Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Zontes Turut Dikesan Jalani Ujian VTA, Juga Bakal Masuk Malaysia?
Roda2

#Spyshot: Zontes Turut Dikesan Jalani Ujian VTA, Juga Bakal Masuk Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAH dengar tentang Zontes? Sekarang ingat nama ini, Zontes ialah jenama motosikal dari China dan bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tentang siapa wakil pengedar rasmi jenama tersebut tidak pula diketahui setakat ini.

Buktinya, kami baru saja menemui dua unit model Zontes T310 dan R310 yang dihantar untuk menjalani Ujian Pengesahan Kenderaan (VTA) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai syarat ‘halal’ bergerak atas jalan raya negara ini.

ZONTES T310

Zontes T310 ialah model advencer dan bakal berentap dengan Suzuki V-Strom 250, Kawasaki Versys 250 dan BMW G310GS. Sekali pandang, penampilan model ini memang tidak kalah dengan jenama lawan lain yang sudah lama berada di pasaran. Lihatlah rekabentuk badan berlekuk dan berotot dengan saiz badan besar dan tinggi. Ekzos ganda direka unik, manakala lampu depan menggunakan ciri LED penuh.

BACA >>> Kawasaki Versys X250 Hanya RM23,789 Seunit!

Zontes T310 dilengkapi enjin silinder tunggal 312cc DOHC berkuasa 33hp @ 9,500rpm dan tork 30Nm @ 7500rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan, manakala keselesaan menunggang diserahkan kepada fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang dengan tayar saiz 110/70 R17  (depan) dan 160/60 R17 (belakang).

Asalnya, kami difahamkan Zontes T310 akan dikeluarkan untuk pasaran China dan Eropah sahaja. Tetapi, adakah kehadiran model itu di premis JPJ menandakan ia bakal menjengah pasaran Asean, dan Malaysia menjadi negara pertama?.

ZONTES R310

Streetbike ini pernah ditayangkan di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand (TIME) 2018. Warna badan ungu tampil menawan bersama padanan enjin 311.7cc dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 35hp @ 9,500rpm dan tork 30Nm @ 7,500rpm.

Selain rekabentuk badan berotot dan sporty, Zontes R310 didatangkan dengan lampu depan LED dan panel LCD digital penuh, serta sistem penghidup tanpa kunci. Rekabentuk panel LCD pula cukup unik yang memaparkan maklumat tentang halaju, takometer, posisi gear, jam, indikator minyak dan mod tunggangan.

BACA >>> Zontes S310 Sedia Cabar BMW G310R, Bakal Tembus Pasaran Eropah

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) dan tayar saiz 110/17 R17 di depan, manakala suspensi belakang menggunakan swingarm dengan sistem ABS Bosch. Posisi bar hendal tinggi memberi keselesaan menunggang dan penunggang boleh memilih dua mod tunggangan: Sport atau Eco.

Asasnya, perincian rekabentuk Zontes R310 sudah nampak cukup sporty, maskular dan futuristik. Tambahan lagi disempurnakan rekabentuk lampu brek tajam dan madgad gantung, termasuk mufler jenis barel ganda daripada ekzos tunggal.

GALERI

ZONTES T310

ZONTES R310

China motosikal motosikal advencer roda2 Spyshot streetbike Zontes Zontes R310 Zontes T310
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026

    1 Comment

    1. faizman on 16/01/2019 16:30

      Harap pihak JPJ perkenal semula kelas lesen B1 & beri secara percuma utk pemegang lesen B2. Smua bleh untung.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.