Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Supermoped Malaysia 2020: Spesifikasi, Model Baharu, dan Apa Bakal Muncul?
Roda2

Supermoped Malaysia 2020: Spesifikasi, Model Baharu, dan Apa Bakal Muncul?

AryonBy Aryon11/10/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN Yamaha bertanggungjawab mempopularkan supermoped di Malaysia, tetapi pengenalan segmen itu terlebih dahulu dicetuskan Suzuki menerusi Belang R150  seawal 2004.

Selepas itu banyak pengeluar bersaing melancarkan supermoped masing-masing dan hari ini Malaysia ada empat supermoped pelbagai jenama untuk dipilih. Ya, Malaysia satu-satunya negara Asean (dan dunia) yang menawarkan banyak pilihan supermoped, lebih banyak daripada Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina dengan pasaran lebih besar.

Tepuklah tangan sikit!

Bagaimanapun, tahun ini tidak banyak pengeluar memperbaharui supermoped maisng-masing sama ada versi dipertingkat (facelift), segar semula atau serba baharu. Mungkin krisis Covid-19 banyak membantutkan perancangan.

Jom kita reviu serba sedikit perkembangan model-model supermoped Malaysia setakat ini sepanjang 2020.

1. SYM VF3i PRO – RM9,338

Ini model paling terkini, baru saja dilancarkan 10 Oktober lalu. SYM VF3i 185 Pro boleh dianggap versi kedua kepada VF3i 185 LE yang dinaik taraf daripada VF3i 185 V2. Model LE  dijual dalam unit terhad, cuma 10,000 unit sahaja.

Ciri paling mengujakan diperkenalkan LE ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang menjadikan VF3i 185 satu-satunya supermoped memiliki ciri keselamatan itu di Malaysia.

Jadi bagi model VF3i 185 Pro , tiada pembaharuan teknikal dilakukan. Apa yang ada model LE turut ada pada model Pro seperti ciri ABS, termasuk mengekalkan ciri asas yang diperkenalkan sejak VF3i V2 seperti enjin 185cc, brek cakera besar 250mm di depan, tangki minyak 7 liter, lampu siang (DRL) LED, lampu belakang LED, dan panel meter analog digital.

Bagaimanapun, model VF3i 185 Pro cuma ada tuil klac boleh laras, berbeza berbanding LE yang disertakan bersama tuil brek boleh laras. Pembaharuan lain ialah rekaan grafik baharu dalam tiga warna pilihan, merah, biru dan emas.

BACA >>> SYM VF3i Pro (2020) Lancar Warna Baharu, Tangki Minyak 7 Liter, Harga RM9.3k!
BACA >>> Tempahan Berduyun-Duyun, SYM VF3i LE Tambah Lagi 5,000 Unit

2. YAMAHA Y15ZR GP EDITION – RM8,868

YAMAHA Y15ZR GP Edition diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada Ogos tahun ini dan dianggap ramai sebagai model licinkan stok. Ini kerana Yamaha dikatakan bakal melancarkan Y15ZR versi V3 dengan enjin dinaik taraf 155cc, sama seperti digunakan sportbike YZF-R15.

Spekulasi YSuku baharu itu dikuatkan lagi dengan tersebarnya foto intip model itu di Malaysia dan Vietnam yang mendapat pelbagai respons positif dan negatif daripada peminat kapcai kedua-dua negara. Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran model baharu itu.

Apa yang menarik tentang Y15ZR GP Edition? Ini ialah model edisi terhad, tetapi HLYM sendiri tidak mendedahkan berapa unit hendak dijual, mungkin sampai stok habis. Setiap pembelian pula akan diberikan sijil pemilikan eksklusif dan jam tangan pintar koleksi khas Y15ZR.

Ini pastinya jadi berita baik buat pengumpul koleksi motosikal di Malaysia kerana harga model ini dijangka meningkat berkali ganda dalam 5-10 tahun akan datang. Kami rasa model in sudah habis dibeli dan disimpan. Nama pun Y.

