• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan

March 12, 2018 By Admin 1 Comment


SUBARU mungkin menggugurkan opsyen transmisi manual untuk beberapa model tertentu pada masa akan datang  bagi memberikan laluan kepada pembangunan teknologi keselamatan kenderaan.

Pengeluar automotif dari Jepun itu berharap dapat mengaplikasikan teknologi keselamatan EyeSight bagi setiap pengeluaran kenderaan pada masa depan. Teknologi EyeSight menggunakan pelbagai siri kamera yang digunakan pada sistem kawalan seperti Amaran Tukar Lorong (LDW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

MANUAL, TIDAK LAGI SESUAI

EyeSight didapati tidak sesuai dipadankan dengan transmisi manual. Malah Subaru juga tidak merancang menawarkan transmisi manual untuk versi kenderaan tanpa EyeSight dalam usaha mahu dikenali sebagai pengeluar automotif yang membangunkan kenderaan paling selamat dunia.

BACA >>> Subaru Outback (2018) dengan Teknologi EyeSight - Masuk Malaysia Tahun Ini?

Justeru, Subaru mengakui tidak mampu mencapai objektif tersebut sekiranya masih menghasilkan model yang dipandu tanpa EyeSight.

Subaru-Eyesight-1
Subaru-Eyesight-2
Subaru-Eyesight-3

Pengarah Subaru Britain, Chris Graham berkata, dia sendiri tidak pasti teknologi EyeSight sesuai untuk transmisi manual.

"Apa yang pasti, tiada khabar angin yang kami dengar bahawa (transmisi) manual akan diteruskan, atau EyeSight akan ditawarkan dengan transmisi manual."

"Saya berpendapat hanya EyeSight dengan Lineartronic (CVT) akan diteruskan dan dibangunkan dalam jangka masa panjang. Jika Subaru ingin mencipta nama sebagai pengeluar kereta paling selamat dunia, kenderaan manual tanpa EyeSight hanya akan merosakkan reputasi tersebut," kataya.

Bagaimanakah pula model WRX STI? Model itu juga akan dilengkapkan transmisi automatik. Menurut Graham, beliau tertarik dengan konsep STI versi hibrid yang sudah semestinya memerlukan kombinasi transmisi automatik.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Subaru XV (2018) - Harga Bermula RM118k!

Graham menegaskan kebanyakan model BMW siri M versi prestasi tinggi juga tidak menawarkan versi manual tetapi masih mampu memberi kepuasan dari segi pemanduan. Jadi, itu bukan pengakhiran buat peminat model gaya sport seperti STI. Dia juga menjelaskan kombinasi hibrid pada model STI mampu memberi daya pecutan fenomena kepada pemandu dan peminat model ikonik itu.

Agak mengejutkan sekiranya teknologi keselamatan aktif menyebabkan transmisi manual dikuburkan. Kami rasa trend itu sudah pun bermula, dan sekiranya sudah jadi kemestian, transmisi manual mungkin terpaksa dilupakan Subaru bagi pembangunan kereta baharu pada masa depan.

SUMBER: AutoGuide

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: auto terkini, EyeSight, Roda4, Subaru, transmisi, transmisi manual

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?#TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Ketua Krew: Ikut Cara Honda Layan Marquez Kalau Nak Vinales Juara DuniaKetua Krew: Ikut Cara Honda Layan Marquez Kalau Nak Vinales Juara Dunia

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my