Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Levorg (2021) Jepun Ada Beg Udara Eksternal Untuk Keselamatan Pejalan Kaki
Roda4

Subaru Levorg (2021) Jepun Ada Beg Udara Eksternal Untuk Keselamatan Pejalan Kaki

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEVORG ialah model Subaru yang kurang dikenali atau diminati ramai kerana berbentuk wagon. Generasi pertama Levorg diperkenalkan pada 2014 dan dieksport ke pasaran Europah dan Australia.

Model generasi baharu termasuk versi STI Sport sudah dilancarkan pada tahun lalu tetapi jualannya masih tertumpu di Jepun. Mungkin rancangan eksport terbantut akibat pandemik Covid-19 dan masalah cip.

Apa yang menarik ialah wagon spesifikasi pasaran domestik Jepun (JDM) itu ada ciri beg udara untuk melindungi pejalan kaki jika berlaku pelanggaran.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?

Beg udara itu akan mengembang pada paras bawah tiang A dan bahagian bawah cermin depan untuk mengurangkan impak serta kecederaan seseorang pejalan kaki.

Bagaimanapun, Subaru menyatakan beg udara pelindung pejalan kaki itu mungkin tidak mengembang jika impak rempuhan adalah lemah atau bergantung kepada kelajuan pemanduan.

BACA >>> Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia

Teknologi beg udara luar kereta itu bukan yang pertama dalam industri kerana Volvo pada 2021 pernah menawarkan ciri keselamatan itu pada model V40.

Sensor beg udara hud V40 akan jadi aktif apabila kelajuan mencecah 20 hingga 50kmj dan semasa cuaca mencecah suhu -20 hingga 70º Celsius.

Selain Subaru dan Volvo, syarikat ZF pernah menjalankan ujian dan demonstrasi beg udara eksternal sisi kereta yang dipasang antara tiang A dan C.

Beg udara itu adalah lima hingga lapan kali ganda lebih besar daripada beg udara standard , dengan volum 280 hingga 400 liter. Ciri keselamatan itu dipasang pada bahagian zon remuk.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Udara Bekerja?
BACA >>> Subaru Levorg Menang Kereta Terbaik Tahunan Jepun (JCOTY) 2021!
BACA >>> Subaru Levorg Prototype STI Sport Sambung Legasi Wagon Boxer Prestasi Tinggi
BACA >>> #SMS2020: Subaru Forester e-Boxer Lancar, SUV Hibrid dengan Enjin Boxer, AWD

SUMBER: Motor1

Beg Udara Luar Kenderaan Ciri Keselamatan Subaru Roda4 Subaru Levorg 2021
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026

    1 Comment

    1. Proton on 21/07/2021 14:54

      Ciri yang sangat bagus untuk pejalan kaki dan penunggang basikal

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.