Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Supermoped Modenas-Kawasaki Ada di Eropah, Ada Dua Kapasiti Enjin?
Auto Terkini

Supermoped Modenas-Kawasaki Ada di Eropah, Ada Dua Kapasiti Enjin?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/12/20232 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini, penulis ada berkongsi maklumat mengenai supermoped Modenas-Kawasaki sedang menjalani ujian di luar negara. Maklumat terbaharu diterima, model prototaip yang sudah siap dibina itu sebenarnya berada di Eropah (foto di atas hiasan semata-mata).

Bagaimanapun, lokasi tepat negara Eropah itu masih dirahsiakan. Berdasarkan maklumat lagi, penulis juga difahamkan ada sepasukan jurutera Modenas ‘berkampung’ di Eropah sejak tiga bulan lalu untuk membantu persiapan supermoped berkenaan.

Mereka dikhabarkan sedang menyelesaikan beberapa aspek supermoped itu, terutama trenkuasa selain menjalani latihan intensif di negara tersebut.

Rekabentuk supermoped itu dikhabarkan memiliki gaya yang pasti memenuhi selera majoriti pembeli tempatan. Menariknya, hasil rekabentuk tersebut dibuat di Malaysia.

Rekabentuk prototaip itu melibatkan kepakaran Malaysia selain menerima input dan nasihat daripada wakil Kawasaki Jepun, selain mengambil kira trend pasaran semasa.

Mengenai aspek kapasiti enjin, masih belum ada maklumat terperinci sedia dikongsi. Apa yang pasti, enjin itu dikatakan 150cc ke atas dan menepati piawaian Euro5 serta sesuai kegunaan harian.

Jika melihat standard piawaian itu, penulis berpendapat Modenas-Kawasaki mungkin mahu menjadikan supermoped berkenaan sebagai satu lagi produk eksport selain Kawasaki Ninja ZX-6R.

Penulis juga terdengar, mungkin akan ada satu lagi varian supermoped Modenas-Kawasaki yang jauh lebih menarik dengan kapasiti enjin lebih besar. Apapun, kita tunggu saja pengumuman Modenas-Kawasaki kelak.

BACA >>> Prototaip Supermoped Modenas-Kawasaki Jalani Ujian Awal di Luar Negara, Siap 2025!
BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan

Auto Terkini Kapcai 150cc kapcai 175cc Modenas roda2 Supermoped Supermoped Kawasaki Supermoped Modenas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026

    2 Comments

    1. Bob Parley on 09/12/2023 01:33

      Sebokk dgn Iklan.. memanjang iklan saje,nak baca pandulaju terbaca lak lazada shoppe lalamove grab crabs semua ade..payah bebeno

      Reply
      • Azhan O on 26/12/2023 13:20

        Boleh block iklan guna setting dalam handphone anda

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.