Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sudah Masuk Malaysia! Honda Civic Type-R Serba Baharu Siap Sedia Terima Tempahan!
Roda2

Sudah Masuk Malaysia! Honda Civic Type-R Serba Baharu Siap Sedia Terima Tempahan!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka dalam diam-diam Honda Malaysia hari ini mengumumkan membuka tempahan Civic Type R Serba Baharu kepada peminat-peminatnya di Malaysia dan hatchback itu kini boleh ditatap sepuasnya bermula 29 September hingga 1 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang bersempena Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia.

Kehadiran Civic Type R Serba Baharu itu meletakkan jentera tersebut sebagai model Honda paling berkuasa pernah diperkenalkan Honda Malaysia dalam barisan model-model sedia ada. Mari kita imbas sepintas lalu kehebatan Civic Type R Serba Baharu ini:

BACA >>> 13 Foto Rasmi Honda Civic Type R (2017) dengan Spesifikasi Asas

  • Pada awal April tahun ini, Civic Type R mencatatkan rekod sebagai kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD) paling pantas di dunia dengan rekod masa 7 minit 43.80 saat di Litar Nurburgring, Jerman.
  • Sejak diperkenalkan pertama kali pada 1992, jenama Type R cukup ikonik dalam kejuruteraan Honda dengan mengumpul begitu banyak peminat fanatik serata dunia.
  • Karakteristik dan pembangunan Type R sentiasa menumpukan kepada prestasi dinamik, profil badan ringan dan talaan mekanikal ringkas.
  • Civic Type R serba baharu tampil dengan penambahbaikan aspek aerodinamik bersama prestasi hebat dan kestabilan cemerlang berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).
  • Menyediakan pakej terbaik dalam kelas, prestasi berkuasa tinggi atas jalan dan trek lumba, serta mampu memenuhi keperluan pemanduan harian.
  • Memiliki rekabentuk badan sebuah jentera perlumbaan paling sempurna dengan tampil rendah dan lebar. Tirai udara pada bampar depan, sil sisi dan seksyen spoiler di belakang memberikan prestasi aerodinamik berkelajuan tinggi terbaik.

BACA >>> #GIMS2017: Lagi Foto ‘Real’ Honda Civic Type R (2017) Berkuasa 316hp!

  • Rekabentuk Civic Type R serba baharu dibina berasaskan platform Civic hatchback dengan frem badan rigid tinggi, meningkat 38 peratus dari segi ketegaran berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).
  • Dijana enjin 2.0-liter VTEC pengecas turbo berkuasa 305hp (310ps) dan tork 400Nm bersama padanan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Menawarkan opsyen 3 mod pemanduan – COMFORT, SPORT dan +R.
  • Pemilihan mod pemanduan akan mengubah tetapan komponen menerusi kawalan Sistem Peredam Adaptif (ADS), terotel Drive-by-Wire (DBW), Stereng Kuasa Elektronik (EPS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), sistem traksi dan brek.
  • Setiap mod pemanduan memberi peluang kepada pemandu merasai keseimbangan pemanduan dan pengendalian berbeza.

BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan

  • Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Honda turut membangunkan Sistem Ekzos 3-Tetapan bagi menghasilkan bunyi ekzos sempurna yang pada masa sama mengurangkan bunyi kurang menyenangkan.
  • Menggunakan rim aloi aluminium 20-inci.
  • Didatangkan dengan brek BREMBO untuk mencapai kualiti sistem brek yang lasak dan responsif.
  • Salur penyejukan pada bampar depan memberikan ruang kemasukan udara bersih untuk penyejukan udara efisien dan meningkatkan prestasi pembrekan pada kelajuan tinggi.
  • Civic Type R serba baharu versi Malaysia dipasang di kilang Honda di Swindon, Britain, manakala enjin dihasilkan di Anna, Ohio di Amerika Syarikat.
  • Civic Type R serba baharu turut dipamerkan bersama Jazz Hybrid Mugen, Civic 1.5L Turbocharged, dan CR-V serba baharu, di Mall Area, Litar Antarabangsa Sepang bermula 29 September (hari ini) – 1 Oktober 2017.
  • Pembeli Malaysia yang berminat boleh membuat tempahan Civic Type R serba baharu bermula 1 Oktober ini atau selepas tarikh tersebut di 21 Pengedar Sport Honda terpilih (rujuk gambarajah jadual diberikan).
  • Sebarang maklumat lanjut tentang Civic Type R serba baharu boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari honda.com.my.

GALERI

hatchback Honda Honda Civic Type R Malaysia Honda Civic Type R serba baharu Honda Malaysia Roda4 Type-R
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

29/07/2026
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026

1 Comment

  1. Mohd Radzy on 01/10/2017 09:51

    Berapa harga kereta skg.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.