Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru XV (2022) Baharu Kini di Malaysia dengan Teknologi EyeSight, Harga Mula RM139k
Roda4

Subaru XV (2022) Baharu Kini di Malaysia dengan Teknologi EyeSight, Harga Mula RM139k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TC Subaru sebentar tadi melancarkan generasi kedua XV (2022) yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran Malaysia dan hadir dengan dua varian: XV dan XV GT.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu hadir dengan teknologi bantuan pemandu termaju EyeSight dan beberapa ciri ditambah baik mengikut kehendak pengguna dan trend semasa.

BACA >>> Subaru Lancar WRX (2022), Ada Transmisi Manual, Harga Mula RM124k!

Berikut perincian XV (2022):

HARGA

  • Subaru XV 2.0i-P EyeSight – RM139,788
  • Subaru XV 2.0i-P EyeSight GT Edition – RM146,788

WARNA

  • Ada enam pilihan warna: Crystal Black Silica (hitam), Magnetite Grey Metallic (kelabu), Ice Silver Metallic (perak), Dark Blue Pearl (biru), Pure White (putih) dan Cool Grey Khaki (biru cerah).

4 TEKNOLOGI UTAMA SUBARU

XV (2022) didatangkan dengan empat teras teknologi Subaru iaitu:

  • Pacuan semua roda simetri (Symmetrical AWD)
  • Trenkuasa boxer
  • Platform Global Subaru (SGP)
  • Teknologi bantuan pemandu termaju Subaru EyeSight

Semua teknologi itu menyumbang kepada aspek pengendalian optimum, keselesaan maksimum dan keselamatan ditambah baik.

SUBARU EYESIGHT

  • Ini ialah teknologi bantuan pemandu termaju diperkenalkan Subaru yang dihasilkan dengan kemajuan sistem sokongan pemanduan dan diyakini meningkatkan keseronokan memandu.
  • Menggunakan sepasang kamera stereo untuk pengecaman imej dan beroperasi seakan mata manusia.
  • Subaru percaya EyeSight ialah sistem sokongan pemanduan paling berguna dalam situasi pemanduan sebenar.
  • Ada enam fungsi teknologi Subaru EyeSight iaitu:
    • Pembrekan Prapelanggaran (PCB)
    • Pengurusan Terotel Prapelanggaran (PCTM)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Amaran Kenderaan Depan Gerak (Lead Vehicle Start Alert, LVSA)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Amaran Lencong Lorong (LSW)

SI-DRIVE & X-MODE DWI-FUNGSI

  • Sistem X Mode menawarkan tetapan dwi-fungsi berbeza, iaitu pemanduan kotor (off-road), manakala mod SI-Drive menawarkan kepelbagaian pemetaan terotel. Ciri ini menjadi pelengkap kepada sistem Symmetrical AWD yang membolehkan pemandu meredah jalan off-road yang kurang digunakan ramai, permukaan jalan berlumpur dan lasak.
  • Sistem itu juga membekalkan kemajuan, keupayaan semua permukaan dan prestasi pemanduan lebih lasak.
  • SI-Drive pula ialah sistem pengurusan prestasi trenkuasa dengan tiga pilihan Sport dan Intelligent (Pintar).
  • Mode Sport mengubah terotel untuk memberikan ekstra prestasi lebih responsif dan bertenaga dengan kelebihan pecutan.
  • Mode Intelligent menyempurnakan input pecutan lebih lancar untuk penjimatan bahan api.
  • Kedua-dua varian memiliki trenkuasa sama, iaitu petrol 4-silinder DOHC Boxer 1,995cc dengan sistem suntikan bahan api berkuasa 153.8hp @ 6,000rpm dan tork 196Nm @ 4,000rpm.
  • Sistem transmisi jenis automatik Lineartronic CVT dengan mod manual 7-kelajuan.
  • Luaran dikemas kini dengan rekaan rim 17 inci baharu dengan set bampar dan gril baharu serta gaya lebih agresif. Kerusi dengan ciri kuasa juga baharu yang dimuatkan fungsi memori dan lapan tetapan untuk pemandu.

GT EDITION

  • Ini ialah varian lebih sporty dengan kit badan lebih agresif, termasuk spoiler bawah bampar dan bampar depan diberi rekaan lebih menarik.
  • Ada skirt sisi, spoiler bumbung dan peresap bawah bampar belakang. Hadir dengan rim 17 inci gaya sporty. Model GT juga dibalut material kulit pada kerusi.

Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Tan Chong International Limited, Glenn Tan berkata, model XV menggunakan 40 peratus komponen tempatan sebagai versi CKD yang dipasangkan di Malaysia.

Katanya, pihaknya meramalkan unjuran jualan 3,000 unit Subaru XV dan Forester untuk tahun depan yang dibantu sentimen pasaran lebih baik.

Tahun 2020, kami mengalami penurunan jualan kira-kira 30 peratus disebabkan beberapa faktor seperti pandemik Covid-19 dan beberapa siri perintah berkurung yang dikuatkuasakan Kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, langkah Kerajaan turut membantu dengan melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan.

“Benar, dua tahun lepas kami berdepan masalah lain seperti isu bekalan mikrocip, semikonduktor dengan Covid-19. Bagaimanapun, kami agak beruntung kerana mengutamakan CKD dan aktiviti pengeluaran XV tidak terjejas. Model CBU (import) terjejas dan kami menangguhkan beberapa pelancaran hingga tahun depan.

“Tahun depan, ada beberapa model dijangka diperkenalkan iaitu BRZ, Outback, WRX dan WRX wagon.”

Mengenai rancangan membawa masuk atau memperkenalkan model barisan kenderaan elektrik (EV), beliau berkata, pihaknya belum ada rancangan tersebut untuk pasaran Malaysia.

Subaru XV Standard (2022)
SUBARU XV GT (2022)
Glenn Tan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Subaru XV (2022) SUV TC Subaru Teknologi EyeSight
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.