4

SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!

Abang HirataBy Abang Hirata30/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Lamborghini Urus lebih daripada layak untuk diberi perhatian atas kejayaan SUV super itu melonjakkan prestasi kewangan dan menambah pembeli baharu jenama itu sejak diperkenalkan pada 2017.

Selepas beberapa tahun menabur jasa, Lamborghini memperkenalkan Urus Performante dengan kuasa lebih tinggi dan ringan.

BACA >>> Keputusan Tepat Hasilkan SUV, Urus Bantu Lamborghini Catat Jualan Lebih Baik!
BACA >>> #Spyshot: Lotus Uji SUV Elektrik Setanding Urus, DBX707 di China

Sebelum diperkenalkan, Urus Performante menunjukkan kehebatan dengan mencatat rekod baharu di Pikes Peak bagi kategori SUV. Masa dicatatkan 10:32.064 yang lebih pantas daripada rekod dipegang Bentley Bentayga pada 2018 (10:49.902).

APA BAHARU DENGAN URUS PERFORMANTE?

Sekali pandang, nampak seperti Urus biasa kerana rekabentuk SUV super itu sudah sedia agresif. Namun perubahan paling mudah dilihat ialah:

  • Bonet dan bampar depan dengan garisan horizontal menggantikan corak Y.
  • Walaupun tampil ringkas, tetapi berfungsi sebagai laluan udara yang meningkatkan penyejukan enjin.
  • Juga baharu ialah tirai udara (air curtain) yang membantu mengalirkan udara melepasi roda depan, sekali gus mengurangkan seretan.
  • Spoiler belakang juga ringkas, tetapi berkesan meningkatkan daya mendap (downforce) belakang hingga 38 peratus.
  • Rekabentuk spoiler dengan sirip gentian karbon mengambil ilham Aventador SVJ.
  • Secara keseluruhan daya mendap SUV super ini meningkat 8 peratus.

  • Banyak menggunakan komponen gentian karbon untuk bonet, ventilator udara, bampar depan dan belakang, spliter, gerbang roda dan difuser belakang.
  • Pembeli juga ditawarkan bumbung gentian karbon seperti Huracán Performante dan Super Trofeo.
  • Profil badan lebih rendah dengan bahagian depan menonjol, sayap belakang dan bampar menjadikan panjang keseluruhan bertambah 25mm.

  • Mengekalkan enjin 4.0L turbo kembar V8 dengan transmisi automatik 8-kelajuan dalam pacuan semua roda (AWD).
  • Walaupun enjin sama, tetapi lebih berkuasa dengan tambahan 16hp kepada 666hp @ 6,000rpm, dan tork kekal 850Nm @ 2,300rpm-4,500rpm.
  • Agihan tork dioptimum daripada penggunaan diferensial baharu dengan nisbah dipertingkat daripada 3.16 kepada 3.4 ketika pacuan dan daripada 3.02 kepada 3.33 dalam keadaan luncur (coasting).
  • Berat badan dikurangkan hingga 47kg.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.3 saat, atau 0.3 saat lebih pantas daripada Urus biasa, manakala kelajuan maksimum 306kmj.
  • Daya membrek daripada 100km ke pegun kini lebih pendek, iaitu 32.9 meter daripada 33.7 meter pada Urus biasa.
  • Emisi karbon dilepaskan menerusi ekzos titanium Akrapovič.
  • Komponen spring baharu merendahkan casis sebanyak 20mm, manakala trek roda dipanjangkan kepada 16mm.
  • Bahagian roda menggunakan rim 23 inci, atau 22 inci dengan bolt titanium, dan dibalut tayar Pirelli P Zero dengan saiz 285/40 di depan dan 325/35 di belakang.
  • Buat kali pertama, Lamborghini membangunkan tayar khas, jenis semi slik Pirelli bagi memenuhi karakter sebuah SUV.
  • Pemetaan semula dilakuan untuk belokan roda depan (front wheel steering), termasuk meningkatkan sentuhan antara permukaan jalan dengan input tepat, dan respons langsung.
  • Belokan roda belakang (rear-wheel steering) mendapat intervensi lebih pantas.
  • Aspek ketangkasan dipertingkat ketika membelok masuk selekoh, temasuk fungsi pemvektoran tork (torque vectoring) diferensial belakang dalam mod jalanan atau off-road.

  • Lamborghini turut menala semula mod pemanduan lebih sempurna untuk setiap kondisi.
  • Dalam mod STRADA, SUV ini dapat dipandu lebih selesa dengan redaman lancar, manakala dalam mod SPORT, pemandu menikmati respon terotel dipertingkat dengan belokan roda belakang lebih lincah pada halaju rendah, dan stabil pada halaju tinggi.
  • Pemandu juga menikmati ciri belokan lebih (oversteer) dan anjakan gear lebih pantas. Talaan casis lebih sporty dengan spring lebih tegar dan redaman untuk pemanduan lebih menyeronokkan.
  • Dalam mod CORSA pula, elemen pengendalian bertukar jadi lebih hebat, dan stabil pada halaju tinggi, manakala prestasi di selekoh dengan palang antioleng aktif dan redaman dimaksimumkan.

  • Bunyi ekzos pula mengingatkan yang model ini dibina dari warisan prestasi Lamborghini.
  • Satu ciri utama Urus Performante ialah pilihan mod RALLY untuk keseronokan memandu di permukaan off-road.
  • Karakter oversteer dihangatkan dengan sistem antioleng dan redaman dioptimum pada spring atas permukaan kasar dan ekstrem yang menunjukkan keupayaan lasak SUV super ini.

Jelas sekali Lamborghini membangunkan Urus Performante bukan untuk diletakkan di parkir valet sahaja. Ruang kabin dihiasi, Alcantara hitam Nero Cosmus sebagai balutan standard selain sulaman heksagon baharu dan kemasan Performante.

Mengenai harga, Urus Performante ditawarkan pada £170,260 (RM905,490) dan penghantaran pertama bermula penghujung tahun ini.

BACA >>> #RetroAuto: Lamborghini Espada 400 GT Pernah Jadi Kereta 4-Kerusi Terpantas Dunia!
BACA >>> Lamborghini Jalpa (1982) – Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach

Bentley Bentayga Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lamborghini Lamborghini Urus Performante Roda4 SUV Super Urus Performante
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.