Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW M1000RR (212hp, 113Nm) – Superbike Jalanan Ringan yang Penuh Kuasa
Roda2

BMW M1000RR (212hp, 113Nm) – Superbike Jalanan Ringan yang Penuh Kuasa

WahidBy Wahid23/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHABAR angin mengatakan BMW Motorrad akan mengeluarkan superbike yang lebih berkuasa kini disahkan dengan pelancaran M1000RR.

M1000RR, juga dikenali dengan singkatan MRR, dibangunkan daripada superbike perdana BMW, S1000RR M-Package untuk menghasilkan ekstra kuasa enjin dan berat lebih ringan.

Ini mungkin jawapan BMW selepas mengambil kira prestasi S1000RR dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) yang kurang memberangsangkan selepas dua tahun beraksi dalam perlumbaan dunia itu.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW S1000RR (2020) Kini di Malaysia, Ansuran RM1,420 Sebulan Sahaja

Justeru BMW memperkenalkan dan mengemas kini beberapa komponen dan spesifikasi sedia ada seperti enjin, elektronik, brek, dan aerodinamik.

Walaupun lebih sporty dan ‘race ready’, model M1000RR ini siap dipasangkan lampu dan ciri motosikal penumpang seperti kawalan jelajah dan grip dengan fungsi pemanas. Ini bermakna model ini ialah superbike versi jalanan berbanding S1000RR HP4 Race yang khas untuk tunggangan trek.

Berikut ciri khas yang perlu anda tahu tentang M1000RR:

  • Dijana enjin 4-silinder 1,000cc yang dikemas kini untuk karakter perlumbaan dengan tambahan kuasa dan tork pada julat rev 6,000-15,100rpm. Putaran maksimum ditambah 500rpm, kepada 15,100rpm.
  • Piston Mahle menggunakan dua gegelang. Setiap piston lebih ringan 12 gram yang dapat mengurangkan inersia dan menghasilkan tindak balas enjin lebih pantas.
  • Rod penyambung (connecting rod) piston Pankl dibuat daripada titanium, 85 gram lebih ringan. Ini juga dapat mengurangkan efek inersia dan mencepatkan tindakbalas enjin.
  • Kebuk pembakaran dikemas kini dan nisbah mampatan ditinggikan pada kadar 13.5:1.
  • Injap ekzos dibuat daripada titanium, lebih tirus.
  • Lengan jumpelang (rocker arm) lebih nipis dan 6 peratus lebih ringan.
  • Sistem talaan dan bukaan injap boleh laras ShiftCam yang dikemas kini untuk perlumbaan.
  • Liang masukan dimesin sepenuhnya untuk aliran udara lebih efisien.
  • Tambahan kuasa enjin 5.4hp (4 kW) kepada 212hp (156kW) @ 14,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.
  • Sistem klac antigelincir Slip and Assist (A&S) ditala untuk diguna bersama sistem Kawalan Luncur (Launch Control).
  • Berat sistem ekzos 3.7kg lebih ringan menerusi penggunaan logam titanium pada manifold, dan peredam bunyi depan dan belakang.
  • Casis dikemas kini untuk tunggangan trek dengan ciri geometri, agihan berat dan swingarm boleh laras.
  • Berat jentera dikurangkan kepada 192kg, siap sedia ditunggang.
  • Penggunaan sistem brek M buatan Brembo yang kali pertama digunakan motosikal BMW.
  • Sayap M untuk memberikan daya mendapan pada tayar depan ketika memecut dalam halaju tinggi.
  • Visor angin lebih tinggi untuk mengurangkan tekanan angin terhadap penunggang.
  • Mod kuasa baharu yang dikemaskini: Race Pro (tahap 1 hingga 3), Race, Dynamic, Road dan Rain. Juga dilengkapi Kawalan Traksi Dinamik (DTC) yang berpandukan sistem Sistem Unjuran Inersia (IMS).
  • Respon terotel boleh laras dua tahap.
  • Ciri Quick Shifter jenis Shift Assist Pro. Tuil gear boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan tunggangan perlumbaan.
  • Sistem Kawalan Luncur dan Pengehad Lorong Pit (PLL).
  • Rim karbon M yang ringan dengan ciri giroskopik untuk memudahkan pengendalian pada halaju tinggi.
  • Bateri litium M yang lebih ringan.
  • Skrin TFT 6.5 inci.
  • Ada opsyen lumba M dengan ciri data dan masa lap menggunakan GP, aksesori M dicanai, komponen gentian karbon M, swingarm perak (ringan 220 gram), dan rantai M bebas senggara.

BMW Motorrad belum mendedahkan harga M1000RR ini. Namun, kami jangka superbike ini dijual pada harga sekitar RM200,000. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mula menabung atau cari rakan-rakan golongan kayangan. ๐Ÿ˜…

BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!

GALERI
BMW M1000RR BMW Motorrad BMW MRR BMW S1000RR BMW S1000RR M-Package Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) MRR roda2 superbike
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 24/09/2020 14:05

      mungkin sebab s1000rr x perform di WSBK, bmw homologate motor baru pula haha

      tapi itulah, kita xde kawan2 golongan kayangan, cmne nk beli ni haha

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.