Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan
Roda4

Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU mungkin menggugurkan opsyen transmisi manual untuk beberapa model tertentu pada masa akan datang  bagi memberikan laluan kepada pembangunan teknologi keselamatan kenderaan.

Pengeluar automotif dari Jepun itu berharap dapat mengaplikasikan teknologi keselamatan EyeSight bagi setiap pengeluaran kenderaan pada masa depan. Teknologi EyeSight menggunakan pelbagai siri kamera yang digunakan pada sistem kawalan seperti Amaran Tukar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

MANUAL, TIDAK LAGI SESUAI

EyeSight didapati tidak sesuai dipadankan dengan transmisi manual. Malah Subaru juga tidak merancang menawarkan transmisi manual untuk versi kenderaan tanpa EyeSight dalam usaha mahu dikenali sebagai pengeluar automotif yang membangunkan kenderaan paling selamat dunia.

BACA >>> Subaru Outback (2018) dengan Teknologi EyeSight – Masuk Malaysia Tahun Ini?

Justeru, Subaru mengakui tidak mampu mencapai objektif tersebut sekiranya masih menghasilkan model yang dipandu tanpa EyeSight.

Pengarah Subaru Britain, Chris Graham berkata, dia sendiri tidak pasti teknologi EyeSight sesuai untuk transmisi manual.

“Apa yang pasti, tiada khabar angin yang kami dengar bahawa (transmisi) manual akan diteruskan, atau EyeSight akan ditawarkan dengan transmisi manual.”

“Saya berpendapat hanya EyeSight dengan Lineartronic (CVT) akan diteruskan dan dibangunkan dalam jangka masa panjang. Jika Subaru ingin mencipta nama sebagai pengeluar kereta paling selamat dunia, kenderaan manual tanpa EyeSight hanya akan merosakkan reputasi tersebut,” kataya.

Bagaimanakah pula model WRX STI? Model itu juga akan dilengkapkan transmisi automatik. Menurut Graham, beliau tertarik dengan konsep STI versi hibrid yang sudah semestinya memerlukan kombinasi transmisi automatik.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Subaru XV (2018) – Harga Bermula RM118k!

Graham menegaskan kebanyakan model BMW siri M versi prestasi tinggi juga tidak menawarkan versi manual tetapi masih mampu memberi kepuasan dari segi pemanduan. Jadi, itu bukan pengakhiran buat peminat model gaya sport seperti STI. Dia juga menjelaskan kombinasi hibrid pada model STI mampu memberi daya pecutan fenomena kepada pemandu dan peminat model ikonik itu.

Agak mengejutkan sekiranya teknologi keselamatan aktif menyebabkan transmisi manual dikuburkan. Kami rasa trend itu sudah pun bermula, dan sekiranya sudah jadi kemestian, transmisi manual mungkin terpaksa dilupakan Subaru bagi pembangunan kereta baharu pada masa depan.

SUMBER: AutoGuide

Auto Terkini EyeSight Roda4 Subaru transmisi transmisi manual
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.