Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru WRX STI Sport# Diperkenal untuk Pasaran Jepun Sahaja!
Roda4

Subaru WRX STI Sport# Diperkenal untuk Pasaran Jepun Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata14/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Subaru WRX STI Sport♯ 2026

SUBARU dan divisyen perlumbaan, Subaru Tecnica International (STI) memperkenalkan WRX STI Sport# (Sport Sharp) pada 9 Januari 2026 sebagai model penuh STI.

Dibangunkan STI sepenuhnya, sedan itu menggabungkan enjin boxer turbo, pacuan Symmetrical AWD dan transmisi manual dalam satu pakej yang lebih menumpukan keterlibatan pemandu.

Subaru WRX STI Sport♯ 2026
Subaru WRX STI Sport♯ 2026

Malah, inilah Subaru WRX generasi semasa (JDM) pertama yang menerima transmisi manual 6-kelajuan. Kenapa kotak gear manual dijadikan sorotan?

Ini kerana Subaru sudah menumpukan kepada kotak gear automatik CVT jenis prestasi atau Subaru Performance Transmission (SPT) dan tawaran kali ini berbeza.

Subaru WRX STI Sport# akan dipasarkan secara terhad di Jepun bermula musim bunga 2026 (Mac – Mei).

Walaupun dilancarkan sebagai model STI pasaran Jepun, beberapa laporan menunjukkan model tersebut mempunyai kaitan dengan model Subaru WRX tS Spec B yang sudah pun dijual di Australia.

Rangkaian Kuasa: Boxer Turbo + Manual 6-Kelajuan

Subaru WRX STI Sport♯ 2026

Penalaan STI memberi fokus kepada aspek respons, sensasi kawalan, dan hantaran kuasa lebih linear.

Trenkuasa

  • Enjin FA24 4-silinder Boxer 2.4L turbo DIT
  • Output kuasa 275ps (271hp) @ 5,600rpm, dan tork 350Nm @ 2000 – 5200rpm
  • Transmisi manual 6-kelajuan
  • Pacuan semua roda Symmetrical AWD dengan diferensial gelincir terhad jenis viskos (viscous LSD)

Fokus Pengendalian: Talaan STI Lebih Responsif

  • Absorber elektronik talaan STI (ZF)
  • AWD dengan viscous LSD
  • Kaliper Brembo emas 18 inci: 6-pot depan, 2-pot belakang
  • Tayar Bridgestone Potenza S007 (245/35R19)
  • Rim 19 x 8.5J kelabu kusam (matte grey)
  • Palang menara suspensi fleksibel STI (STI Flexible Draw Tower Bar)
  • Pengukuh casis fleksibel STI (STI Flexible Draw Stiffener) depan dan belakang

Rekabentuk Luaran, Dalaman: Sporty dan Eksklusif

Subaru WRX STI Sport♯ 2026

  • Spoiler kecil hitam
  • Rotor ventilasi depan dan belakang
  • Kabin Ultrasued hitam, liang kuning, logo STI
  • Kerusi depan Recaro
  • Sarung batang gear dan brek tangan kulit

Ciri Khas STI WRX STI Sport#

  • Transmisi manual 6-kelajuan
  • Pacuan semua roda (AWD) dengan viscous LSD
  • Flexible Draw Tower Bar (depan, belakang)
  • Flexible Draw Stiffener (depan, belakang)
  • Absorber elektronik STI (ZF)
  • Brek Brembo 18inci 6-pot depan, dan 2-pot belakang (emas)
  • Rotor ventilasi
  • Tayar Potenza S007 245/35R19
  • Rim 19 x 8½J kelabu kusam (matte grey)
  • Spoiler belakang kecil
  • Sarung batang gear, brek tangan kulit
  • Kerusi ultrasued Recaro dengan liang kuning
Subaru WRX STI Sport♯ 2026
Subaru WRX STI Sport♯ 2026
Subaru WRX STI Sport♯ 2026
Subaru WRX STI Sport♯ 2026
Subaru WRX STI Sport♯ 2026
Subaru WRX STI Sport♯ 2026
STI Subaru Subaru STI Subaru WRX Subaru WRX STI Subaru WRX STI Sport♯
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.