Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subaru BRZ Cup Car Basic (2024) Untuk Berlumba! RM116 Ribu
Auto Terkini

Subaru BRZ Cup Car Basic (2024) Untuk Berlumba! RM116 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMUM mengetahui GR86 dan BRZ adalah hasil kerjasama Toyota dan Subaru yang berlangsung selama dua generasi.

Toyota sememangnya giat memperhebatkan jenama melalui sukan permotoran seperti penyertaan di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan penganjuran perlumbaan GAZOO Racing.

Penyertaan semula di dalam WRC pada 2017 ternyata membuahkan hasil setelah empat kali berjaya merangkul kejuaraan kategori pengeluar.

Subaru BRZ Cup Car Basic 2022

Tempias permotoran turut mengenai Subaru yang sama-sama bersaing di dalam perlumbaan satu model (one-make race/OMR) TOYOTA GAZOO Racing GR86/BRZ Cup di Jepun yang bermula pada 2022.

Perlumbaan ini asalnya TOYOTA GAZOO Racing 86/BRZ Race yang pertama kali dianjurkan pada 2013.

Perlumbaan OMR menyaksikan kereta BRZ (ZD8) dan GR86 (ZN8) ‘Cup Car Basic’ berentap di serata Jepun dan menjadi pentas untuk menikmati pemanduan, menguji kemahiran dan bersaing sesama rakan atau lawan.

Selepas diperkenal pada 2022, Subaru kembali dengan kereta lumba BRZ  Cup Car Basic terbaru (2024) yang dibangunkan untuk bersaing di dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing GR86/BRZ Cup.

Di peringkat tempatan model ini ibarat Vios GR yang dijual Toyota untuk bersaing di dalam perlumbaan GR Vios Challenge. BRZ  Cup Car Basic dilengkapi perkakasan istimewa Subaru Tecnica International Co., Ltd (STI).

Sebagai model 2024, bentuk rangka keselamatan (roll cage) diubah mengikut perkakasan EyeSight yang menjadi ciri standard BR-Z terbaru.

BRZ  Cup Car Basic bukan setakat kereta dari kilang yang ‘ditogelkan’, Subaru membuat beberapa penyesuaian untuk menjadi kereta asas bagi perlumbaan seperti penambahan penyejuk minyak enjin dan pengedap (seal) enjin.

Pelbagai perkakasan juga dioptimum sesuai dengan tujuannya sebagai kereta asas untuk berlumba. Penampilan luar model 2024 nampak sama seperti model 2022 termasuk rim besi.

Perkakasan keselamatan seperti beg udara tirai dan sisi ditanggal dan nyahaktif. BRZ Cup Car Basic 2024 kekal dengan enjin FA24 2.4 liter dan dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan dan dipacu roda belakang.

Kuasa enjin sama seperti model jalanan iaitu 235 ps pada 7,000 rpm dan tork 250Nm pada 3,700 rpm.

Perkakasan khas BRZ Cup Car Basic 2024:

  • Rangka keselamatan enam sudut dan palang sisi.
  • Cangkuk (eye bolt) untuk tali pinggang enam sudut (kerusi pemandu).
  • Tambahan penyejuk minyak enjin (sejukan udara).
  • Pengedap enjin.
  • Sirip penyejukan diferensial belakang.
  • Karpet kaki khas yang sepadan dengan rangka keselamatan.
  • Rim besi dan tayar 205/55R16.
  • Berat 1,510 kg.
Subaru BRZ Cup Car Basic 2022

Selain putih yang ibarat baju seragam rasmi untuk berlumba, terdapat enam lagi pilihan warna seperti WR Blue Pearl, Ignition Red, Sapphire Blue Pearl, Ice Silver Metallic, Magnetite Gray Metallic dan Crystal Black Silica.

BRZ Cup Car Basic 2024 ditawarkan pada harga JPY¥3,700,400 (RM115,792).

Subaru BRZ Cup Car Basic 2024:

Subaru BRZ Cup Car Basic 2022:

Subaru BRZ Cup Car Basic 2022
Subaru BRZ Cup Car Basic 2022
Subaru Subaru BRZ Subaru BRZ Cup Car Basic
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.