• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Yamaha Y15ZR (2021) V3 Dikesan Jalani Ujian di Malaysia

#Spyshot: Yamaha Y15ZR (2021) V3 Dikesan Jalani Ujian di Malaysia

September 21, 2020 By AI Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


REKABENTUK Yamaha Exciter 155 versi Vietnam akan menjadi model global untuk pasaran Asia yang mana di Indonesia dikenali sebagai MX King, manakala Malaysia digelar Y15ZR, juga terkenal dengan julukan YSuku.

Selepas bocor foto intip pada Mei lalu, kini muncul satu lagi yang dipercayai sedang menjalani ujian enduran. Apa yang menarik, super moped itu dikesan di jalan raya Malaysia yang dimuat naik ahli grup Facebook Y15ZR V3 Malaysia dengan kapsyen 'Dia dah datang guys'.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Yamaha Y15ZR V3 Baharu dengan Enjin 155 VVA, Keyless!!!

Berdasarkan foto tersebut, bahagian depan kapcai Yamaha baharu itu nampak lebih berisi. Malah rekabentuk itu mirip beberapa foto intip Exciter RC versi V3 dari Vietnam.

Jika model lama lebih runcing dan tipis, Y15ZR baharu tampil lebih gemuk dengan lekuk bahagian pelana direka lebih sporty. Selain itu, saiz ekzos juga lebih pendek, manakala lampu depan nampak sedikit terjojol keluar berbanding model lama.

yamaha-y15zr-v3-spyshot-7
yamaha-y15zr-v3-spyshot-3
yamaha-y15zr-v3-spyshot-5

Yamaha juga memindahkan posisi signal belok sedikit ke bawah, serentang dengan fork. Kemungkinan bentuk lampu depan sama dengan versi Vietnam. Perbezaan lain dibandingkan versi Vietnam ialah Y15ZR V3 Malaysia mendapat tambahan lampu 'mata kucing' yang dipasangkan pada fender depan.

Di Vietnam, penutup engkol (crankcase) menunjukkan jenis trenkuasa yang banyak digunakan model sportbike Yamaha. YSuku baharu ini khabarnya akan mendapatkan enjin 155cc VVA dengan transmisi klac manual 6-kelajuan dan penghidup tanpa kunci (keyless).

BACA >>> Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: foto spyshot, Kapcai, Moped, roda2, Spyshot, Yamaha, Yamaha MX King 150, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my