Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV EV Hyundai IONIQ 5 N (2025) dengan Kuasa 641hp Diperkenal di Los Angeles
Roda4

SUV EV Hyundai IONIQ 5 N (2025) dengan Kuasa 641hp Diperkenal di Los Angeles

Firdaus KhamaruddinBy Firdaus Khamaruddin21/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL sulung siri N versi elektrik, Hyundai IONIQ 5 N (2025) yang menjalani ujian ketat di trek terkenal seperti Namyang (Korea Selatan) dan Nurburgring (Jerman) sebelum dilancarkan secara rasmi sempena Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2023 di Amerika Syarikat (AS), bermula 17 November lalu.

Hyundai Ioniq 5 N (2025) menampilkan peningkatan berorientasi trek yang menawarkan output kuasa hingga 641hp dengan ciri seperti bunyi deruman mirip enjin pembakaran dalaman (ICE).

Model ini dihasilkan secara pengeluaran terhad bagi memastikan eksklusiviti dan berdasarkan permintaan.

Sejak debut tahun lalu, prototaip Hyundai IONIQ 5 N (2025) diuji di trek Korea Selatan dan Jerman.

Apa Baharu untuk 2025?

Barisan siri N ialah model prestasi tinggi dalam IONIQ 5 yang dijadualkan diperkenal pada Mac 2024 sebagai model 2025.

Hyundai IONIQ 5 ialah model elektrik penuh, dan pernah dipilih sebagai kenderaan elektrik (EV) terbaik 2022. EV tersebut nyata menawan hati ramai peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C dan model prestasi tinggi.

Berada dalam kelas sama seperti Tesla Model Y dan Kia EV6 GT, Hyundai IONIQ 5 N (2025) datang dalam versi tersendiri yang menumpukan  aspek ekspresi unik dari segi pecutan, brek dan pengendalian dinamik.

Dengan dwi-motor elektrik berkuasa 601hp, Hyundai IONIQ 5 N (2025) memperkenalkan ciri N Grin Boost yang berupaya meningkatkan output kuasa sementara kepada 641hp.

Ciri lain ialah difuser belakang besar, rim dan tayar bersaiz besar untuk memberikan cengkaman dan daya kilas tinggi, sistem brek dipertingkat, fender lebar, dan rupa depan diperhalusi untuk aerodinamik.

Prestasi, Teknologi Bateri dan Pengecasan

Output Motor
  • Motor depan – 166kW (226ps/223hp).
  • Motor belakang – 282kW (383ps/380hp) | 478kW (650ps/648hp) – dengan N Grin Boost.
Bateri
  • Kapasiti 84kWh.
  • Pengecasan pantas 350kW mengambil masa 18 minit dari 10-80 peratus.

Rekabentuk Dalaman

Ruang kabin diubah suai rapi untuk prestasi trek optimum dengan kehadiran pad lutut dan sokongan tulang kering.

Berbanding model biasa, kerusi sport diposisikan 20mm lebih rendah selain diberikan ciri khas seperti pedal cengkaman tinggi dan lantai kaki yang diposisi untuk kestabilan pemandu dalam pengendalian kritikal.

Stereng juga direka khas tanpa persamaan dengan model Hyundai lain. Antaranya menu yang memenuhi pelbagai tetapan.

Apapun, SUV EV prestasi ini kekal menawarkan apa yang ada pada model standard seperti unit infotainmen canggih, pengecas wayarles dan tempat duduk belakang luas. Namun kerusi belakang tidak diperkuat seperti kerusi depan.

Harga

Hyundai IONIQ 5 N (2025) hadir dalam pakej prestasi dan kemasan mewah. Namun Hyundai masih belum mendedahkan harga. Harga dijangka sekitar AS$296,000 (RM1.38 juta), tidak jauh berbeza dengan Kia EV6 GT.

Auto Terkini Hyundai IONIQ 5 N (2025) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) LA Auto Show 2023 LAAS 2023 Pameran Auto Los Angeles 2023 Roda4 SUV Elektrik SUV EV SUV kompak SUV Segmen-C
Firdaus Khamaruddin

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.