Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Superbike KB4 Jadi Projek Kedua Kawasaki-Bimota?
Roda2

Superbike KB4 Jadi Projek Kedua Kawasaki-Bimota?

AryonBy Aryon14/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KINI semua sudah tahu Kawasaki memiliki pegangan saham terbesar dalam pengeluar motosikal ikonik Itali, Bimota dengan mempamerkan model pertama hasil kerjasama kedua-dua syarikat, Bimota Tesi H2 di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Menariknya Tesi H2 dibangunkan Bimota berasaskan casis dan trenkuasa Ninja H2, iaitu superbike perdana dan paling premium dihasilkan Kawasaki. Jadi memang tidak hairan kenapa ramai peminat permotoran begitu teruja menantikan produk-produk menarik yang bakal dikeluarkan dua pengeluar itu kelak.

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

Selepas Tesi H2 (foto atas), majalah permotoran dari Jepun, Young Machine menyiarkan lakaran projek motosikal terbaharu hasil kerjasama Kawasaki-Bimota.

Berbanding menggunakan enjin 1.0L supercas, Young Machine membayangkan  kemunculan superbike KB4 yang sama taraf dengan Ninja 1000. Bimota sebelum ini pernah mengeluarkan KB2, KB2 dan KB3, iaitu superbike fairing penuh yang diperkenalkan sekitar lewat 1970-an dan pertengahan 1980-an.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 Pecah Rekod Dunia 337kmj di Bonneville Speed Week

Agaknya, apakah enjin yang akan digunakan Bimota? Mungkin rahsia itu tersimpan pada nama model tersebut. Jika B merujuk kepada Bimota, K pula sudah tentu adalah Kawasaki. KB1 diperkenalkan pada 1978, sebelum disusuli KB2 pada 1981 dan paling akhir, KB3 pada 1983.

Bimota pernah menggunakan trenkuasa Kawasaki daripada siri Z, termasuk enjin 1.0L dan 500cc. Potensi KB4 dikuasakan enjin 1,000cc adalah paling rasional untuk difikirkan untuk kemunculan siri KB terbaharu.

Dengan mengekalkan DNA rekabentuk Bimota, KB4 akan tampil sebagai superbike gaya klasik dengan rim emas, fairing kepala retro dan hendal clip-on. Lakaran ditunjukkan bukan sekadar mengimbau nostalgia lama, tetapi turut diberikan sentuhan kemodenan seperti aksen gentian karbon  dan sudut dramatik pada fairing yang pasti membuatkan model itu kembali relevan di pasaran. Malah berpelung menjadi arus perdana!

Apapun, itu cuma lakaran bayangan kerana Kawasaki dan Bimota belum mengumumkan sebarang projek kolaborasi melibatkan dua entiti berkenaan selepas memperkenalkan Tesi H2 di EICMA 2019.

BACA >>> Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!

BIMOTA KB4 (LAKARAN BAYANGAN)
BIMOTA TESI H2
Bimota Bimota Tesi H2 (2020) EICMA 2019 Kawasaki Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.