BACA >>> Yamaha Y15ZR GP Edition (2020) Lancar dengan Sijil dan Jam Pintar, Harga RM8,868!
BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR (2021) V3 Dikesan Jalani Ujian di Malaysia

3. HONDA RS150R FACELIFT – RM8,199

Honda RS150R facelift diperkenalkan Boon Siew Honda (BSH) pada Januari tahun ini yang juga dikatakan model penghabisan stok. Sebabnya, Honda Vietnam sudah lama melancarkan RS150R V2 serba baharu sejak tahun lalu.

Jadi pengenalan model facelift ini sudah tentu mengecewakan ramai peminat Honda di Malaysia. Apatah lagi model baharu itu (dipanggil Winner X di Vietnam) dilengkapkan ciri brek ABS. Ramai beranggapan tidak berbaloi membeli model ini kerana silap haribulan BSH akan melancarkan RS150R V2 hujung tahun ini atau tahun depan.

Apapun, jika berminat boleh juga dibeli untuk dijadikan sebagai koleksi RS150R V1 edisi pengeluaran terakhir. Namun, model Honda lama jarang melonjak harga keras di Malaysia.

RS150R facelift menampilkan grafik baharu, dipanggil Trico Honda dalam pilihan warna Hitam, Biru dan Edisi Repsol. Varian Repsol berharga lebih mahal iaitu RM8,499. Apapun masih lebih murah dan berkuasa daripada YSuku.

BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k
BACA >>> Honda Vietnam Lancar Winner X Facelift dengan Skema Warna Baharu, Harga RM8.2k

5. BENELLI RFS150i SE – RM7,488

Benelli RFS150i ialah satu-satunya supermoped yang belum lagi memperkenalkan versi terkini tahun ini. Versi SE ini ialah varian tambahan yang dilancarkan Mac tahun lalu. Maknanya sudah setahun lebih tiada sebarang perkembangan terbaharu mengenai kapcai Benelli ini.

Namun, jika mengambil kira selang masa model terdahulu, RFS150i biasanya tampil baharu setiap dua tahun sekali. Jadi model baharu dijangka dilancarkan tahun depan.

Ramai mengadu tidak sukakan rekabentuk pelik model ini pada bahagian belakang yang terlalu menonggek dan lampu depan cembung. Apapun tepuk dada tanya selera. Lagipun ini supermoped paling murah boleh dimiliki.

BACA >>> Benelli RFS150i Perkenal Grafik, Warna Baharu dengan Tambahan Versi SE!

 5. SUZUKI BELANG R150 FI

Belang R150 FI sebenarnya belum dilancarkan. Spekulasi bermula apabila Suzuki Malaysia memuat naik foto acah misteri di laman Facebook wakil pengedar itu yang dianggap ramai sebagai Belang R150 FI. Model yang kami kongsikan ini ialah Raider R150 FI di Filipina.

Berbanding versi karburetor, model FI ini lebih berkuasa dengan kuasa 18.2hp dan jika berentap dengan pesaing lain, Belang R150 FI akan berada di kedudukan kedua di bawah VF3i 185 (19.7hp).

Menariknya, berbanding model SYM, kapcai Suzuki ini menggunakan sesaran enjin sama seperti model Yamaha, Honda dan Benelli, iaitu ~150cc, tetapi mampu meledakkan kuasa sangat tinggi.

Namun, rekabentuk ‘ayago’ bukan cita rasa mat motor negara ini, dan Suzuki Malaysia berdepan cabaran sukar untuk bersaing dengan model sedia ada. Tetapi betul ke Belang R150 FI akan muncul?

BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?

Auto Terkini roda2 Spesifikasi Supermoped Malaysia 2020 Supermoped Malaysia 2020
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    15/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Roda2

    Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

    14/05/2026

    1 Comment

    1. Jan on 12/10/2020 13:42

      tolong lah masuk belang fuel injection mcm satria di indonesia, mmg dah lama minat belang !

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.